yang semasa

Selasa, Januari 13, 2009

YANG BERBAKI 5

Beberapa hari lepas JPP memanggil kontraktor Kelas F Kuala Terengganu dan sempat membahagi-bahagikan sejumlah lebih 500 projek kepada mereka. Yang datang semua akan dapat. Kesannya kepada PRK ini belum dapat dipastikan kerana semua kontraktor Kelas F dipanggil tanpa mengira fahaman politik mereka. Selepasnya maka adalah perli memerli dan timbul rasa kurang senang di kalangan mereka.

Kontraktor yang fahamannya lebih cenderung kepada pembangkang mendapat kontrak yang harganya lebih besar daripada kontraktor yang pro-BN. Bukan seorang dua tapi ramai. Dari satu segi, situasi begitu cukup baik. Nampak ketelusan kerajaan BN yang tidak memilih bulu, walaupun pembahagian itu dibuat secara undian. Cuma yang menimbulkan sedikit kecurigaan dan kebimbangan ialah kepada kontraktor pro-BN yang mungkin merajuk dan mengambil tindakan di luar kawalan.

Sempena PRK Kuala Terengganu ini, kalau pun BN tak berkempen dengan ceramah dan penerangan sepatutnya sudah dibolehkan. Pembangunan segera yang melimpah di mana-mana dan mendapat liputan meluas media massa dan elektronik sudah cukup banyak membantu calon BN Wan Farid untuk menang selesa.

Tetapi yang berlaku sebaliknya. Kerana itu kerja penyokong BN terus dilipatgandakan. Berlakunya begini kerana itulah. Ada manusia yang tidak pernah-pernah berpuas hati dengan apa yang diperolehi dan ada pula yang bila dah dapat pun masih mewujudkan rasa dengki mendengki. Nak menerima ucapan terima kasih dan bersyukur jauh sekali. Senario biasa, baik di kalangan penyokong pro-BN mahupun pro pembangkang.

Alasannya, itu adalah tugas kerajaan yang memerintah. Duit pun duit rakyat, bukan duit kerajaan. Woooooouuuhhh.

Yang menanggung sakit dan belum reda-reda kegusarannya ialah Wan Farid. Wahid Endut terus mencari peluang. Tambah memeritkan Wan Farid apabila ada suara-suara dari kem UMNO sendiri yang bercakap “Wan Farid kalah tidak akan ada orang yang menangis, tetapi kalau Wan Farid menang ramai yang akan menangis.”

Limpahan projek nampaknya masih belum dapat menyelamatkan orang UMNO daripada tidak menangis. Malah sebahagian besar amat menanti-nantikan peluang mencurah projek ini. Jangan hairan kalau ada yang bergurau sinis “nak dapat banyak benda (projek) dengan kerajaan, kena kerap ‘tanam’ orang (kebumikan YB)”

Benarlah kata Confuseus ‘kalau nak makmur setahun, tanamlah padi, kalau nak makmur sepuluh tahun, tanamlah pokok buah-buahan dan kalau nak makmur seratus tahun, tanamlah manusia’.

YANG BERBAKI 6

Semalam dalam posting terbaru saya ada disentuh tentang Dato’ Che Mat Jusoh (DCMJ). Sebelumnya pernah saya sentuh berhubung dengan peranan dan peri pentingnya juga menyelesaikan masalah DMCJ nin. Kalau ada cakap-cakap yang merasakan DMCJ bukan faktor yang boleh mengukuhkan kedudukan Wan Farid, itu terpulang. Tetapi DMCJ and the geng tetap mempunyai saham tersendiri khususnya dalam DUN Batu Burok.

Mengikut laporan daripada blog yang memetik cakap-cakap politik, DMCJ menonjolkan diri dalam arena kempen PRK ini adalah atas arahan MB. Sambil dalam masa yang sama masih tidak boleh menerima Wan Farid sebagai calon dengan memberikan beberapa alasan yang menyokong cakapnya.

Secara peribadi DMCJ boleh bercakap begitu. Demikian juga soal mengundi nanti. Undi tetap bersifat rahsia dan tidak siapa tahu siapa yang kita undi. Cuma dalam situasi sekarang, cakap-cakap DMCJ seolah-olah menjelaskan lagi pendiriannya untuk tidak memberi undi kepada Wan Farid. Dan kejelasan ini akan turut mempengaruhi ahli UMNO yang lain, terutamanya penyokong DMCJ sendiri.

Seperti yang telah saya sebutkan, kalau pun 100% pengundi ahli UMNO dalam Parlimen Kuala Terengganu mengundi Wan Farid, Wan Farid hanya akan memperolehi 36% sahaja daripada undi keseluruhan pengundi Kuala Terengganu. Kalau isu DMCJ masih gagal diselesaikan, hitunglah sendiri berapa peratus undi ahli UMNO yang akan memihak kepada Wan Farid?

Pengundi ahli UMNO amat penting kerana calon BN adalah daripada UMNO. DCMJ mungkin kepada Wan Farid atau sesetengah orang tidak penting, tetapi paling tidak beliau pernah menerajui DUN berkenaan dan pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Paling koman pun, tetap ada 10 orang penyokong totok beliau yang akan taksub kepada DMCJ.

DMCJ pernah ‘merajuk’ apabila Nordiana dinamakan sebagai calon Batu Burok pada pilihan raya umum 2008 lalu. Tetapi akhirnya, dengan kesungguhan dan rayuan manja Nordiana, DMCJ berjaya dipujuk dan menjadi pencadang pencalonan Nordiana. Pun demikian, masih ada suara yang berbisik, kalau DMCJ ‘melepaskan’ semua orang-orangnya mengundi Nordiana ketika itu, Nordiana mungkin akan menang atau paling tidak pun mengurangkan majoriti PAS.

Itu baru kes DMCJ. Belum lagi mengambil kira kes-kes individu UMNO lain dalam DUN berkenaan atau dalam DUN lain.

Isnin, Januari 12, 2009

YANG DILIHAT & DIDENGAR (PRK-4)

(JAM mohon maaf kerana terlewat posting. Sepatutnya sudah dapat dibaca pada awal pagi. Gangguan litar dan gangguan broadband yang dialami dalam tempoh sehari dua ini agak mengganggu – harap maklum).

Hari ini Ahad. Kuala Terengganu agak sibuk menerima tamu luar Terengganu yang hari Ahad menjadi cuti hujung minggu mereka. Malam nanti mungkin sebahagian mereka akan balik kampung semula untuk datang lagi sebelum hari mengundi. Suasana sudah agak sesak dan semakin sibuk dan menyibukkan. Hampir semua markas parti menampung kawasan parkir untuk kereta pelbagai huruf.

Pukul 6.00 pagi kurang lebih, Kuala Terengganu hujan. Tak lebat tetapi tetap hujan. Kira-kira pukul 10 pagi, hujan sudah pergi. Yang tinggal pelancong politik dan pelencong politik.

Naik taraf

PRK menaikkan taraf logistik markas besar kecil BN. Biskut keras cicah air kopi tidak ada lagi. Diganti dengan behon, mee kuning dan beras mentah. Petugas terpaksa juga cari gerai makan di luar kerana ‘tukang masak’ mogok. Kesihan behon, mee kuning dan beras mentah yang tidak dilayan sepatutnya sebagai tetamu yang tidak diundang. Rokok?. oooo... no smoking.. Jentera BN diwajibkan mematuhi arahan kerajaan dalam kempen ‘tak nak merokok’. Rokok tidak akan dibekalkan.

Calon BN dalam Pilihan raya di Amerika

Manusia A : guana kata nak martabak bahase melayu. Poster pung tulis dalang bahase orang puteh. Masa aku gi indonesia baru ning, bapak-bapak dinung tengoh ngepeng presiden jugok, tapi poster sutir tadok tulis bahase inggeris. Tulis kut jawa adelah.

Manusia B : orang amerika rakyat berbilan kaung di malaysia jugok.

Polis cedera

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor diberitakan cerita dan patah tangan kerana dirempuh motosikal. Tidak dapat dipastikan oleh Mat Rempit atau orang awam Terengganu. Tak dapat dipastikan juga sengaja melanggar atau insiden. Kalau insiden, kesihan kepada Inspektor berkenaan. Kata kawan saya “nak tahu berapa ramainya polis di Kuala Terengganu sekarang, kumpulkan bersama penduduk Kuala Terengganu dan lempar batu ke udara secara rambang, pasti batu itu jatuh di atas kepala polis”.

Laporan rasuah oleh AMK

Pukul 2.00 petang, rombongan AMK Terengganu menghantar memorandum rasuah kepada pihak BPR di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu. Memorandum berkaitan kerugian syarikat anak Kerajaan negeri.

Timbalan Menteri untuk orang Terengganu

Cerita kawan saya : dia ditemui oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Negeri Sembilan. Datang ke Kuala Terengganu untuk ikut Menteri berkempen. Berjumpa dengannya beliau diumpan dengan momokan “Timbalan Menteri untuk orang Terengganu, kena bagi calon BN menang, kalau tak terlepas jawatan tu”. Kawan saya mengomel sakan – “aku dah beri tahu kepada JK penerangan PRK, jangan bawa isu tu. Tu namanya PM tidak ikhlas dan merendahkan kemampuan 6 Ahli Parlimen BN Terengganu yang lain. Mereka yang 6 orang lagi tu tak layak jadi Timbalan Menteri ke? Kena beri kepada Wan Farid juga ke? Kalau PM ikhlas, gantikan dulu tempat arwah (Dato’ Razali) sebagai Timbalan Menteri dengan orang Terengganu sebab satu kerusi Timbalan Menteri tu dah disandang oleh arwah, orang Terengganu”.

DCMJ sudah kelihatan

Dato’ Che Mat Jusoh, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan bekas Speaker DUN Terengganu yang dikatakan turut melobi untuk menjadi calon PRK ni dikatakan telah muncul menunjukkan lubang hidungnya kepada khalayak Kuala Terengganu. Tetapi kemunculannya diragui banyak orang. Petikan berkaitan kemunculan DCMJ ini dipetik daripada sebuah blog pro-BN (permisi bnkterengganu – mohon ijin pak…) dengan cerita berikut :

Dato' Che Mat Jusoh semasa melawat UPU Permint Jaya telah mengaku bahawa beliau adalah pegawai pembangunan DUN Batu Burok.

Katanya beliau dilantik oleh MB dan bukan cadangan umno bahagian. Apa yang pelik beliau menyatakan kehadiran beliau bukan atas arahan umno bahagian, tetapi atas arahan MB sendiri.

