yang semasa

Ahad, Oktober 05, 2008

YANG HANTAR SEMULA KAD RAYA

Raya belum habis, sudah pasti cerita hal raya masih lagi dibolehkan.

Ini cerita bab kad selamat hari raya.

Cerita benar ini (tiada yang tidak benar melainkan benar belaka) berlaku dalam salah satu Bahagian UMNO dalam negeri Terengganu. Ada seorang AJK UMNO Bahagian yang agak berpengaruh di Bahagian berkenaan. Dia nin ada pengaruh tersendiri. Dia pernah jadi Naib Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Penerangan Pemuda Bahagian dan beberapa jawatan penting lain di peringkat Pemuda Bahagian. Pada zaman pemuda juga, dia nin tak pernah tertinggal dipilih sebagai perwakilan Pemuda Bahagian ke persidangan pemuda pusat. Demikian apabila dia berada di peringkat Bahagian. Bagi jawatan AJK Bahagian dia menjadi pilihan utama dan sering menduduki tangga teratas barisan AJK yang dipilih perwakilan. Kalau ada pertandingan untuk perwakilan Bahagian ke pusat (sekarang popular dengan panggilan G7), dia nin pun tak pernah kalah dan antara “top three”. Demikian popularnya AJK yang sorang nin.

Untuk pemilihan tahun 2008 nin, si AJK nin dah pun berdada dan terang-terangan mengisytiharkan dirinya memihak kepada calon Ketua Bahagian yang akan mencabar Ketua Bahagian sedia ada. Bukan sedikit marahnya Ketua Bahagian kerana dikatakan si AJK nin belok kerana dulunya dia antara orang yang setia, tambahan lagi si Ketua Bahagian nin sudah banyak (barangkali) ‘melabur’ untuk mengambil hati dan mengekalkan sokongan si AJK nin sejak sekian lamanya lagi.

Alkisahnya, baru-baru ini menjelang hari raya, si AJK ini dengan ingatan tulus ikhlas maaf zahir dan batin pun mengirimkan kad selamat hari raya kepada banyak orang. Termasuk sudah tentu kepada semua perwakilan cawangan-cawangan sebagai pengganti diri katakan (atau serampang dua tiga mata – kempen nak kekal G7 dan AJK lagi kot). Tidak ketinggalan kad juga dihantar kepada Ketua Bahagian dan barisan kepimpinan Bahagian.

Yang tak terfikir dek akal kita yang waras maras nin ialah tindakan Ketua Bahagian yang sudah marah kepada si AJK nin. Dengan tiada siapa menduga dan tak pernah terlintas di kepala orang-orang yang siuman, si Ketua Bahagian nin telah dengan sengaja menghantar balik kad raya yang diterimanya dari si AJK tadi (bukan membalas). Senang cerita diposkan kembali kad raya yang diterima tu kepada AJK berkenaan. Protes. Tak sudi nak terima. Tak sudi diucapkan selamat hari raya maaf zahir batin lah maknanya tu atau kalau dalam cakap ajuknya “tak rela i terima ucapan maaf dari u… uhuk…uhuk…uhuk…”.

Baiknya contoh teladan Ketua Bahagian nin. Eloknya fie perangai Ketua Bahagian nin. Bagusnya dia kerana membantu posmen supaya lebih banyak kerja. Boleh dikekalkan lagilah Ketua Bahagian nin selagi ada hari raya.

Inilah contoh Ketua Bahagian @ pemimpin yang dikatakan pendek @ pandak @ katik @ renek @ rendah @ singkat @ tidak cukup inci AKAL dan fikirannya.

Kata Pak Belalang… “entahlah belalanggg”.
Kata perwakilan... “bengonglah kau Ketua Bahagiannn..”
Related Posts with Thumbnails