yang semasa

Sabtu, Julai 31, 2010

YANG TIDAK SELESAI MASA KECIK?

Ini cerita, kata orang Terengganu “dok selesaa mase kecik” (tidak selesai masa kecil) atau “dok selesaa mase mude” (tidak selesai masa muda). Jadi sekarang saja masanya untuk menyelesaikan segala macam yang terbuku dan ‘ter e-book’ dalam hati selama ini. Kepada ibu bapa zaman moden ini, kalau tidak mahu anak-anak anda mengalami situasi ‘tidak selesai ini’, tolonglah beri perhatian kepada anak-anak dan sedaya mungkin selesaikan apa sahaja kehendak anak-anak, selagi tidak salah, tidak berdosa dan tidak melanggar hukum hakam dunia dan akhirat. Wallahuaklam.

KERAJAAN AHMAD SAID ; NOSTALGIA PERIBADI JADI AGENDA NEGERI
Oleh : Dr Azman Ibrahim
(sumber : www.buletinonline.net)

Akhbar melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM2 juta kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan penyelidikan ubi gadong yang dipercayai mampu membesarkan buah dada. Laporan juga menyebut ubi gadong boleh diproses menjadi hormone seks dan pil pencegah kehamilan. Menteri Besar Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata, “Dari segi pasaran, tiada masalah kerana hasil kajian pasti akan dijual, kita serah kepada UniSZA untuk kaji berapa lama, kalau ada penemuan baru kita akan tambah peruntukan.” Ahmad said juga dikatakan pencetus kepada kajian ubi gadong yang dikatakan ditanam di 150 negara di dunia.

Saya seorang anak kampong yang membesar dalam persekitaran kampong. Masuk hutan keluar hutan, masuk baruh keluar baruh baik ketika membantu keluarga mengusahakan tanah padi seekar dua atau mencari daun palas dan daun pinang di hutan kerana ibu juga membuat kuih secara kecil-kecilan untuk diletakkan di kedai-kedai kopi bagi mendapatkan duit belanja harian. Kebiasaan ini sudah menjadi rutin semenjak zaman kanak-kanak lagi.

Lantas nama ubi gadong bukanlah suatu yang asing bagi saya walaupun ia bukan selalu malah amat jarang dimakan. Orang tua selalu berpesan, jangan buat main-main dengan ubi gadong, silap makan boleh nampak ‘dunia terbalik’, mabuk! Memang rasanya boleh tahan kalau dimakan dengan kelapa parut yang dicampur gula tapi mungkin kerana proses penyediannya yang agak rumit dan kepelbagaian bahan makanan dizaman sekarang menyebabkan nama ubi gadong amat jarang disebut sekarang malah mungkin ada anak-anak muda yang tidak pernah mendengar apatah lagi melihatnya dan jauh sekali untuk merasai ‘keenakkan’ rasa ubi yang diminati oleh Ahmad Said ini.

Masih diingati, bagaimana ubi gadong perlu dibersihkan dengan teliti, dibuang kulitnya, dipotong nipis-nipis, dimasukkan ke dalam kain jarang dan diikat kemudian perlu direndam di dalam air mengalir dua tiga malam (mungkin untuk membuang bisanya) lalu barulah direbus dan sedia untuk dinikmati bersama kelapa parut dan air kopi panas diwaktu petang. Tapi awas! Walaupun begitu kejadian mabuk ubi gadong masih sering berlaku sekalipun kesannya tidak serius apatah lagi tidak pernah dilaporkan kes kematian kerananya. Secara bergurau, pernah saya bertanya orang tua-tua, apakah khasiat ubi gadong. Arwah datuk saya menjawab juga secara bergurau, khasiatnya, kalau makan boleh jadi kenyang.

RM2 juta bagi saya peruntukan yang agak besar. Apakah peruntukan sebesar ini kena dengan priority (keutamaan). Apatah lagi khasiatnya dikatakan untuk membesarkan buah dada wanita, hormone seks dan pil pencegah kehamilan cukup untuk menarik perhatian sekumpulan orang-orang tua melebihi separuh abad yang sedang minum di sebuah kedai kopi pagi ini.

Sebagai seorang bekas pensyarah universiti, saya biasa memegang geran penyelidikan baik geran jangka pendek atau geran jangka panjang. Jumlahnya sekitar RM20,000 untuk satu penyelidikan. Tumpuan kajian saya ketika itu berkaitan kes sumbing bibir dan lelangit di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Apabila berhadapan dengan board committee bagi membentangkan proposal kajian, biasanya kita akan ‘dibelasah teruk’ dalam rangka untuk meyakinkan mereka bahawa kajian kita ada pulangan untuk masyarakat disebabkan peruntukan geran penyelidikan adalah dari duit rakyat.

Tanpa niat untuk mempertikaikan kemampuan akademik staf-staf penyelidikan UniSZA yang tentunya berkemahiran dalam bidang yang mereka ceburi, tetapi hati kecil saya melihat dan menyatakan ianya tiada keutamaan. Apatah lagi tidak pernah dilaporkan terjadinya kes perceraian di Terengganu disebabkan isteri mempunyai saiz payu dara yang kecil, lantas satu kajian perlu dilakukan dengan peruntukan jutaan ringgit bagi mengatasi masalah ini. Ketika ubat-ubatan penguat tenaga batin bersepah di pasaran dan ketika rakyat Terengganu masih bergelut untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sempurna.

Ahmad Said MB Ad-Hoc, sering muncul dengan idea dan minat baru yang terlintas dalam kepalanya, kajian ubi gadong untuk membesarkan payu dara, hormone seks dan pil pencegah kehamilan. Nostalgia zaman silam(nya) dijadikan agenda kerajaan.