Kenapa jadi begini? Sekali lagi pula che Mat Jusoh mengulangi kata-kata beliau yang mana Wan Farid ini bukan calon terbaik BN. Katanya Wan Farid ni suka mencantas atau cah keting, beliau memberi contoh macamana beliau dan arwah Dato' Razali dicantas dari umno bahagian kerana Wan Farid nak menangkan Md Sabri Alwi dan Wan Hisham.

Kalau betul Che Mat dilantik oleh MB, apa tujuan apa motifnya? Kenapa pula Che Mat Jusoh berkata demikian dalam keadaan Wan Farid sangat kritikal sekarang?

Apakah ini kerja MB Dato' Ahmad Said?

Tak yakin dengan SPR

Cerita tak yakin dengan ketelusan SPR ni tak ada kesudahannya. Terbaru seorang teman ada ceritakan bagaimana beliau berkempen dan berusaha menyakinkan pengundi agar jangan takut untuk mengundi kerana kertas undi tetap rahsia dan tidak akan dapat dikesan. Teman saya tu memberi contoh kertas undi yang sekarang tidak lagi ada nombor siri dan tidak akan dapat dikesan siapa yang punya kertas undi tu. Kawan saya dengan marah-marah mengadu kepada saya. “Ada ke dia kata, tu kata SPR depan kita, di belakang kita tak praktik pun. Entah-entah nombor siri tu tak dicetak terang-terang tapi dicetak macam pitis (duit). Nak tengok boleh nampak bila suluh bawah lampu ungu”.

Ceramah 6 Jahanam

6 Jahanam melalak lagi di Flet Bukit Kecil malam tadi. Isunya sama saja. Hentam calon PRK Kuala Terengganu Anwar Ibrahim dan melelong kotak kotexnya.

Ceramah PKR

Kira-kira 1 kilometer dari tempat 6 Jahanam berceramah, ada ceramah PKR di Pejabat Induk PKR Negeri Gong Kapas. Ceramah kali ini lebih ramai yang hadir sehingga beberapa kali diingatkan oleh pihak polis untuk tidak menggangu lalu lintas. Kedudukan pejabat utama PKR nin betul-betul di tengah di persimpangan lampu isyarat Gong Kapas menuju ke Jalan Pasir Panjang dan menjadi laluan utama ke bandar Kuala Terengganu. Bilik Gerakan Utama BN yang terletak di Bangunan UMNO bahagian Kuala Terengganu terletak kira-kira 200 – 250 meter sahaja dari situ. Ada dalam ceramah tu calon PAS Wahid Endut, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan singgah sekejap MB Selangor. Tak tahu apa yang diceramahkan kerana tak sempat singgah, tiada parkir. Hanya yang sempat didengar ceramah akan terus diadakan pada setiap malam sehingga 16 Januari.

Ceramah BN

Datuk Mustaffa Mohamad berceramah di Permint Jaya, Cendering DUN Batu Burok. Sesuai dengan keperibadian Datu Pa yang lemah lembut, ceramah di situ juga ‘perlahan’ saja temponya. Yang hadir bapa angkat dan beberapa petugas markas di situ. Sempat singgah dan pekena behon goreng dan Teh O.

Banjir

Jalan dari simpang Cendering ke KL (Kampung Laut) 50 meter dari simpang menghala ke kawasan perindustrian Cendering dan Permint Jaya (di depan Puspakom) dinaiki air. Yang tidak berani mengharungi air dan sayang kereta, kena berpatah balik. Suasana di KL nin kurang meriah. Poster masih berkurang. Di sini adalah sempadan DUN Batu Burok dengan DUN Rhu Rendang, Marang di sebelah utara dan DUN Bukit Payong, Marang di sebelah selatan

Berat sokmo tapi menang

Singgah di Markas PKR/PAS. Teman wartawan nak dapatkan berita. Sambil duduk menunggu orang yang dicari, mencuri dengar isi cakapan sekelompok petugas PKR/PAS yang sedang berehat di meja hadapan. Saya kira bukan orang tempatan berdasarkan loghatnya. Kata salah seorang daripada mereka, “kalau tanya kedudukan UMNO sebelum pilihan raya, memang selalunya berat dan kritikal. Tetapi keputusan menang dia juga”.

Angpau Raya Cina

Pengundi Cina di Pulau Kambing dan Kampung Tiong dah dapat angpau Raya Cina. Mulanya untuk pengundi warga emas (70 tahun ke atas). Yang datang lewat sikit, akan dapat juga walaupun belum mencapai usia 70 tahun. Tak lah banyak sangat, sekadar dua belah tangan je. Nak banyak lagi tunggu wang ehsan raya Cina.

Surat ingatan mengundi

Kata seorang pengundi dalam DUN Wakaf Mempelam – “Seingat saya, sudah tujuh kali saya mengundi. Tak pernah dapat surat rasmi berkepala surat BN yang ditandatangani oleh Pengerusi BN Negeri mengingatkan tanggungjawab kita supaya keluar mengundi pada 17 Januari ini. Kali ini saya terima sepucuk surat siap dengan slip maklumat mengundi lagi”.

RM80 untuk edar

Akhbar sempena PRK ‘Ganukita’ boleh didapati secara percuma di hampir semua markas BN. Tidak dapat dipastikan siapa yang menerbitkan ‘Ganukita’. Cuma yang pasti kalau diteliti daripada sidang pengarang, kumpulan mereka adalah terdiri daripada petugas tetap Unit Komunikasi Kerajaan Negeri. Akhbar tu cukup baik kerana selain kualiti kertasnya yang baik, semua gambar berwarna dan berita / rencana yang tersiar di dalamnya tidak ada pun yang menghentam pembangkang. Sebaliknya menyiarkan kejayaan dan pembangunan negeri Terengganu keseluruhannya agar diketahui oleh rakyat, terutama pengundi Kuala Terengganu ketika ini. Cuma agak terkilan, petugas di markas tidak mampu untuk mengedarkannya secara meluas menjadikan akhbar berkenaan dibiarkan berlonggok di depan markas. Ada inisiatif markas-markas tertentu yang mengupah budak-budak mengedarkannya kepada pengundi dengan berkorban membelanjakan kos upah sebanyak RM80. Semangat berkorban terus disuburkan.

DAP bersungguh

Dua keadaan yang membingungkan seorang teman berbangsa Cina pengundi Kuala Terengganu. (1) DAP bersungguh benar berkempen untuk PAS dalam PRK ni (2) Ada pengundi Cina sendiri marah apabila sebut pasal hudud. Kata pengundi itu, “hudud dok kena ngena dengan kite lah…(hudud tak kena mengena dengan kita)”.

KIMMA hilang punca

KIMMA yang pernah minta bergabung dengan BN hilang punca. Seorang pemimpin KIMMA mendakwa ada 200 orang ahli mereka berdaftar sebagai pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu. Bila beliau ke Markas Utama BN untuk dapatkan satu naskah daftar pemilih bagi tujuan semakan pengundian, mereka tidak dilayan. Ke SPR, perlu ada wakil yang sah dan kena bayar lagi. Kemudian saya cadangkan kepada mereka, ambil masa sikit, buka laman web www.spr.gov.my dan carilah di situ seorang demi seorang. Lagi mudah dan cepat.

Pekena ‘pulut gaul nyior’

Awal pagi tadi (kira-kira 1.15 pagi), kami pekena pulut gaul nyiur kat restoran simpang lampu isyarat Masjid Terapung di Kuala Ibai. Kalau masa puncak, di sini susah nak cari parkir. Yang diminati ramai (bukan saja musim PRK nin, sepanjang masa) kerana ada macam-macam makanan dan minuman, daripada yang telah siap dimasak (nasi lemak, nasi dagang, nasi kunyit, nasi lemak, pulut, dan macam-macam) sehingga kepada masakan panas dan ‘western’. Kalau nak rasa nasi himpit kuah gulai nasi dagang, pergilah ke situ. (Iklan ini tidak berbayar).

Ahad, Januari 11, 2009

YANG TERSALAH CALON : 6 JAHANAM & KOTAK-KOTAKNYA

Bertempat di sebelah Flet Kampung Kolam, Kuala Terengganu ada ceramah khas BN. Dikatakan khas kerana yang menjadi penceramahnya ialah 6 Jahanam bangkai pemimpin PKR yang sekarang telah kembali ke pangkuan UMNO (sebagai makluman : jangan keliru kerana dalam UMNO Terengganu juga ada satu kumpulan yang dinamakan 6 Jahanam – baca di sini).

6 Jahanam ‘bangkai’ ini diketuai oleh Ezam Mohd Nor. Yang menjadi pengikut setia Ezam dalam episod ini ialah Hamdan Taha (Bangkai Pengerusi Perhubungan PKR Perak yang juga bangkai Timbalan AMK), Lokman Nor Adam (bangkai MPT PKR), SD (tak pasti apa makna SD – Sedia Didera?) Johari Hj Yasin (bangkai Setiausaha AMK), Azwanddin Hamzah (bangkai Ketua AMK Wilayah Persekutuan) dan Mohd Nazmi Rosli (bangkai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor).

Seronok mendengar ceramah orang yang ada pengalaman boleh mengubahsuai kelembutan lidah ini menghentam lawan semasa dalam UMNO, kemudian menghentam UMNO semasa keluar UMNO dan kemudian menghentam semula PKR dan lawan apabila kembali menyertai UMNO. Banyak cerita-cerita menarik yang dapat kita pungut, walaupun 100% cerita-cerita mereka tidak banyak relevennya dengan PRK P036 Kuala Terengganu ini.

Bukan bermaksud untuk merendahkan kehebatan pidato dan isi pidato orang lain, saya hanya akan menyentuh sedikit berhubung dengan ceramah Ezam. Bukan juga kerana Ezam kepala 6 Jahanam dan bukan juga kerana dia dianggap VVIP yang tiba di penghujung ceramah (seperti iman yang akan mengimankan sembahyang berjemaah, lebih afdal masuk ke masjid paling lewat – betul ke, itu kena tanya Ustaz PAS).

Apa yang dapat disimpulkan selepas ceramah mereka terutamanya ceramah Ezam ialah, calon yang bertanding dalam PRK pada 17 Januari ini ialah antara Wan Farid vs Anwar Ibrahim vs Azharudin. Wahid Endut telah dengan rasminya bukan calon PRK ini. Wahid hanya meminjamkan namanya sahaja sebagai calon. Bukan proksi atau boneka tetapi bolehlah dikatakan calon photostat.

Sepanjang kurang lebih 35 minit ceramah Ezam yang menyentuh dua perkara besar, Ezam terus menerus menyerang Anwar Ibrahim yang masih diakui sebagai bekas (bangkai?) bosnya. Seolah-olah Anwar adalah calon PAS atau BN berhadapan dengan calon PKR dalam PRK ini.

