(1) RATA-RATA
sebahagian besar yang mengikuti perkembangan politik tanah air dan memberi
komen, menyalahkan “UMNO” dengan bermacam-macam gelaran. Pentingkan diri,
gilakan jawatan, gila kuasa, berebut jawatan, tak sedar kediri dan sebagainya. TSMY
selaku PM “bersih” daripada apa-apa pertuduhan, seolah-olah TSMY tidak
melakukan apa-apa kesalahan atau "immune" daripada sebarang kecaman.
(2) Mari
kita teliti dengan minda yang terbuka dan pemikiran yang waras. Bukan
dengan mengambil provokasi beberapa
pihak yang sudah sekian lama bencikan UMNO dan mahukan UMNO dikuburkan.
(3) Persoalan
yang berlegar :
(a) Apakah
kerana tumbangnya kerajaan DAP menjadikan TSMY hero dalam semua hal?
(b) Apakah
hanya kerana tanpa DAP dan lahirnya kerajaan bumiputera / Melayu (kononnya)
TSMY boleh menghalalkan apa sahaja langkah yang beliau inginkan?
(c) "Dah
aku disokong untuk menjadi PM, terpulanglah kepada aku, nak membentuk kerajaan
macam manapun."
(d) Salahkah
pemimpin UMNO meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian jawatan dalam
kabinet PM yang maha songsang dan tidak terjejak dek akal itu?
(e) Terpaksa
dikuncikah mulut pemimpin UMNO / ahli UMNO hanya kerana PM mempunyai kuasa prerogatif
dalam melantik menteri / timbalan menteri?
(4) UMNO
sekarang berada dalam kerajaan. Mahu tidak mahu, kena akui bahawa kerana UMNO
yang menjadi "sebahagian" penyokong TSMY jugalah, makanya TSMY
mendapat kedudukan sebagai PM.
(5) Perkiraan
awalnya bagaimana? Sebelum melantik barisan Menteri / Timbalan Menteri kenapa
dipanggil berbincang dengan pucuk pimpinan UMNO? Atau memang tidak ada
perbincangan awal? Kalau tidak ada, langkah TSMY adalah tepat. Kalau ada,
bukankah itu "menganjing" kepada UMNO? Apa maruah UMNO di saat itu?
Tiada batu? Sehingga MKT UMNO membincangkan dan mengambil beberapa tindakan
drastik berkaitan hal ini?
(6) Pada
saya, UMNO tidak perlu menuntut kerusi yang lebih mengikut komposisi yang
disumbangkan oleh parti-parti yang mendokongi TSMY, sekiranya agihan
“kepentingan dan keutamaan” kementerian dibuat secara adil dan tidak
berprejudis. Tetapi kedudukan hari ini, UMNO diletakkan sudah pada tahap kasta
haprak paling bawah. Lebih baik, TSMY tidak perlu berunding dengan pucuk
pimpinan parti untuk melantik AP dalam kalangan UMNO menjadi Menteri / Timbalan
Menteri atau jauh lebih baik, sekiranya tiada seorang pun wakil UMNO dalam
barisan kabinet TSMY. Saya kira, rakyat (terutamanya ahli UMNO) lebih
menghormati UMNO yang tidak tergila-gila untuk menagih dan mempertikaikan
kerusi dalam kabinet beliau, daripada agihan kementerian yang bukan-bukan,
berkelas tiga dan melantik MP yang bukan-bukan.
(7) Tidak
haprakkah UMNO dengan tindakan ini? Yakni mengagungkan dan memberi ruang yang tak terbatas
kepada si semburit and the geng – semua
10 pengkhianat PKR yang berpaling tadah daripada PH mendapat kedudukan selesa dan
berada dalam kelasnya tersendiri dalam kabinet TSMY.
(8) Tidak
haprakkah UMNO dengan tindakan ini? Yakni mengagungkan dan memberi peluang yang tak ternilai
kepada para “murtad UMNO” (dan dengan tindakan itu, jelas sudah mempersendakan
UMNO) – pada mana hampir semuanya mendapat
tempat dan posisi berkelas tersendiri dalam kabinet TSMY.
(9) Kalau
TSYM tiada niat tidak baik kepada UMNO dan kalau dirasakan ini hanya “kerajaan tumpangan”,
salahkan TSMY memberikan kementerian yang agak penting kepada 3-4 orang
pemimpin kanan UMNO? Kecualilah segalanya telah dirancang untuk membogelkan UMNO, memalukan UMNO dan melumpuhkan hubungan UMNO-PAS / BN dalam Muafakat
Nasional.
(10) Andai
TSMY "takut" dan tindakannya kerana untuk membalas budi kepada kumpulan
Azmin dan murtad UMNO, takkan tiada sedikit pun ada rasa takut dan bimbang TSMY
kepada kumpulan UMNO yang juga berperanan telah memastikan TSMY diterima
menjadi PM itu? Mana lebih besar jumlah keanggotaannya, antara kumpulan UMNO dengan
kumpulan Azmin dan kumpulan murtad UMNO?
(11) Kerana
perkara ini sudahpun terjadi, maka persoalan seterusnya yang wajar dipersoalkan
- apa motif TSMY dalam hal ini?
