Jumaat, Oktober 10, 2008

YANG BERKEDUDUKAN CEMAS

Dari atas :
Ku Tera vs Cikgu Mat Nong (Hulu Terengganu) = siapa akan reput seperti paip air?
Pok Li vs Din Adam (Dungun) = siapa akan hancur seperti jalan/jejantas MRR2?
Man Bakar vs Yahya (Marang) = siapa akan terbakar seperti hutan jenang?

Tiga Ketua Bahagian sedia ada di Terengganu berkedudukan cemas dan tidak selamat. Sama ada benar atau tidak, tuannya sendiri yang tahu dan merasai.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri, YBM Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera) sesak-sesak nafas menahan tentangan daripada Ahli Parlimennya YB. Haji Mohd Nor bin Othman (Cikgu Mat Nong) di Hulu Terengganu.

Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga Setiausaha Perhubungan negeri, Ybhg Dato’ (Dr) Rosli Mat Hassan (Pok Li) nak terkencing terberak menangkis serangan daripada Naib Ketua Bahagian YB. Dato’ Din Adam (Din Adam) di Dungun.

Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (Man Bakar) hari-hari ‘check’ dada mengelak rempuhan Setiausaha Bahagian yang juga Exco Kerajaan negeri, Yahya Khatib Mohamad (Yahya) di Marang.

Ketiga-tiga yang 'dikatakan' orang kanan Menteri Besar @ Pengerusi Badan Perhubungan negeri, YAB Dato’ Ahmad Said (Mat Said) diberitakan telah menggunakan talian hayat kedua mereka iaitu mendapatkan bantuan Mat Said untuk menyelamatkan mereka. Khabarnya Mat Said dah mula memanggil lawan-lawan mereka. Tetapi tidak diketahui apakah ‘tawaran’ dan hasil perbincangan lanjut mereka.

Namun yang pasti, langkah berkenaan (Mat Said panggil lawan mereka) dilihat sudah amat terlambat dan agak sukar untuk diselesaikan.

Kini Ku Tera, Pok Rosli dan Man Bakar masih mempunyai satu lagi talian hayat dan tidak mustahil mereka akan menggunakannya pada saat-saat akhir ‘hayat’ mereka, demi untuk menyelamatkan nyawa politik mereka. Almaklum mereka adalah orang-orang penting dalam UMNO negeri sekarang ini.

Apakah talian hayat terakhir mereka. Apakah sama seperti yang digunakan untuk menghancurkan politik Idris Jusoh semasa kemelut perlantikan Menteri Besar dulu? Sama-sama kita saksikan nanti – “episod cemas menyelamatkan Ketua Bahagian”.

Yang pasti cemas - akibat pertembungan ini, jangan hairan, usah pelik dan marilah kita sama-sama yakin dan percaya bahawa :
UMNO menanti REPUT
UMNO menunggu HANCUR
UMNO semakin TERBAKAR …
Related Posts with Thumbnails