Mungkin Ezam terlupa ini bukan Permatang Pauh tetapi Kuala Terengganu. Mungkin Ezam dan rakan-rakan 6 Jahanamnya terlupa yang calon di PRK Kuala Terengganu ini adalah calon PAS bukan PKR atau mungkin juga Ezam masih ‘mabuk udara’ (beliau maklumkan baru saja tiba dari Jakarta dan terus ke Kuala Terengganu) bahawa ini adalah pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum. Sebab itu mereka bersikap dan bercakap begitu.

Ezam memang hebat berpidato. Suara, gaya dan cara penyampaiannya tidak ubah seperti bangkai bosnya Anwar Ibrahim. Itulah kelebihan yang dikurniakan Illahi kepada hamba-Nya.

Antara kenyataan Ezam
:

(1) Kalau tuan-puan memilih calon bukan dari BN pada 17 Januari ini bermakna tuan-puan merestui Anwar Ibrahim sebagai PM dan Lim Kit Siang sebagai TPM.

(2) 6 kotak berada dalam pengetahuannya bukan disimpan olehnya. 6 kotak disimpan di luar dan dalam negara. Ezam mengakui dia yang memulakan dan menyebut perihal kotak itu buat pertama kalinya pada tahun 1999 di Pasir Salak, Perak.

(3) 3 kotak dilihat isinya. Apa isinya tunggu Anwar jawab cabarannya (berhubung di mana dan apa isi kotak itu), kerana dia dan Anwar saja yang tahu tentang kotak itu dan di mana kotak-kotak itu disembunyikan. (p/s : Disahkan oleh Pejabat TPM bahawa Ezam dan Anwar sendiri yang memikul dan memunggah kotak-kotak itu. Kemudian Ezam dan Anwar memikul 3 kotak membawa lari ke luar negara).

(4) Tarikh tengok kotak ialah pada 8 September 1998 dan pada tarikh itu terpaksa meninggalkan isteri yang sakit nak bersalin kerana ada perkara paling mustahak yang terpaksa beliau buat pada malam 8 September itu. Perkara penting itu terpaksa dibuat pada malam itu juga dan ia berkaitan dengan hasrat Anwar untuk berdamai dengan Dr Mahathir.

(5) Ada suatu rahsia besar berserta bukti kukuh (yang boleh memalukan dan meruntuhkan politik Anwar jika dibongkar) telah diminta oleh Anwar supaya beliau buat pada malam 8 September 1998 itu. Tetapi beliau tidak akan bongkar selagi Anwar tidak menjawab cabaran berkaitan dengan kotak itu. Beliau akan sebarkan ke seluruh negara apabila sampai masanya.

Kesimpulannya :

(1) Ezam mengelirukan pengundi Kuala Terengganu. Seperti kata Dr Mahathir, pilihan raya kecil di Kuala Terengganu ini sepatutnya tidak dianggap penting. Sama ada BN menang atau kalah Kerajaan Terengganu tak akan berubah. Kerajaan Malaysia lagilah masih jauh untuk berubah.

(2) Kalau betul Ezam jujur dan benar serta ada rahsia besar yang masih disembunyikan terutama berkaitan kotak-kotaknya itu, PRK Permatang Pauh sepatutnya sudah menjadi tempat paling dan amat-amat sesuai untuk beliau dedahkan segalanya, kerana Anwar sendiri adalah calon PRK Permatang Pauh ketika itu. Matikan politik Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi calon supaya Anwar tidak menang sebagai Ahli Parlimen, bukan sekarang yang terpaksa kena tunggu Anwar menjawabnya dulu.

(3) Ezam sendiri mengakui yang beliaulah orang yang menyebut dan mendedahkan perihal kotak itu. Kenapa perlu mencabar orang lain untuk menjawab?

(4) PRK Kuala Terengganu bukan medan soal jawab dan cabar mencabar untuk berbalas-balas membongkar maklumat tentang Anwar Ibrahim kerana masing-masing sepatutnya menumpukan kepada soal jawab dan cabar mencabar kenapa Wan Farid mesti menang atau kenapa Wahid Endut perlu dikalahkan atau kenapa Azharudin perlu dihilangkan wang pertaruhannya dalam PRK ini.

(5) Wan Farid atau orang-orang UMNO/BN Kuala Terengganu perlu mencabar (merayu?) Ezam supaya bongkarkan segera rahsia besar itu tanpa menunggu jawapan Anwar, kalau Ezam datang ke Kuala Terengganu ini benar-benar untuk membantu kemenangan Wan Farid dan Ezam benar-benar berniat suci, setia, amanah dan jujur serta ikhlas dengan UMNO setelah beliau kembali semula kepada UMNO. Apa lagi kalau benar isu 6 kotak itu menjadi isu penting dan amat diperlukan bagi menjamin kemenangan Wan Farid.

(6) Kalau pun Ezam merasakan isu 6 kotak itu boleh membantu kemenangan calon BN kenapa masih disembunyikan. Masa sudah tidak ada untuk beliau bongkarkan habis-habisan. Bagaimana kalau Anwar tidak menjawabnya sehingga 17 Januari ini dan ditakdirkan Wan Farid kalah (ditakdirkan sahaja). Katakanlah, dengan tidak dibongkarnya isu itu menjadi antara salah satu faktor yang tidak boleh membantu kemenangan Wan Farid. Dalam erti kata yang lain, Wan Farid pasti menang kalau Ezam dedahkan perihal 6 kotak itu, tetapi sayang Wan Farid terpaksa menerima kekalahan hanya disebabkan Ezam tidak membantu beliau dengan membongkar isu itu.

(7) Minta tolong Ezam jadikan Permatang Pauh sebagai panduan pada mana calon BN kalah kerana Ezam tidak membogelkan Anwar habis-habisan di sana. Maklumkan juga kepadanya, jangan biarkan tragedi Permatang Pauh itu berulang untuk kali keduanya di Kuala Terengganu ini. Orang UMNO dan rakyat Kuala Terengganu bukan semuanya suka menyaksikan lakonan Ezam.

(8) Besar dan hebat serta berkesan sangat ke isu 6 kotak itu sehingga Ezam terpaksa menunjukkan kejaguhannya yang hanya mahukan Anwar saja satu-satunya yang boleh menjawab. Atau Ezam saja nak menonjolkan keegoannya dalam mencari publisiti murahan sambil mendabik dada menunjukkan kejantanannya.

(9) Ezam pasti akan terus bermain wayang dengan lakonan hebatnya, sekiranya pada 17 Januari ini, Wan Farid diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

(10) Ezam jangan menganggap pengundi Kuala Terengganu bodoh dengan lakonan menarik beliau atau pengundi Kuala Terengganu cetek maklumat berkenaan dirinya. Tuk Mun atau Azharudin Mamat @ Adam sebenarnya lebih jujur dan lebih ikhlas dan benar cakapnya daripada orang politik seperti Ezam dan geng 6 Jahanamnya itu, walaupun Tuk Mun dan Azharudin atau pengundi lain mungkin akan terpinga-pinga bila ditanya perihal kotak-kotak tu.

(11) Maaf. Saya sebenarnya sudah acap kali mendengar ceramah Ezam baik semasa masih dalam UMNO dulu, kemudian dalam PKR dan masa beliau kembali dalam UMNO semula sekarang. Juga ceramah pemimpin yang suka lompat-lompat ini. Yang dapat disimpulkan, semuanya sama sahaja. Cakap politik. Tidak ada pendirian, hanya berani bersuara dari luar atau setelah keluar. Hipokrit dan ada kepentingan peribadi. Ezam sama saja seperti Anwar Ibrahim atau Ibrahim Ali atau Kapten Abu Zahar atau sesiapa saja baik yang sekarang dah lompat ke UMNO, PAS, PKR, DAP atau parti apa sahaja, asal namanya lompat melompat dan kerja hakiki politiknya melompat ke sana ke mari, termasuklah juga Dr Mahathir. Semuanya politik ada kepentingan dan politik cari makan.

(12) Ezam dan geng 6 Jahanam merosakkan keharmonian berkempen yang telah dimeterai bersama oleh BN dan PAS bagi PRK Kuala Terengganu ini.

(13) Dah tak ada isu lain ke? Ke sana ke mari, isu kotak tu je yang dijaja. Carilah isu lain pula. KOTEX ke !!!

(14) Cakap politik Ezam and the geng adalah cakap politik berskema.

Soalan cepumas kepada Ezam :

Siapa yang memanjat pagar rumah Anwar Ibrahim untuk bertemu Nurul Izzah kerana gilakan anak perempuan Anwar Ibrahim itu?

YANG BERBAKI 8

Hari yang tinggal 8. Banyak orang bercakap pasal Wan Farid bukan orang sesiapa. Kalau bukan sesiapa, orang siapa? Pening juga bila banyak orang meletakkan tag line begitu. Dato’ Najib bagaimanapun dilihat berusaha untuk menyelamatkan Pak Lah dan Wan Farid. Memang betul, Najib berunding dan memilih Wan Farid bersama Pak Lah. Saya pernah ceritakan (di sini). Cuma tanpa disedari, cakap politik Pak Lah dan Najib itu meninggalkan kesan yang bukan mudah untuk ditutup.

Isunya kenapa perkara ini timbul. Dr Mahathir bukannya orang PAS. Sepatutnya dia sebutkan perkara ini kepada calon Bebas kerana dia bebas sekarang. Isu yang dibawa oleh orang PAS tidak pula diketengahkan sangat. Pak Lah nampaknya banyak bercakap soal peribadi Wan Farid yang sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada calon BN itu.

Dengan masa hanya ada sekitar seminggu ini, sepatutnya soal-soal peribadi tidak wujud lagi. Sepatutnya sudah diselesaikan sejak tiga minggu yang lalu sebaik Wan Farid diumumkan sebagai calon BN. Itulah kelemahan ketara BN. Tidak pandai nak menggunakan kelebihan mengumumkan calon awal untuk membaiki prestasi dan membersihkan peribadi.

Wan Farid sewaku memberi cadangan agar calon BN diumumkan lebih awal daripada biasa, hanya berfikir untuk mengelakkan spekulasi. Tanpa memikirkan kelebihan lain, Wan Farid sendiri pada dua minggu yang awal sebelum penamaan calon, banyak menghabiskan masa menjawab isu peribadi yang kemudian terpalit semula kepadanya.

