yang semasa

Sabtu, November 01, 2008

YANG DILARANG & YANG TAK LAYAN

(Kiri) Pak Lah : geram aku Mat Said ning, kerah keng etek. Pok Yeh dengor jugok kata aku.
(Kanan) Pak Lah : sekali lagi aku wi worning ke mung, kalu mun takboh dengor jugok, ikut suka mung ah, aku pun nak bereti doh.
Mat Said : relek bohh... acah je tu

Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak boleh mengeluarkan arahan melarang exco kerajaan negeri daripada bertanding merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Umno sekarang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
"Arahan itu tidak boleh dikeluarkan, sebenarnya salah," kata Presiden Umno dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini."Kita tidak boleh halang sesiapa yang berhak dan layak untuk bertanding...," tambahnya.
Perdana Menteri menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bahawa beberapa exco negeri akan digugurkan kerana membelakangkan arahan kepemimpinan Umno negeri supaya tidak bertanding jawatan utama dalam pemilihan bahagian.
(sumber : http://www.malaysiakini.com/news/92258)

Setakat mana Mat Said nak dengar cakap Presiden UMNO? Dah berapa kali Mat Said ‘akur’ dengan cakap Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri tu? Kalau sekadar cakap Pak Lah, jangan harap Mat Said tunduk. Mat Said pernah dipetik sebagai berkata, dia jadi Menteri Besar bukan kerana Pak Lah.

“Krete mecedeh guane cerita?”, arahan dan larangan kabinet / Pak Lah juga. Mat Said tak layan pun arahan tu. Bukan sahaja semua Exco dah guna tanpa segan silu lagi, malahan Mat Said sendiri pun sudah guna sebuah.

Ditakdirkan Mat Said ‘ikut arahan’ Presiden kali ini dan pengguguran @ pemecatan Exco ditarik balik, itu semua hanyalah sandiwara untuk menyelamatkan juak-juak politik Ketua Bahagian yang terlanggar arahan Mat Said. Sukacita diumumkan bahawa Ketua Bahagian yang ada di Terengganu sekarang (kecuali Yahya Khatib) adalah penasihat utama @ penasihat khas @ penasihat kanan kepada Mat Said.

Sanggupkah Mat Said korbankan kuncu-kuncunya hanya kerana Yahya Khatib seorang?
Related Posts with Thumbnails