Rabu, Oktober 08, 2008

YANG DIGULA-GULAKAN : ZALI MAMAT CALON AJIL?

Ku Li, Anwar, Najib dan Ku Tera, siapa akan jadi calon DUN Ajil?
Insya-Allah kalau ada rezeki, bolehlah sahabat saya nin merasa jadi calon. Kalau ada rezeki lagi bolehlah merasa gelaran Yang Berhormat. Itu pun kalau ada tuah. Itu pun kalau Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera), Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu boleh mengekalkan jawatan tu. Itu pun kalau Ku Li tak jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itu pun kalau Najib yang jadi Presiden dan PM. Itu pun kalau Mat Said masih kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Itu pun kalau Ku Tera jadi Pengerusi Perhubungan.

Itulah berita terbaru yang saya terima. Ustaz Razali Mamat, sahabat saya yang berkhidmat dengan KEMAS jadi orang kuat dan bekerja keras untuk memastikan Ku Tera kekal sebagai Ketua Bahagian. Zali anak peneroka Felda Bukit Bading dalam DUN Ajil jadi orang kanan Ku Tera dalam menghadapi tentangan Cikgu Mat Nong di Hulu Terengganu.

Ku Tera mempergunakan Zali untuk bantu beliau kekalkan jawatan Ketua Bahagian dengan janji kalau Ku Tera masih jadi Ketua Bahagian, dalam PRU ke-13 nanti, Zali Mamat akan dicalonkan jadi calon BN/UMNO DUN Ajil ganti Dato’ Rosol.

Makanya gula-gula tu dikemanglah oleh Zali dan amat bimbang kalau Ku Tera tak kekal Ketua Bahagian. Al-maklum ramai yang bercita-cita nak digelar YB. Termasuklah sahabat saya Zali Mamat nin. Zali orang baik, berhemah dan ada pelajaran, Cuma sayanglah kalau dia mengemang dan menelan gula-gula yang diberikan Ku Tera begitu saja tanpa melihat dulu gula-gula tu jenis apa dan rasanya macam mana. Tapi Zali dan orang-orang Ku Tera memang amat yakin, Ku Tera berjaya kekal sebagai Ketua Bahagian.

Bagaimanapun dalam politik macam-macam boleh terjadi. Dua kali lima tak semestinya jadi 10 kalau ikut formula politik. Zali kena banyak hafal sifir politik dan situasi politik mendatang. Kerana memang Zali ada potensi, makanya dia kena berhati-hati dalam menghadapi situasi politik.

Ku Li mungkin sukar nak menang jawatan Presiden. Mungkin kalah tanpa bertanding pun boleh jadi. Tapi kalau sifir politik UMNO boleh menjadikan Ku Li sebagai Presiden dan PM, teori Ku Tera sudah jadi lapuk. Ku Li dah kata, ada lima (5) pembaharuan yang dia akan buat kalau dia jadi Presiden UMNO, termasuk salah satunya pemilihan calon pilihanraya akan diserahkan oleh akar umbi yang menentukan. Maknanya cadangan datangnya dari peringkat cawangan lagi bukan cadangan oleh Ketua Bahagian. Ku Li juga nak serahkan perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri kepada Ketua-ketua Bahagian yang menentukan dan tidak semestinya MB/KM yang akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan. Maknanya, kemungkinan Ku Tera bukan orang Pengerusi Perhubungan lagi, kecuali dia sendiri jadi Pengerusi Perhubungan.

Dasar Najib (kalau Najib Presiden) kita pun tak tahu lagi. Hari ini orang dah heboh nak mereformasikan UMNO, nak mengukuhkan semula UMNO. Najib mungkin ada pelan dan strategi tersendiri untuk penjenamaan semula UMNO itu dan tidak mustahil kaedah tradisi (mengekalkan status-quo) dalam semua perkara terutama dalam pemilihan calon pilihanraya juga akan direformasikan.

Macam mana Ku Tera boleh janji dengan Zali macam tu? Mungkin Ku Tera yakin Ku Li tak akan jadi Presiden atau Ku Tera tak tahu pun janji Ku Li kepada orang-orang UMNO tu. Mungkin Ku Tera masih kabur dalam bacaan sifir politik Najib, apa tah lagi kalau Pak Lah akan terus kekal sebagai Presiden dan PM, Ku Tera semakinlah jauh nak mencapai angan. Atau memang Ku Tera yakin dia akan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri nanti.

Bagaimana pula kalau Ku Tera tak menang (bukan kalah) Ketua Bahagian?
Related Posts with Thumbnails