Itulah. Apabila tersilap langkah menjawab isu, akan memberikan kesan sampingan yang tidak baik kepada diri sendiri. Wan Farid dilihat sengaja menimbulkan masalah peribadinya apabila dengan sengaja ‘mengakui’ ada orang beranggapan dirinya sombong, sukar didekati dan tidak mesra rakyat. Sedangkan kalaulah Wan Farid hanya menjawab isu dan tohmohan itu dengan perbuatan dan teladan tanpa banyak bercakap, kesannya lebih bermakna.

Janji Wan Farid dan Wahid yang tidak akan menyentuh soal peribadi sebagai isu pilihan raya kecil ini patut diberi perhatian oleh semua orang, baik pemimpin atau penceramah kedua-dua belah pihak (ketiga belah?). Tetapi nampaknya kita sendiri yang membuka pekung di dada, lalu hari ini semua orang sudah melihat dan mendengar bahawa Wan Farid adalah calon sombong dan bukan calon kepunyaan siapa-siapa.

Mainan apa sebenarnya ini? Apabila pemimpin sendiri mengakui calon BN adalah bukan calon siapa-siapa. Kenapa tidak berani nak mengaku calon kita bersama, calon BN? Yang sakitnya Wan Farid, kerana beliau bukan calon mana-mana orang. Bukan calon untuk rakyat juga (?) Kalau beginilah keadaannya, Mat Said adalah orang yang betul apabila terus meragui prestasi Wan Farid, kerana Wan Farid bukan juga calon beliau atau calon UMNO/BN yang diketuainya.

Termasuk sama, lembab bergeraknya jentera UMNO/BN adalah kerana calon bukan orang mereka. Taraf Wan Farid sekarang sama dengan calon Bebas Haji Azharudin yang menjadi calon atas kehendaknya sendiri.

Pada saya, Wan Farid masih ada masa untuk menang kalau Pak Lah, Najib, Mat Said dan pemimpin serta orang-orang UMNO/BN membantu Wan Farid atas semangat kawan dan atas kapasiti seorang pemimpin UMNO.

Esok ada 7 hari lagi. Angka yang disebut orang sebagai 'cangkul'. Siapa yang akan dicangkul dan siapa mencangkul, tunggulah....

YANG DILIHAT & DIDENGAR (PRK-3)

Sedikit rancak. Dari pagi sampai malam tadi Kuala Terengganu hujan. Sekali renyai sekali reda sekali agak lebat. Tapi jangan keliru. Sedikit kesesakan di bandaraya Kuala Terengganu bukan menandakan suhu pilihan raya semakin hangat. Sebenarnya pada hari Sabtu biasa pun, Kuala Terengganu agak sibuk. Orang-orang kampung dari seluruh daerah lain masuk ke bandar Kuala Terengganu dengan pelbagai urusan masing-masing. Ditambah dengan musim pilihan raya kecil, mereka lagi seronok kalau boleh datang menyaksikan sendiri hiasan bandaraya dengan bendera parti-parti yang bertanding dan tidak bertanding.

Helikopter Berlegar

Sejak pagi, terdengar laungan suara helikopter di udara. Berlegar-legar mengelilingi bandaraya warisan pesisir air yang selama ini hampir tidak terdengar hiruk pikuk kenderaan udara itu. Seingatnya, kali terakhir kenderaan udara tu beredar dan membising di udara Kuala Terengganu ialah masa pertandingan kuda lasak dunia yang disertai sama oleh DYMM SPB YDP Agong. Helikopter tu sebenarnya adalah untuk memastikan keselamatan TPM semasa TPM jalan-jalan cari pengundi. Banyak program yang dihadiri oleh TPM hari ini. Minyak dah 7 kali turun.

Pertandingan Golf

Arena golf Tuanku Mizan Golf and Country Club di Kuala Ibai pagi ini ada pertandingan golf anjuran UMNO. Yang menyertai tak berapa kesah sangat hal-hal politik pilihan raya nin. Yang mereka tahu politik golf. Disertai sama oleh ramai petugas UMNO luar Terengganu yang sekarang sedang kuat bekerja untuk kemenangan Wan Farid. Masa santai begitu, bolehlah beriadah sikit. Kata kawan, golf tu Golongan Orang Lupa Famili. Ok lah juga, jangan Golongan Orang Lupa Fie (perangai) atau Golongan Orang Lupa Friend masa di Kuala Terengganu sudah.

Susah dapat komen

Beberapa teman wartawan masih merungut, sukar untuk dapatkan komen daripada calon yang bertanding. Nak cari di mana masa ni, masing-masing sibuk bagai nak rak. Calon ada urusan peribadi dan nak berehat. Tolong jangan ganggu.

Majlis di Kolej Komuniti Kuala Terengganu

Petang tadi ada program yang akan dihadiri oleh TPM di Kolej Komuniti Kuala Terengganu berhadapan dengan Wisma Darul Iman. Ada kumpulan kompang yang sedang mengadakan latihan akhir menyambut tetamu. Kelihatan ramai anak muda berpakaian batik Kolej Komuniti. Kerusi masih banyak yang kosong, majlis sudah nak dimulakan. Jalan sedikit sesak dan hujan renyai boleh dijadikan alasan atau menyedapkan hati, agar TPM lambat tiba.

Dah Jumpa dah !!!

Petang tadi baru terjumpa sekeping poster calon Bebas Haji Azharudin Mamat @ Adam. Guna lambang buku. Hasrat supaya pengundi Kuala Terengganu ‘ada baca’. Pusing-pusing ke tempat lain, belum lagi ada. Sebelah malam ketika melintasi bulatan batu bersurat Ladang, ternampak 'markas tunggal' calon Bebas ni. Terpampang besar gambar pada markas tu. Selepas selesai ceramah Ezam di Flet Seri Kolam, bersama dua teman wartawan, kami ke markas tunggal calon Bebas tu. Nasib kami baik, calon ada dan sempat ditemuramah dengan ramahnya. Menurut Azharudin, dia hanya membuka satu markas sahaja. Kebetulan markas tu adalah tempat dia berniaga (pengamal rawatan tradisional yang menggunakan ‘bantuan’ ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang alatan moden). Markasnya terletak betul-betul di hadapan pasar kraf Ladang (tepi bulatan batu bersurat dan sebelahnya ada kanopi pondok polis). Yang seronoknya kata Azharudin, dia redha kalau hilang wang pertaruhan pun.

Ceramah PKR

Katanya Anwar Ibrahim akan hadir di ceramah PKR di Bilik Gerakan Utama, Pejabat PKR Perhubungan Negeri Terengganu di Gong Kapas. Melalui di situ kurang lebih pukul 10.15 malam, tidak ramai yang hadir. Cuma sekitar 50-60 orang sahaja. Mungkin faktor hujan atau mungkin faktor susah nak letak kereta menyebabkan orang tidak ramai. Atau memang pengundi sekitar tak minat kepada PKR dan Anwar. Tetapi yang pasti, di situ memang langsung tak sesuai untuk adakan ceramah umum. Kedudukannya di jalan utama dekat dengan lampu isyarat lagi. Yang menyusun program tu bukan orang Terengganu kot. Nak adakan majlis bawah kanopi sesuai.

Ceramah 6 Jahanam

Bertempat di Flet Kampung Kolam ada ceramah ‘6 Jahanam bangkai pemimpin PKR’ yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor. Hadir sama Hamdan Taha, Lokman Nor Adam, SD Johari Hj Yasin, Azwanddin Hamzah dan Mohd Nazmi Rosli. Kehadiran boleh tahan. Sekitar 100 – 150 orang. Laporan sedikit terperinci isi ceramah (khususnya ceramah Ezam) akan menyusul.

Bekalan dan Logistik

Sekali lagi disebut, sehingga malam ini bekalan makan minum dan rokok Dunhill China masih tak sampai-sampai ke markas-markas BN. Memang tak sampai atau memang tak ada terus, itu kurang pasti. Yang pasti, petugas kena beli rokok Dunhill sendiri. Di kedai serbaneka Maidin Mall rokok Dunhill murah 20 sen daripada biasa. Pergilah ke situ. Dibuka 24 jam.

Nasi Lemak, Nasi Minyak dan keropok lekor

Awal pagi ini, kami hanya pekena nasi lemak dan nasi minyak pinggan dengan keropok lekor goreng panas-panas di hadapan pejabat akhbar Sinar Harian. Tidak seperti malam sebelumnya kami pekena di Perhentian Bas MBKT yang nasi lemaknya dibungkus. Di sini tidak buka 24 jam. Masa kami sedang makan, pekerja kedai nak susun kerusi meja dan bersih bekas nasi yang sudah habis. Warung ini terletak hanya kurang 100 meter dari markas tunggal calon Bebas.

Sabtu, Januari 10, 2009

YANG DILIHAT & DIDENGAR (PRK-2)

Sehingga malam semalam, Kuala Terengganu tidak seperti yang dijangka. Tidak serancak yang diharapkan banyak orang. Mungkin kerana ‘masih awal’ atau mungkin kerana tiada isu besar atau mungkin kerana calon yang berentap atau juga mungkin kerana orang ramai selesa dengan tahap keselamatan sesuai dengan keramaian polis yang merata sepanjang masa sehingga terlupa untuk meriuh. Atau juga PRK Kuala Terengganu menjanjikan suasana tenang dan damai sahaja.

Seperti yang digambarkan sebelumnya, hari Jumaat ini juga tidak banyak yang berubah. Cuma Najib datang lagi setelah Pak Lah balik. Najib masih dengan isterinya yang malam semalam mengenakan baju kurung batik sutera semacam sutera Terengganu. Mungkin yang dibeli minggu lalu.

Mat Tyson dan Geng

Mat Tyson and the geng bersama beberapa pemimpin kecil cawangan (calon tidak kelihatan) menjelajah dari rumah ke rumah di beberapa kampung dalam DUN Ladang pada sebelah paginya. Menurut cerita orang yang menyaksikan perarakan rombongan, mereka hanya singgah berkempen di rumah penghuni yang dikenalpasti pro-PAS atau tepatnya orang PAS. Berapa orang yang kena KO dan TKO Mat Tyson tidak dapat dipastikan. Entah-entah Mat Tyson yang kena.

Peruntukan Unit Peti Undi / Markas / Pos

Berbeza daripada malam kelmarin, semalam sudah ada laporan yang mengatakan peruntukan sudah ada dengan Ketua Peti Undi tetapi masih tidak mengalir ke bawah. Kebanyakan markas / pos BN masih kekontangan. Rokok Dunhill China belum kunjung tiba. Mungkin kontenanya terkandas di pelabuhan atau telah dirompak lanun lagi. Suasana markas / pos masih seperti malam sebelumnya. Cuma ada beberapa markas terutamanya markas peti undi yang telah dihias cantik luar dan dalam bagi menyambut kunjungan rasmi TPM Najib ke unit-unit peti undi terpilih.