(12) Kalaupun
bukan “arahan atau campur tangan Atok pengkhianat”, bukankah jelas bahawa TSMY sendiri
telah mempersendakan dan memperlekehkan UMNO? Maruah UMNO terus dipijakhenyak
sesuka hati?
(13) Yang
jelas, kerajaan PN adalah kerajaan usaha “Azmin & the geng dan para murtad
UMNO” sejak sekian lama, sejak bersama-sama atok pengkhianat lagi. Sebab itu
terjadinya penghinaan seteruk ini kepada UMNO.
(14) Silapnya,
UMNO terlalu bertoleransi sehingga tersilap langkah menyetujui kerjasama haram
ini. Masih boleh dimaafkan atas dasar bersama-sama berusaha untuk menghumban
keluar DAP daripada terus menerajui kerajaan dan membentuk apa yang diuar-uarkan sebagai kerajaan bumiputera (kononnya). Namun “kesilapan yang baik" itu
langsung tidak dihargai oleh TSMY, sehinggakan TSMY sanggup pula mempersenda
dan memperlekehkan UMNO dan pemimpin UMNO sebegini rupa?
(15) Parti-parti
lain komponen sementara dalam PN, mungkin tidak terasa apa-apa kerana mereka tiada musuh dalam selimut. Tetapi
sedarlah, UMNO cukup terasa. Geng murtad UMNO yang dulunya sudah menunggingkan
punggung kepada UMNO, sekarang “disatukan” semula dalam PN serta terus
menungging dengan lebih dasyat lagi, hanya semata-mata tindakan TSMY yang tidak
sedar (atau sengaja buat-buat tidak sedar) sensitiviti rakan gabungan. Geng murtad ini
kemudiannya diberikan kedudukan yang jauh lebih baik dalam kabinet TSMY berbanding
geng UMNO. Berapakah nilai UMNO dalam timbangan ini?
(16) Hal
ini perlu dibangkitkan, walau ramai penyokong UMNO mungkin mengutuknya. Kerana tugas
menjaga UMNO sekarang terletak di bahu pemimpin yang diberi amanah hari ini.
Esoknya apabila terjadi apa-apa kepada UMNO dan UMNO terus diperlekehkan,
percayalah, pemimpin yang ada hari ini juga yang akan dipersalahkan oleh
ahli-ahli UMNO. Maka sewajarlah pemimpin UMNO tidak menjadi pak turut
semata-mata kerana "dah diajak bersama dalam PN dan dah diberikan
jawatan".
(17) Letakkan
diri kita pada kedudukan pemimpin UMNO sekarang. Apa yang kita akan rasai
dengan perbuatan jijik kepada UMNO sebegini. Tuduhan kleptokrat, perompak,
penyamun dan sebagainya yang jelek-jelek terhadap UMNO dan beberapa pemimpin
UMNO sebelum ini rasanya, tidaklah sehaprak perlakuan kepada pemimpin dan ahli-ahli
UMNO seperti hari ini (yang sesetengahnya tak tahu apa-apa terhadap kleptokrat dan
kebobrokan sesetengah pemimpin partinya).
(18) TSMY
perlu sedar, sesuatu yang agak mustahil untuk TSMY kembali semula kepada PH /
Atok pengkhianat sehingga membolehkan DAP kembali bersekongkol semula dengannya
(dengan isu kumpulan Azmin sahaja pun sudah cukup meyakinkan, TSMY tidak akan
kembali semula kepada PH). Apa lagi bila dibaca, siapa yang tak sayangkan
jawatan PM?
(19) Tetapi
tidak mustahil, hanya dengan 10 orang MP UMNO mengambil keputusan yang
"gila-gila", kerajaan PN pimpinan TSMY boleh tersungkur pada
bila-bila masa. Sewajarnya, tindakan sebegitu diambil daripada terus meletakkan
UMNO dalam keadaan yang amat dicurigai oleh ahli-ahlinya sendiri.
(20) Tulisan
ini bukan ugutan atau provokasi, tetapi tiada yang mustahil, akan berlaku di
luar dugaan dalam saat UMNO sedang mengembalikan semula keyakinan partinya
kepada rakyat dan bekerja keras membersih nama serta menangkis tohmahan dan
fitnah pelbagai yang dilemparkan kepada UMNO dari dulu, terutamanya oleh atok
pengkhianat dan kuncu-kuncu beliau dalam PH, sehingga mencatatkan sejarah
runtuhnya kerajaan BN setelah lebih enam dekad menerajui negara.
(21) Sampai
bila UMNO perlu bersabar dengan penghinaan demi penghinaan yang dilontarkan
kepada mereka. Penghinaan Atok sudah cukup mengguris hati orang-orang UMNO, dan
sekarang giliran TSMY pula.
(22) Sekiranya
ini berterusan, BUBAR PARLIMEN adalah jalan terbaik untuk rakyat menentukan
semula, siapa kerajaan pilihan mereka dan UMNO tidak lagi akan terganggu dengan dakwaan kerajaan pintu belakang dan sebagainya walaupun, UMNO hanya tersalah langkah galok gatal bersekongkol dengan geng-geng anti-UMNO sendiri.