Sabtu, November 01, 2008

YANG HANGAT : ENAM JAHANAM “PERGI JAHANAM”

“Pergi jahanam kamu wahai enam jahanam”, aku tak perlu kamu lagi. Aku bos kamu, aku ada kuasa. Aku ada segala-galanya”. Mungkin dialog itu yang boleh dibayangkan kepada kumpulan enam orang penasihat utama @ penasihat khas @ penasihat kanan Mat Said.

Kumpulan yang digelar “Enam Jahanam” ini merupakan orang yang berdiri teguh di belakang Mat Said dalam kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu dan boleh dikatakan sebagai kumpulan yang telah berjaya memastikan Mat Said berada pada kedudukan sekarang. Mereka kemudiannya ditatang oleh Mat Said dan diberi pelbagai jawatan tinggi dalam parti.

Ku Tera, Zubir, Roslan, Pak Rosli, Man Bakar dan Mat Jidin/Nasir bukan nama asing jika dikaitkan dengan Mat Said, Menteri Besar dan kemelut politik BN/UMNO Terengganu. Tapi kini, khabarnya Mat Said juga telah memperlekehkan mereka dan membutatulikan diri daripada mereka.

Dalam kes pemecatan Exco kerajaan negeri Terengganu yang semakin parah, khabarnya enam jahanam ini (tidak termasuk Man Bakar) telah mengadap Mat Said dan menasihati Mat Said agar tindakan memecat Exco (yang disifatkan Mat Said sebagai ‘ingkar perintah’) tidak diteruskan kerana mereka berpegang kepada situasi sebelum rebahnya Man Bakar di Marang.

Dikhabarkan semasa tempoh berkempen, beberapa orang perisik Mat Said daripada kalangan enam jahanam ini, telah dihantar untuk merisik situasi akar umbi di Bahagian Marang sekali gus mendapatkan gambaran sebenar daripada akar umbi, Man Bakar dan Yahya Khatib sendiri, tentang kedudukan semasa kehendak akar umbi. Laporan perkembangan di Marang telah dilaporkan oleh perisik ini kepada Mat Said dari semasa ke semasa. Sehingga akhirnya pun, khabarnya Mat Said masih ‘tidak melarang’ Yahya bertanding menentang Man Bakar. Dapat dinyatakan secara perbandingan, Mat Said lebih rela Man Bakar ditentang oleh Yahya daripada ditentang oleh Alias Abdullah.

Kerana itu enam jahanam pening. Nasihat enam jahanam sudah tidak mahu didengar oleh Mat Said. Sekarang Mat Said hanya dengar cakap 'budak tingkat 16' dan cakap Man Bakar sahaja.

Mat Said sudah mengembalikan semula kengnya yang keras. Sudah rasa kuat dan hebat. Jangan ditanya bagaimana kedudukan era Mat Said, sama ada masih kelam seperti kelamnya masa depan Mat Said sendiri dan enam jahanam yang pernah menjadi tali tempat Mat Said bergantung itu atau terus 'jo'ong' dan akan hujan dalam tempoh terdekat ini.
Related Posts with Thumbnails