8.30 Jadi 11.30 Malam

Orang kampung pulang setelah lelah menunggu lawatan Najib ke markas peti undi dalam DUN Ladang. Yang tinggal petugas markas dan penunggu setia markas yang kebanyakannya ‘bapa angkat’ markas berkenaan. Najib dijadual melawat beberapa markas mulai pukul 8.30 malam. Jadual asal tersasar menjadi 11.30 malam, baru rombongan besar Najib sampai. Penyusun jadual kunjungan Najib ke unit peti undi mungkin terlepas pandang yang Najib sudah mempunyai jadual makan malam dengan masyarakat Cina sehingga 9.00 malam.

Diiringi Meriah

Najib dan isteri diiringi meriah oleh polis bermotosikal, berkereta di samping tidak kurang 30 buah kereta pengiring yang buat-buat sibuk. Tersusun di celah kereta banyak itu sebuah ambulan yang tidak putus-putus menyalakan lampu merah berpusing yang berada di bumbung keretanya. Jalan Pasir Panjang jadi sesak dengan kenderaan pengiring. Laluan terganggu tetapi suasana itulah yang sedikit sebanyak telah mengubati kelembapan tempo berkempen PRK Kuala Terengganu kali ini. Kemeriahan dengan begitu ramai pengiring bagaimanapun dirasakan kurang sempurna kerana calon dan Pengarah PRK merangkap MB serta pemimpin tertinggi BN Negeri tidak kelihatan bersama.

Rumah UMNO Pahang

Rumah UMNO Pahang terletak di kampung Paloh dalam DUN Wakaf Mempelam. Melintasi rumah mereka agak meriah dengan penunggu setia dan beberapa kereta mewah. Malam masih awal, mereka tak tahu nak ke mana. Kampung Paloh antara kubu Wahid Endut. Hiasan bendera meriah dan nampak meremut. Cuma lebih menyerlah dengan bendera UMNO. Bimbang kalau-kalau SPR datang minta diturunkan bendera UMNO, akan menjejaskan kemeriahan.

Wakaf Mempelam Menghijau

Rata-rata bendera besar dan kecil, plastik poster dalam DUN Wakaf Mempelam diwarnai dengan warna hijau. Warna merah dan biru agak ketinggalan. Begitu juga markas / pos yang didirikan. Lebih besar dan meriah dengan selimut hijau.

Mini Billboard

Mini billboard BN semakin banyak dan ada yang semakin besar. Rata-rata menggambarkan kejayaan dan pelbagai program BN yang telah dibuat untuk keselesaan dan faedah warga Kuala Terengganu.

Poster Calon

Poster gambar calon BN masih belum kelihatan. Yang banyak ditemui poster besar bersaiz bena. Poster kecil bergambar calon PAS dah dijumpai.

Ceramah dan Kerja Malam

Semalam seperti langsung tidak ada ceramah. Sekitar DUN Wakaf Mempelam sunyi tanpa gangguan pembesar suara. Di sini tidak juga ditemui pekerja kontrak malam yang bekerja mengorek parit, membuat jalan atau kerja-kerja kontrak yang lain. Barangkali masing-masing berehat kerana Jumaat adalah hari minggu di Terengganu.

Nasi Lemak dan Telur Separuh Masak

Awal pagi tadi setelah puas pusing-pusing, sekali lagi bersama beberapa teman pekena nasi lemak dan telur separuh masak di gerai makan di Perhentian Bas MBKT yang dibuka 24 jam. Kawan saya jadi ketagih untuk pekena lagi setelah pertama kali mencuba malam kelmarin.

Jumaat, Januari 09, 2009

YANG BERBAKI 9

Ada 9 hari lagi. Semalam Pak Lah datang. “Kalau saya tak datang, orang kata apa pula”. Demikian antara kata-kata Pak Lah memberi sebab kenapa dia turut datang berkempen untuk kemenangan Wan Farid.

Selain itu Pak Lah secara rasmi menjawab tuduhan Dr Mahathir yang mengatakan Wan Farid adalah calon proksinya. Jauh lebih itu, Pak Lah banyak mempertahankan Wan Farid kerana Wan Farid dirasakan telah diserang secara peribadi. Maka timbullah perkataan sombong, tak tahu dan tidak betul dan sebagai sebagai sebagainya.

Sebagai pemimpin Pak Lah berhak bertindak membela anak buahnya. Demikian apabila beliau mempertahankan Khairy satu ketika apabila Khairy diserang hebat berkait dengan faktor tidak popularnya BN dalam pilihan raya umum lalu.

Hari ini Najib menyambung tugas Pak Lah menjawab tuduhan dan tohmahan Dr Mahathir. Kata Najib “Wan Farid bukan orang sesiapa. Dia dipilih oleh Pak Lah dan saya secara bersama.”

Kenapa perihal dan isu Dr Mahathir perlu diperbesar. Apakah impak besar kepada kemenangan BN dalam PRK ini bila dikaitkan dengan isu itu. Apa pentingnya isu itu sehingga perlu diperjelaskan kepada umum? Rakyat tahukah, seseorang wakil rakyat itu mesti dipilih di kalangan bukan proksi atau mesti orang erdogan, misalnya? Yang masing-masing melalak minta rakyat memilih wakil mereka yang boleh membawa masalah mereka ke dewan negara dan mewakili mereka untuk kepentingan mereka tu apa dia. Yang masing-masing sibuk menerangkan dasar dan perjuangan parti dan kelemahan dasar dan prinsip parti lawan tu pula apa?

Umum telah mengetahui bahawa itu adalah tugas pemimpin. Memilih dan menentukan calon adalah hak beliau. Apabila seseorang itu telah dipilih, tuduhan dan tohmahan sepatutnya tidak perlu dilayan. Yang penting, perlu bekerja untuk kemenangan calon yang telah ditentukan itu, sesuai dengan prinsip, perjuangan dan manifesto masing-masing.

Dalam PAS pun isu calon pada mulanya banyak diperkatakan. Tetapi sekarang tidak timbul lagi sebabnya pemimpin mereka tidak menghiraukan sangat pelbagai tohmahan dan andaian dan tuduhan. Bagi mereka sudah selesai. Mereka lagilah boleh dibesarkan isu calon proksi kalau mahu, kerana Haji Hadi mengakui bahawa Wahid dipilih oleh beliau sendiri. Maknanya Haji Hadi seorang yang memilih Wahid. Selepas dipilih baru dimaklumkan kepada Nik Aziz. Tidak ada pula soal proksi Haji Hadi atau proksi sesiapa apabila Wahid dicalonkan. Haji Hadi atau Anwar Ibrahim tak perlu jawab pun kepada media.

Itulah sebenarnya beza antara BN dan PAS dalam hal menamakan calon ini. Tambah membezakan apabila adanya suara-suara sumbang sesama sendiri yang secara terang-terangan mengkritik dan membuat andaian yang macam-macam. Seperti baru kali ini BN/UMNO menghadapi pilihan raya.

Persoalan yang sepatutnya diselesaikan sekarang bukan soal proksi atau erdogan atau erbakang. Apabila soal calon merupakan antara faktor yang penting, maka sesiapa saja yang telah dipilih perlu menyesuaikan dirinya selepas diumumkan, untuk menjadi calon pilihan yang tepat dan layak digelar Yang Berhormat atau wakil rakyat. Sekali lagi wakil rakyat.

Baik Wan Farid mahupun Wahid Endut ataupun Azharudin (yang dipilih sendiri oleh dirinya), mereka perlu mengharungi masa susah 12 hari ini untuk menjadi ‘bakal’ wakil rakyat bukannya ‘bangkai’ wakil rakyat. Kalau sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh mereka tidak mencerminkan keperibadian sebagai bakal wakil rakyat, bersedialah untuk menjadi bangkai wakil rakyat.

Justeru gerak kerja yang masih berbaki 9 hari ini perlu menjurus ke arah itu. Sayangnya ada di kalangan bakal wakil rakyat ini yang tidak mengambil peluang. Akhirnya mereka dikatakan bermasalah dan sebab itu timbulnya masalah proksi, prestasi kurang memuaskan, tidak memenuhi piawaian dan sebagainya itu.

Wan Farid (juga Azharudin) langsung tidak berpengalaman sebagai wakil rakyat. Berbanding Wahid Endut yang sudah menjadi wakil rakyat selama lima penggal. Walaupun jadi ADUN bukan Ahli Parlimen, tetapi kaedah mewakilrakyatkan diri tetap sama.

Kita sedar masa 12 hari yang diperuntukkan untuk berkempen amat singkat bagi mengenali sejumlah 80 ribu pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi di sinilah letaknya kecekapan dan kebijaksanaan mereka. Mereka perlu berhati-hati dan membuat keputusan yang cekap baik secara lisan, tindakan mahupun perlakuan.

Hari ini sudah ada cakap-cakap Wan Farid dan Wahid Endut sama saja. Sama dalam konteks, seolah-olah orang yang berkempen pula menjadi calon wakil rakyat, bukan mereka berdua. Azharudin tak termasuk dalam perbincangan ini kerana beliau tiada mazhab parti. Lubang hidungnya pun masih belum kelihatan selepas hari penamaan calon.

Yang hairannya Wahid Endut yang sudah lima penggal jadi calon pun masih tidak pandai memberi keutamaan, mana yang dulu mana yang kemudian. Tian Chua yang berkempen untuk beliau mengeluh dan merungut seolah-olah beliau (Tian Chua) yang jadi calon. Wahid nin susah nak jumpa. Di mana mereka pergi pun tak tahu. Telefon tak pernah berjawab. Tak kan kerana parti yang hendakkan beliau bertanding, maka parti saja kena bekerja untuk beliau.

Mungkin Wahid berpegang teguh dengan kesetiaan ahli-ahli partinya yang sering dimomokkan sebelum ini bahawa orang PAS tak akan beralih undinya, walau siapa dan bagaimana sekali sikap calonnya. Hal itu mungkin betul, tapi berapa peratus pengundi PAS dalam parlimen Kuala Terengganu? Kalau pengundi yang jadi ahli UMNO hanya ada 36%, pengundi PAS rasanya kurang sedikit atau lebih kurang saja jumlahnya. Yang selebihnya pengundi tanpa mazhab atau pengundi atas sempadan. Wahid tidak memerlukan pengundi-pengundi tu ke?

