Rata-rata kita dengar dan pastikan, tahun ini pemilihan dan pertandingan apa saja jawatan di peringkat Bahagian lebih hebat (glamour?) dari tahun-tahun sebelumnya. Selain banyak bahagian yang sudah pasti bakal melalui saingan sengit untuk jawatan nombor satu, dua dan tiga, selain G7, yang menawarkan diri bagi menduduki Ahli Jawatankuasa antara yang paling berglamour. Almaklum kerusi yang nak diisi ada 20. Jadi yang galak gatal nak mencuba tu bukan main ramai lagi. Ada Bahagian yang khabarnya sampai lebih daripada 100 orang dicalonkan masa persidangan cawangan. Kalau separuh yang bersetuju menawarkan diri, sudah ada lebih 50 orang calon. Ramainya.
Pasal ramai tu taklah jadi isu sangat kerana masing-masing merasai mereka berhak dan layak. Demokrasilah katakan.
Yang boleh sama-sama kita fikirkan… apabila tiba saat pilihanraya (terutamanya pilihanraya umum), kenapa masih ada calon payung terjun? Atau kenapa masih timbul soal calon tak berjawatan apa-apa dalam parti (termasuk tidak berjawatan di peringkat cawangan pun, malahan ada yang belum pun jadi ahli UMNO), calon luar kawasan, calon import dan apa saja istilahnya, tiba-tiba diberi peluang jadi calon.
Kita tahu bukan semua yang bertanding jawatan dalam parti mempunyai cita-cita untuk jadi calon. Ada yang punyai perancangan lain, ada yang punyai kepentingan tersendiri. dan tidak dinafikan ada yang benar-benar ikhlas nak menghambakan diri kerana perjuangan dan sayangkan parti (hebat bunyinya. Tapi yang spesies ikhlas ini, dalam UMNO adalah satu dalam sejuta kot).
Yang kita lebih tahu dan pasti ;
Yang gila nak jadi calon masih ramai.
Yang meronta tak cukup tanah nak juga jadi calon pasal namanya tak disenaraikan cukup ramai.
Yang mengupah anak buah buat bantahan apabila nama tidak tersangkut jadi calon ramai.
Yang dah siap gambar bersongkok berbaju melayu semacam alahai boleh tahan ramai.

Yang menjaja nama ke sana ke sini berbulan malah bertahun sebelum pilihanraya masih ramai.
Yang sepak kertas selepas namanya tak tersenarai jadi calon juga ramai.
Yang lobi melobi sampai haus lobi pejabat pemimpin-pemimpin tertentu tak terkira ramai.
Yang kata dia sahaja layak sebagai calon tetapi tak dinamakan memang ramai.
Yang menolak apabila ditawarkan jadi calon tak berapa ramai.
Itulah yang kekadangnya kita menjadi keliru. (p/s : nak dikatakan pelik atau ajaib memang UMNO nin adalah makhluk yang dah pelik dan ajaib, jadi guna perkataan keliru lebih tepat). Keliru kerana, kalau masa pertandingan di peringkat Bahagian ini, yang menawarkan diri bagi jawatan Ahli Jawatankuasa sahaja sudah ada lebih 50 orang. Dalam konteks pilihanraya, kita ambil contoh di Terengganu saja, semua Bahagian ada 4 DUN dan 1 Parlimen. Jadi calon untuk bertanding jadi wakil rakyat perlunya 5 orang sahaja. Tak kan masa nak pilih calon pilihanraya, nak cari 5 (lima) orang itu pun susah. Sampai kena calon payung terjun juga. Kena orang luar juga. Kena calon import eksport juga. Keliru, keliru…
Lagi tu, tak kan daripada seramai lebih 50 orang yang menawarkan diri untuk pegang jawatan dalam parti atau paling tidak 30 orang yang menang dan dilantik daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO Bahagian tu, tak ada yang layak, yang berkebolehan, yang cerdik sikit, yang ada pelajaran sikit, yang diterima rakyat sikit, yang bersih sikit-sikit, yang betul-betul ikhlas berjuang sikit-sikit-sikit. Tak ada ke?
Itulah dunia alien, dunia makhluk yang dah pelik dan ajaib. Cuma yang masih kita menunggu, bila pula UMNO atau parti-parti yang satu spesies dengannya akan diisytiharkan sebagai salah satu antara benda-benda ajaib di dunia.