Jumaat, Oktober 10, 2008

YANG AKAN MUNCUL

Jangan tidur Pak Li... Nanti sama nasib dengan Pak Lah. Sebab Pak Lah suka tidurlah, orang suruh Pak Lah berhenti. Nama pun dekat-dekat dah (Pak Li - Pak Lah). Tak kan Pak Li nak berhenti dah jadi Ketua Bahagian. Nanti dulu, kereta baru 16 buah, tunggu sampai 25 buah dulu, barulah berhenti kalau nak berhenti. Lagi pun Datuk Najib baru nak jadi PM. Lounge Suit, baju linen Kompleks Pertama, kasut, cincin tak beri lagi kepada Dato' Najib. Pak Li kan pandai bodek. Mana tahu, kalau tak boleh jadi Timbalan Menteri pun, jadi Menteri dah lah. Ke Pak Li nak jadi Ketua Timbalan Menteri Besar Kanan Terengganu je?

Yang dinanti oleh banyak orang akan muncul dalam masa terdekat di blog JAM ini.

Mengambil sempena tarikh 25/10/2008 persidangan UMNO Bahagian Dungun, akan muncul : 25 + 10 fakta nyata yang akan mengingatkan para perwakilan UMNO Bahagian Dungun agar tidak tersalah pilih Pak Li sebagai KB.

Sama-sama kita nantikan.

(p/s : sekiranya anda mempunyai fakta nyata / sebab / dalil kenapa Pak Li tidak layak jadi Ketua Bahagian, boleh kongsikan bersama dengan mencatatkannya dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih atas sumbangan anda).
Related Posts with Thumbnails