Wan Farid juga sama. Dah lah tak ada pengalaman jadi calon, berlakon jadi wakil rakyat pun kaku dan tidak hidup. Alasan yang diberikan memeningkan kepala orang yang bertanya. Sepatutnya perkataan ‘urusan peribadi’ dan ‘balik berehat kerana keletihan’ dipadamkan terus dalam diari bakal wakil rakyat buat sementara, sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 hari ini. Selepas menang atau kalah nanti, tidurlah sampai 3 hari 3 malam pun, orang pun faham kalau nak menganggu masa tu.

Berjumpa dengan pengundi yang akan menjadi rakyat kita juga adalah soal peribadi, berehat bukan tak boleh tapi bukan tak boleh diganggu. Lawatan dan kunjungan pemimpin besar, khususnya ke tempat yang rapat dengan rakyat, penyokong dan pengundi kita perlu diutamakan. Hairan juga kalau bakal wakil rakyat tak ikut Timbalan Perdana Menteri melawat bilik gerak kerja peti undi (yang sudah pasti ratusan pengundi dan penyokong parti akan menunggu). Apa lagi keutamaan kalau tidak masa sebegitu.

Atau kefahaman Wan Farid, beliau bukan 'orang sesiapa' tu sebagai beliau 'keseorangan' (al-faridun). Bukan orang parti dan bukan juga milik rakyat?

Tempoh 9 hari yang masih berbaki ini, sama ada Wan Farid atau Wahid Endut atau Azharudin perlu mengambil peluang atas kelemahan calon lawan mereka masing-masing. Salah seorang yang berjaya mencuri hati pengundi dalam hal keutamaan ini, insya-Allah akan terlepas daripada bala bangkai wakil rakyat.

Esok masih ada 8 hari. Nombor yang dianggap oleh masyarakat cina sebagai memberi ‘ong’ kepada mereka. Sepatah kata P. Ramlee “entahlah belalang…. 2 x 5, 5 x 2 belaka.”

YANG DILIHAT & DIDENGAR (PRK-1)

Bandar Kuala Terengganu masih kurang sibuk. Ada peluang untuk pusing-pusing sambil menyaksikan gelagat manusia menghadapi PRK.

Masing-masing ‘satu’

Wan Farid berharap tuahnya untuk menang ada pada nombor satu kedudukan calon dalam kertas undi. Wahid Endut namanya sendiri dalam bahasa arab bermaksud ‘pertama / satu’. Sebenarnya kedua-dua adalah satu. Farid dalam bahasa arab juga bermaksud solo @ sendiri @ tunggal @ berseorangan. Masih lagi satu. Cuma bezanya Wahid berkedudukan yang pertama dan Farid berkedudukan sendiri atau berkeadaan solo. Seorang diri?

Bakal Ketua Penerangan PKR

Terjumpa poster ceramah PKR yang berlangsung di Cendering. Salah seorang penceramah ialah Dr Zarawi Sulong. Bertanya kepada seorang pemimpin PKR, Zarawi tu siapa? Pernah bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang kang? Ya lah… Lama tak jumpa dengan beliau. Paling akhir jumpa Zarawi di Kuantan, kalau tak silap 4-5 tahun lepas. Dia hulurkan kad jadi konsultan motivasi dan pendidikan. Masa tu belum ada Dr lagi. Seorang lagi orang UMNO masuk PKR. Katanya Dr Zarawi mungkin dilantik sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri Terengganu.

Gula-gula berbungkus BN

Singgah di markas BN di DUN Ladang. Petugas merungut “cuma ada coklat BN. Ning pun baki masa PRU dulu. Untuk PRK nin sekeping biskut pun tak ada lagi, jangankan nak sebatang rokok Dunhill China”.

Sampul Ubat

Anda yang sakit boleh ke ‘klinik bergerak’ doktor bersama rakyat. Hari ini BN buka klinik tu di Pasir Panjang. Didokongi oleh puteri UMNO. PAS dan DAP juga ada di Kampung Cina dan Gong Kapas. Yang hadir pasti akan dapat ubat yang bersampul Undilah BN atau Undilah PAS. Ubat pun boleh jadi bahan kempen.

Orang Luar dan Anak Tempatan

Beberapa markas BN agak meriah. Malam tadi markah keindahan dan kemeriahan markas sudah memihak kepada BN. Cuma yang agak sedihnya, petugas dan penjaga markas bukan pengundi atau petugas dari peti undi kawasan berkenaan. Sudah beberapa malam situasi begitu. Yang ada, petugas ‘ayah angkat peti undi’. Anak-anak tak tahu ke mana.

Bendera PKR, DAP dan UMNO

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa memaklumkan SPR meminta beliau menurunkan bendera PKR dan DAP kerana parti-parti itu tidak bertanding dalam PRK ini. Kata Fariz, tu tektik dan cerita lama SPR. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan turunkan bendera DAP dan PKR dengan syarat UMNO, MCA, MIC, Gerakan juga turunkan bendera mereka. Ya tak ya juga. Selain bendera / poster BN dan PAS, boleh tahan juga bendera parti-parti sekutu mereka dikibarkan di merata tempat. Di sesetengah tempat bendera mereka lebih banyak daripada bendera PAS dan BN. Kalau dilihat pada kibaran bendera seolah-olah ada banyak parti yang bertanding.

Mat Rempit Yang Senantiasa ‘Happy Go Lucky’

Mat rempit di Kuala Terengganu memang hebat dan berani. Tak kira musim pilihan raya atau musim durian, seperti biasa, malam minggu (malam Jumaat di Terengganu), ratusan mat motor akan melakukan 'tawaf' bandar Kuala Terengganu beberapa kali. Sampai di jalan-jalan tertentu yang agak mencabar, mereka merempit. Jalan-jalan yang biasa terlibat dengan aktiviti ini termasuklah Jalan Kuala Berang / Wakaf Mempelam dan Jalan Sultan Mahmud. Mat rempit nin pun satu hal, sebegitu ramai polis di Kuala Terengganu sekarang pun mereka masih berani merempit. Hoit adik-adik, polis di Kuala Terengganu sekarang ada lebih kurang 1/8 daripada jumlah pengundi tahu? Kalau Azharudin tak dapat undi 1/8, gerenti dia hilang wang deposit.

Markas Besar DAP & PKR Untuk Pengundi Cina

Pukul 1.15 pagi, sengaja mencari Markas Besar sekutu PAS – DAP dan PKR untuk pengundi Cina. Dah tutup kedai.

Kampung Cina Pukul 1.20 pagi

Kampung Cina pukul 1.20 pagi juga sunyi sepi. Yang masih ‘hidup’ bendera BN dan bendera MCA yang ada beberapa helai terpintal pada tiang. Tidak kelihatan bulan atau roket pun. Belum dipasang atau mata saya sedikit kabur, maklum dah pagi, wallahuaklam. Melalui Jalan Banggol jentera PAS sedang sibuk memasang poster dan menaikkan bendera. Markas bersaiz besar juga kelihatannya.

Papan Tanda dan Mini Billboard

Sehingga awal pagi semalam, papan tanda dan mini billboard BN sudah banyak dinaikkan. Daripada PAS langsung tak ditemui. Begitu juga sebahagian besar bendera dan poster. Kelmarin saya ceritakan ada pekerja parti BN yang mula kerja sebelah petang lagi. Mereka sebenarnya bekerja dengan majikan yang dapat kontrak menaikkan papan tanda dan billboard tu. Sebab tu mereka kerja ikut waktu pejabat. Kerja malam / lewat malam / awal pagi adalah untuk orang parti sahaja. Kebetulan awal pagi semalam, terjumpa dengan bos mereka, kontraktor yang dapat kontrak tu dan beliau belanja kami makan laksan Terengganu.

Kerja Menaikkan Markas/Pos & Kerja Buat Longkang/Parit

Tidak kurang 3 tempat berlaku ‘pertembungan’ kerja. Sekumpulan menaikkan markas / pos dan bendera / poster di satu sudut dan di satu sudut yang lain, ada kumpulan dengan jentera pengorek membaiki longkang dan saluran paip. Kerja mereka tak tentu masa.

Khamis, Januari 08, 2009

YANG BERBAKI 10

Ada 10 hari lagi. Masih panjang kepada yang telah banyak menyelesaikan masalah terutama masalah dalaman. Sudah tidak ada masa kepada yang masih tercari-cari formula menyelesaikan masalah.

Calon BN, Wan Farid telah melalui masa yang lebih lama daripada dua calon lain. Beliau diumumkan sebagai calon kurang lebih 2 minggu sebelum tarikh penamaan calon. Sepatutnya sudah banyak yang dapat diselesaikan.

Wan Farid masih punyai peluang untuk menang kalau banyak perkara, khususnya masalah dalaman UMNO/BN dapat disegerakan penyelesaiannya. Jika cakap-cakap negatif dalaman dapat dibisukan. Jika penyelarasan daripada semua peringkat dapat diselarikan.

Sehingga hari ini, formula penyelesaian masih tergagar-gagar. Kata-kata Najib “nak menang tapi macam tak nak menang” masih menghantui khemah UMNO/BN, sehingga Pengarah PRK BN Kuala Terengganu, Mat Said belum berpuas hati dengan prestasi Wan Farid. Disebut secara terbuka tanpa segan silu.

Wan Farid boleh menang, dengan syarat dia kena selesaikan masalah-masalah ini.

(1) Beliau mungkin tidak menyangka akan berlakunya PRK. Justeru kesilapan besar beliau yang banyak orang tidak menyedari ialah, sebaik selesainya Persidangan Bahagian baru-baru ini, Wan Farid telah menyisihkan banyak pemimpin di semua DUN dalam Bahagian Kuala Terengganu. Wan Farid tidak melantik semula Timbalan Pengerusi Penyelaras, Setiausaha Penyelaras dan sebahagian besar AJK Penyelaras dalam DUN Wakaf Mempelam yang diketuainya sendiri. Wan Farid melantik Adik Mat (Mohd Sabri Alwi) menggantikan Dato’ Che Mat Jusoh mengetuai penyelaras DUN Batu Burok, sambil dalam masa yang sama mengenepikan hampir keseluruhan orang-orang DMCJ dan orang-orang Nordiana. Wan Farid juga tidak melantik semula Ketua, Timbalan, Setiausaha dan AJK penyelaras DUN Bandar. Dan situasi yang hampir sama berlaku juga di DUN Ladang.

(2) Tindakan beliau menyebabkan kumpulan yang disingkirkan Wan Farid ‘berasa hati’ dan sehingga hari ini masih berdiam diri, entah di mana mereka susut kepala. Yang jelas sebahagian besar masih belum menampakkan lubang hidung untuk turut bekerja bagi menjamin kemenangan Wan Farid. Hampir semua DUN yang melibatkan orang-orang yang disebutkan di atas, tidak ternampak kelibat mereka. DMCJ misalnya perlu dipujuk. Walaupun banyak orang tahu beliau juga berusaha melobi untuk menjadi calon baru-baru ini, namun setelah keputusan dibuat oleh pimpinan parti, prinsip dan kepatuhan perlu diutamakan. DMCJ dan orang-orangnya langsung tidak kelihatan semasa hari penamaan calon. Pengaruh DMCJ, Wan Farid tak boleh nafikan. Paling tidak ada di belakang DMCJ orang-orang setia kepadanya yang kalau diminta untuk tidak keluar mengundi atau mengundi calon lain, akan dipatuhi mereka. Masa masih ada dan mereka masih boleh dipujuk untuk berganding bahu semula. Kita tahu DMCJ agak tegas pendiriannya, tetapi rasanya ada seorang tokoh yang boleh melembutkan hatinya. Wan Farid carilah TS Wan Mokhtar (mantan MB Terengganu) yang rumahnya hanya 200 meter dari rumah Wan Farid. Insya-Allah, masalah DMCJ boleh diselesaikan.

(3) Wan Farid perlu mencari alasan yang digunakan Najib sehingga Najib marah dan ‘mengarahkan’ secara sulit supaya Idris Jusoh ‘mengambil peranan’ (bukan mengambil alih) mengetuai PRK Kuala Terengganu. Najib juga mungkin bertindak sedemikian setelah cadangan Setiausaha UMNO Perhubungan supaya setiap peti undi TIDAK diketuai oleh ADUN-ADUN BN Terengganu, kononnya kerana wakil-wakil rakyat BN Terengganu tidak akan bekerja untuk Wan Farid. Setiausaha Perhubungan sebaliknya mahukan semua peti undi dikendalikan oleh Bahagian dan negeri-negeri angkat sahaja. Kerana itulah mungkinnya, pada hari penamaan calon, tidak kelihatan barisan Exco Kerajaan Negeri mahupun Ahli Parlimen serta ADUN Terengganu yang mengiringi Wan Farid. Yang kelihatan hanyalah beberapa orang sahaja seperti Khazan Che Mat (memimpin bacaan doa), Idris Jusoh (mantan MB/Pengerusi Perhubungan), Ustaz Ramli Noh, Sabri Cheek (Menteri). Yang lain entahlah. Mungkin ada mungkin tak ada. Mungkin tak masuk ke kawasan Stadium atau mungkin ada dalam kawasan hospital di hadapan Stadium. Atau mungkin sedang minum-minum sambil berkempen di kedai-kedai kopi berhampiran Stadium.

(4) Wan Farid jangan cepat melatah dengan hanya mendengar cakap-cakap orang tentang tidak perlunya Idris Jusoh and the geng dalam kem kerja PRK kali ini. Wan Farid jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap itu, lantaran tanpa berfikir baik buruknya, terus menghantar sms kepada Idris melarang Idris turun membantunya. Memalukan juga bila ada pemimpin perhubungan yang keluar dari bilik mesyuarat ketika Idris memberi taklimat gerak kerja. Tidak habis di situ, mereka kemudian berbisik di luar dewan mesyuarat mempertikaikan tindakan Idris Jusoh. Mungkin mereka tidak sedar bahawa Idris sebenarnya ‘diarahkan’ oleh Najib, bukan buat-buat pandai dia sahaja.

(5) Jentera PRK di peringkat pemimpin perlu bersikap telus dengan pihak-pihak yang sepatutnya perlu dan wajib mengetahui kedudukan dan masalah semasa, bukan segala-galanya berstatus ‘rahsia dan sulit’. Kalau dalam mesyuarat sulit antara Ketua / Pengerusi Gerak Kerja PRK pun masih berstatus rahsia dan sulit, segala-galanya akan menjadi sulit dan menyulitkan kerja. Semua perlu bersikap terbuka memaklumkan yang sebenar, walaupun pahit.

(6) Wan Farid perlu memastikan peruntukan untuk belanja PRK dibelanjakan dengan telus dan turun ke sasarannya. Sehingga hari ini, bekalan apa pun masih belum ada di semua markas / pos, baik di markas / pos besar mahupun kecil. Wan Farid kena melantik orang yang betul-betul boleh memastikan peruntukan disalurkan dengan betul dan merata. Wan Farid kena tegas dan memainkan peranan mempengaruhi Pengarah PRK dalam hal ini. Atau laporkan sahaja kepada Presiden atau Timbalan Presiden parti. Hari ini cakap-cakap yang tidak sedap didengar sudah merebak. Duit peruntukan sudah turun tapi tak sampai-sampai ke cawangan / peti undi / markas / pos. Ke mana duit tu disimpan? Masuk simpanan tetap dulu ke? Yang pasti, semua orang bercakap RM2 juta sudah ada di tangan orang kanan UMNO Perhubungan dan RM700 ribu sudah ada di tangan orang kanan UMNO Bahagian sejak dua minggu lalu.

(7) Sesiapa sahaja yang terlibat perlu memastikan tidak berlaku masing-masing berdiri sendiri dan buat kerja sendiri-sendiri tanpa pelarasan yang betul. Keadaan hari ini kelihatan UMNO Pusat dengan dirinya, UMNO Perhubungan dengan dirinya, UMNO Bahagian dengan dirinya dan begitulah seterusnya. Perlu disedari bahawa pengundi UMNO Kuala Terengganu (ahli UMNO yang menjadi pengundi) hanya ada 36% sahaja. Bermakna, kalau 100% ahli UMNO memberi undi kepada Wan Farid pun, beliau baru mendapat 36 peratus undi, selebihnya?

(8) Tindakan beberapa pemimpin UMNO Perhubungan seperti ‘merestui’ kekalahan dan mengharapkan calon BN kalah. Tindakan dan tingkah laku serta gerak kerja yang meragukan seolah-olah mengiakan kenyataan ini. Ramai orang memerhati dari jauh bagaimana cara Ketua Penerangan bekerja, bagaimana cara Setiausaha Perhubungan bekerja, bagaimana cara Bendahari Perhubungan bekerja dan begitulah. Pemimpin lain di peringkat perhubungan, carilah sendiri.

(9) Realitikan kepimpinan melalui teladan untuk mesra rakyat. Rakyat akan menilai bagaimana hubungan dan tidak sekepalanya sesama pemimpin. Semasa berkempen, konsep mesra rakyat yang dibawa. Tapi apabila rakyat merungut dan menempelak semula, susah juga nak jawab. Kata mereka “macam mana nak mesrakan pemimpin dengan rakyat, kalau sesama pemimpin sendiri pun tak boleh mesra?” Sampai bila nak berlagak hipokrik dengan rakyat?

(10) Wan Farid sendiri kena mesrakan lagi dengan rakyat. Seboleh mungkin tragedi beliau balik dengan menaiki kereta dari dalam kawasan Stadium Negeri selepas penamaan calon, sedangkan di luar penyokong masih setia menunggu untuk memberi sokongan, perlu dielakkan daripada berulang. Begitu juga, cerita sedih yang dialami oleh beberapa wartawan yang sejak pagi menunggu kelibat beliau di hadapan rumahnya di Jalan Ibrahim untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini, bagi membantu calon berkempen. Apa yang berlaku, Wan Farid dikatakan keluar dengan kereta dari dalam kawasan rumahnya tanpa berhenti untuk bertemu para wartawan yang setia menunggu calon di depan pintu pagarnya. Wartawan yang kecewa menghubungi PA calon dan PA beliau memaklumkan, ‘calon ada urusan peribadi’ pagi ini.

Ada lagi sepuluh hari – masih panjang untuk membetul keadaan tetapi sudah suntuk untuk terus membaharui masalah.

Rabu, Januari 07, 2009

YANG BERBAKI 11

Masa masih panjang. Ada 11 hari sebelum 17 Januari. Wan Farid calon BN, Wahid Endut calon PAS dan Azharudin calon Bebas. Mereka disahkan setelah diumumkan sebagai calon.

Situasi bercampur baur. Selepas penamaan calon, masing-masing berkeliaran mengikut tujuan dan hasrat masing-masing. Gerak kerja sudah bermula.

Singgah di sebuah restoran, berjumpa dengan teman-teman UMNO dari sebuah negeri utara tanah air. Mereka katanya dah tiba di Kuala Terengganu 5 Januari malam dengan pesawat dari Kuala Lumpur tapi masih tak sempat ke perarakan penaman calon kerana lebih terpikat dengan pasar payang.

Betapa bersungguh dan seriusnya mereka ke Kuala Terengganu sehingga terpaksa menumpang di rumah teman. Hotel dan rumah penginapan sudah penuh. Kesungguhan mereka untuk datang terpaksa ditetapkan pada saat-saat akhir sehingga nak tempah bilik hotel penginapan pun tidak menjadi keutamaan.

Kemudian mereka singgah minum-minum sambil berborak. Topik utama dan menjadi keutamaan bukan P036 Kuala Terengganu tetapi pemilihan UMNO Mac 2009. Restoran tempat pertemuan kami itu menjadi medan menyusun strategi antara orang Khairy vs Mukhriz vs Khir Toyo. P036 langsung tidak disentuh, walaupun untuk sekadar bertanya berapa ramai yang mengiringi calon BN paginya.

Petang – melalui Jalan Sultan Omar untuk pulang ke rumah, sudah ada jentera kerja dengan lori kecil menaikkan poster / papan kempen BN siap dengan gambar calon dan gambar MB di sepanjang jalan berkenaan. Semangat yang sukar ditemui di kalangan orang-orang UMNO sebelum ini. Kebiasaannya mereka akan mula melakukan kerja-kerja memasang poster begitu pada sebelah larut malam / awal pagi.

Selepas isyak keluar untuk bertemu kawan daripada Watan di bandar. Melalui markas peti undi BN Gong Kapas, suasana agak meriah. Ada majlis BBQ untuk pemuda dan puteri rupanya.

Sesampai ke tempat makan malam bersama teman-teman Watan, mereka merungut kerana terpaksa keluar dari rumah sewa yang diduduki mereka malam semalam. Mereka malu kerana duit sewa yang dijanjikan untuk dibayar kepada tuan rumah tidak dapat dikotakan. Malam ini katanya, belum pasti nak tidur di mana, mungkin di masjid Abidin atau di masjid Ladang saja.

Mereka memaklumkan, rumah sewa di Durian Burong dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam itu diurussewakan oleh bosnya Editor Watan. Menurut mereka, orang kanan UMNO Bahagian telah berjanji dengan bosnya itu untuk membayar sewa selama 15 hari mereka di situ. Sewanya pun bukanlah mahal sangat, RM2,800 untuk 15 hari berbanding harga sewaan semasa rumah-rumah di Kuala Terengganu sekarang sekitar RM400 hingga RM1500 sehari.

Kata kawan saya, beliau diminta oleh bosnya untuk berjumpa dengan orang kanan UMNO Bahagian itu untuk mengotakan janji yang telah dimeterai. Kecewanya kawan saya tu kerana jawapan yang diterima beliau daripada orang kanan itu, memalukan dirinya.

Bosnya sendiri sudah pening. Sudah buntu fikiran, lalu bosnya menghantar sms memohon pertolongan daripada Setiausaha UMNO Perhubungan negeri Terengganu. Jawapan yang diterima lagilah mengecewakan – “u uruslah sendiri, saya sibuk sikit++”.

Lalu mereka mengambil keputusan untuk keluar saja daripada rumah sewa tu kerana segan dan malu sebelum tuan rumah memintanya. Mereka tidak mempunyai wang untuk membayar sewa yang dipohon tuan rumah, cukup sekadar untuk menampung makan minum selama mereka berada di Kuala Terengganu sehingga 18 Januari nanti.

Cerita kawan saya tu biarlah jadi pengalaman mereka. Saya telah berusaha membantu mereka semampu dan seadanya.

Kami kemudian pusing-pusing sekitar bandar Kuala Terengganu. Melalui jalan pintasan dari flet Taman Sri Kolam ke Tanjung, ada satu ceramah BN. Ramai juga, sekitar 40-50 orang yang memenuhi kerusi yang disediakan. Kami tidak berhenti kerana tiada tempat letak parkir kereta. Sangkaan kami, kereta yang datang untuk mengikuti ceramah BN di situ.

Rupa-rupa sekitar 500 meter dari situ di kg Tanjung Kapur, ada ceramah perdana PAS. Yang hadir sama Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Kami cuba meletakkan kereta sedekat yang mungkin, tapi tak berjaya kerana terpaksa meletak kereta kira-kira lebih satu kilometer dari tempat ceramah.

Sekira-kira kami dapat mendengar suara daripada pembesar suara, kami berhenti (betul-betul di sebelah taman selera tanjung – belakang kompleks Astaka). Yang dapat disaksikan orang ramai yang berselimpuh di atas pasir pantai dan memenuhi ruang dari tempat kami berdiri menganjur sehingga ke belakang Hotel Grand Continental. Jaraknya mungkin melebihi 1 kilometer. Tak boleh dipastikan berapa ramai manusia yang hadir dan tak dapat dipastikan juga sama ada orang Kuala Terengganu sendiri atau orang luar ada juga yang menyibuk.

Nik Aziz penceramah yang akhir – satu ayat yang boleh saya ingat dari kata-kata Nik Aziz – “UMNO tahu rasuah salah, Tapi tak beri kalah, UMNO jadi serba salah, jadi buat apa mengundi orang yang serba salah”.

Kata kawan saya – orang tidak ramai hadir ke ceramah BN kerana mereka sudah dapat banyak maklumat daripada media kerajaan, berbanding pembangkang yang terpaksa didengar secara langsung begitu. Betul juga fikir saya. Jadi jangan hairanlah kalau ceramah BN orang tak ramai datang dan ceramah PAS kehadiran orang sampai tak terhitung.

Kira-kira pukul 1.30 pagi, kami berhenti pekena teh tarik di warung sebelah flet Taman Seri Kolam. Alhamdulillah, ada anak muda sekitar 3-4 orang yang berkerja menaikkan bendera UMNO dan BN di pagar flet Taman Seri Kolam.

Sekitar 2.00 pagi, kami balik dan setiba di selekoh tidak jauh dari rumah saya, kelihatan sudah berdiri sebuah pos kecil PAS, penuh dengan bendera PAS termasuk sekitar 100 meter kiri kanan jalan berhampiran. Suasana berbeza sewaktu saya keluar rumah selepas isyak (yang masih tak ada apa-apa) dengan suasana ketika itu.

Isnin, Januari 05, 2009

YANG GATAL MULUT & YANG SEBENAR (10)

Yang gatal mulut :

Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti. Lihat sahaja (kawasan) DUN (Dewan Undangan Negeri) Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terengganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah.

Yang sebenar :

(1) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sejak 50 tahun lalu dan kesan berganda daripada usaha itu kini dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang. Sebenarnya kerajaan tidak tunggu pilihan raya saja, kita sentiasa beri bantuan. Saya sendiri tiap-tiap minggu pergi ke kampung-kampung, masuk kawasan Orang Asli, ladang dan kawasan luar bandar. Kita sentiasa luluskan bantuan berbilion ringgit untuk faedah masyarakat luar bandar tanpa mengira fahaman politik. Kebetulan sekarang masa pilihan raya, kita datang juga. Tak adil jika tempat lain kita pergi, tapi sini (Terengganu) tak datang. Apabila sudah datang kita sampaikanlah bantuan. (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib).
.
(2) Selain DUN Wakaf Mempelam, DUN Batu Burok juga telah lama dikuasai pembangkang. Sekarang sudah tiga DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu dikuasai pembangkang. Mungkin boleh dikatakan bahawa Batu Burok dan Ladang jauh meninggalkan Wakaf Mempelam dari segi pembangunan atau masih ketinggalan seperti juga Wakaf Mempelam.

(3) 1982-1986, 1986-1990, 1995-1999, 2004-2008 & Mac 2008 – November 2008 – Parlimen Kuala Terengganu diwakili oleh wakil rakyat BN. Wakaf Mempelam dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Ke mana mereka?

JAM : ‘Terpegun beruk’ (dekat-dekat dengan 'terkejut beruk') melihat pembangunan Terengganu di zaman Mat Said, walaupun baru 9 bulan jadi MB. Lebih terpegun melihat pembangunan pesat DUN Kijal sejak Mat Said jadi ADUN mulai 1 Ogos 1990.

YANG GATAL MULUT & YANG SEBENAR (9)

Yang gatal mulut :

Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini. Peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. (Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said).

Yang sebenar :

(1) BN tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi baik pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. (Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

(2) Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM200,000 untuk membina sebatang jalan baru di kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Ini bukan projek memancing undi kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sejak 50 tahun lalu dan kesan berganda daripada usaha itu kini dinikmati oleh generasi sekarang dan akan datang. Beliau menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan hanya menghulurkan bantuan ketika musim pilihan raya seperti sekarang. (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib).

Harap-harap projek yang disebut oleh MB Terengganu itu merupakan projek baru / sambungan dan yang telah dirancang, BUKAN baru merancang serta BUKAN juga projek pilihan raya.

JAM : Tukang sampaikan keluhan kontraktor - "masa gini patut kena tengok molek boh… Jangan asyik-asyik disapu orang yang sama je…"

Jumaat, Januari 02, 2009

YANG GATAL MULUT & YANG SEBENAR (8)

Yang gatal mulut :

Orang akan nilai apa yang Abdul Wahid buat selama 23 tahun menjadi ADUN Wakaf Mempelam kerana tidak ada apa-apa yang beliau lakukan. Jika Abdul Wahid menang, rakyat Kuala Terengganu akan sengsara. Kecemerlangan pendidikan yang dimulakan oleh (penyandang kerusi itu) Dato’ Razali Ismail akan lenyap. Kira-kira 5,000 golongan pendidik akan bersama Wan Ahmad Farid. (Mohd Zuber Embong - Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pelajaran Terengganu).

Yang sebenar :

(1) Untuk PRK kali ini, pengundi Kuala Terengganu diminta berfikiran terbuka untuk menolak Wahid Endut kerana rekod telah membuktikan bahawa Wahid tak buat apa-apa selama 23 tahun beliau jadi wakil rakyat. Tapi yang hairannya kenapa masih memberi kemenangan kepada Wahid untuk jadi wakil rakyat pada setiap kali pilihan raya, sampai 5 penggal? Apakah pengundi Wakaf Mempelam tidak disedarkan dengan keadaan ini?

(2) Rakyat Kuala Terengganu diingatkan supaya tidak memanjangkan sengsara seperti dialami rakyat Wakaf Mempelam (termasuk Cikgu Zuber yang menjadi warga Wakaf Mempelam) yang telah begitu lama sengsara (23 tahun) kerana telah membuat pilihan salah dengan mengundi Wahid Endut sebagai wakil rakyat mereka.

(3) Kecemerlangan pendidikan hanya ‘dimulakan’ semasa Allahyarham Datuk Razali Ismail? Wakil-wakil rakyat Kuala Terengganu sebelumnya dan wakil rakyat (kerajaan dan pembangkang) seluruh Malaysia yang lain buat apa sehingga pendidikan dan bidangnya tak cemerlang dan akan lenyap?

(4) 5,000 golongan pendidik akan bersama Wan Farid? Pengarah JPN sendiri kenapa tak berani nak beri jaminan? Bagaimana pula dengan dakwaan PAS bahawa lebih 2,000 warga pendidik yang pro-pembangkang semasa pilihan raya umum lalu memberi sokongan dan bekerja untuk kemenangan Allahyarham Dato’ Razali kerana ‘karisma’ dan menghormati jasa-jasa bekas bos mereka BUKAN kerana BN?

JAM : Cikgu Zuber… susah kita nak jawab isu ni.. nanti tersilap cakap, akan berasa hati ramai pengundi, terutama pengundi dalam DUN Wakaf Mempelam sendiri.

YANG GATAL MULUT & YANG SEBENAR (7)

Yang gatal mulut :

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam itu tidak dikenali secara meluas di kawasan parlimen tersebut (Kuala Terengganu). Wakil rakyat PAS itu dikenali di kalangan pengundi di DUN berkenaan sahaja. (Othman Awang, bekas calon BN yang tewas di tangan Abdul Wahid dalam pilihan raya umum lalu).

Yang sebenar :

Othman Awang juga adalah bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Beliau sudah tentu lebih popular daripada Wahid Endut di kalangan ‘rakyat’ Kuala Terengganu. Silapnya semasa PRU lalu, BN meletakkan Othman di DUN Wakaf Mempelam. Sepatutnya beliau bertanding di Parlimen Kuala Terengganu. Sebab itu dia kalah di Wakaf Mempelam kerana Wakaf Mempelam pengundinya ‘lebih ramai’ daripada Parlimen Kuala Terengganu.

Othman juga semenjak pencen daripada menjadi 'calon' telah secara sukarela berkhidmat sebagai ‘Pegawai Perangkaan & Penyiasatan DNA’.

JAM : Bos, kelirukan sikit kenyataan tu.
Related Posts with Thumbnails