Oh! Terengganuku... Apa punya negeri??

(Nota : Tulisan ini dipetik seperti asalnya. Terdapat kesalahan ejaan dan tatabahasa yang kecil tetapi sengaja tidak diubah bagi menjaga keasliannya. - JAM)

JAM :
kah3... kah3... kah3... marilah ramai-ramai kita 'menguniversitikan' perlakuan dan tindakan kita, mudah-mudahan orang akan melabelkan kita sebagai cerdik, kerana universiti biasanya dikatakan tempat orang-orang cerdik untuk mendidik orang menjadi cerdik.... kah3... kah3... kah3....

Sabtu, Julai 24, 2010

YANG KEMARUK & YANG PELAHAP

Seronok mendengar cerita-cerita mengarut dan kemaruk para pemimpin terkini. Terkini kemaruk dan mengarut untuk mengembalikan MB Mat Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT).

Kuah kuah kuah....

Tetapi rasanya, ini semua cerita yang cuba nak menjatuhkan kredibiliti MB Mat Said yang hebat dan tersohor itu. Mana mungkin seorang pemimpin tinggi negeri yang hebat, berpengaruh dan mempunyai kuasa terbesar begitu, masih mengidam dan kemaruk dengan jawatan parti yang akan menambahkan kebanyakkerjaan beliau sebagai MB yang senantiasa sibuk, terutamanya urusan-urusan melancong politik ke luar negeri dan luar negara. Mana mungkin MB Mat Said yang mengepalai usaha dan provokasi sebegitu. “Ooo tak mungkin, tak mungkin aku kembali....” (bacalah dengan irama lagu D’lyod – oh tak mungkin).

Apa punya turrrrr lah yang duk mengaruk sangat tu. Apa punya ‘rezat’ sampai isu tu dijadikan usul Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kemaman? Apa punya pelahapnya manusia nin sehingga semua sayap dipanggil untuk menyatakan sokongan dan pendirian agar MB Mat Said diserahkan semula jawatan Pengerusi BPUNT.

Lebih menyeronokkan, bukan sahaja usul yang diterima sebujur suara oleh perwakilan UMNO Kemaman, malahan sayap-sayap yang dipanggil oleh MB Mat Said di kediaman rasminya diberi hanya satu pilihan yakni menyokong penuh untuk mengembalikan semula jawatan Pengerusi BPUNT kepada MB Mat Said. Tidak cukup dengan itu, sehari kemudian, Dr Jepun in Bracket, bangkai Setiausaha BPUNT, pemain utama ke arah realiti ini memanggil dan membilas lagi dengan klorok cap paip dan janji-janji manis menghabiskan harta redok rakyat di Primula BR.

Cuma yang nak disebutkan di sini, apa kejadahnya MB Mat Said and the gengnya beria-ia sangat nak mengembalikan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu? Apa ke pelahapnya Dr Jepun in Bracket yang menjadi “king of mastermind” dalam usaha mengembalikan status itu?

Jawapannya mudah sahaja ;

(1) Mengembalikan jawatan Pengerusi BPUNT akan lebih menyakinkan kepastian untuk penentuan calon pilihan raya umum akan datang. Sudah pasti, para kroni, enam jahanam dan para pembodek serta para balaci beliau termasuklah beliau sendiri akan diletakkan sebagai calon UMNO/BN dan boleh memilih untuk bertanding di mana-mana.

(2) Mengembalikan jawatan Pengerusi BPUNT kepada MB Mat Said akan memastikan Dr Jepun in Bracket akan dilantik semula sebagai Setiausaha dan terus mengukuhkan kuasanya (yang telah sedia kukuh itu) sebagai Ketua Timbalan Menteri Besar Kanan dan jawatan-jawatan lain yang sewaktu kuasa dengannya. "Kuasa" yang paling dikehendaki sudah tentu 'melupuskan fail MRR2' yang masih menghantui beliau sehingga kini.

(3) Mengembalikan jawatan Pengerusi BPUNT kepada MB Mat Said akan membongkar kelemahan serta mengaibkan muka DSHH yang dilantik DS Najib sekali gus turut mengaibkan DS Najib yang kononnya membuat pilihan yang tidak tepat. Lebih jelas, akan menyerlahkan apa yang disebut pihak pembangkang kepada DS Najib sebagai seorang Presiden parti yang kluk klek.

Harap-harap ini bukan cerita benar dan kalaupun benar bukan onar dan kehendak MB Mat Said sendiri. Ini empunya akalan puak-puak balaci MB Mat Said and the gengnya sahaja.

Yang peliknya (ooppp!!! Terlupa bahawa tiada yang pelik dan mustahil sebenarnya di zaman pemerintahan MB Mat Said ini)... Tepatnya, yang nak terkentut, terberak dan terkiciknya ialah tak kanlah seorang MB yang menguar-uarkan seantero dunia bahawa dia menjadi MB kerana dikehendaki istana masih lagi pelahap dengan jawatan Pengerusi BPUNT? Jawatan Pengerusi BPUNT tu kecil sahaja. Jawatan MB jauh langit dengan bumi besar dan berkuasanya jika nak dibandingkan dengan jawatan Pengerusi BPUNT tu.

Dah kerana dikehendaki istana sebagai MB, maka buatlah kerja MB. Berilah tumpuan sepenuhnya kepada kerja tu. Buat apa lagi nak menyibuk dengan jawatan parti. Bekerjalah untuk membangunkan negeri dan rakyat, bukan bekerja untuk membangunkan kroni dan menghabiskan harta redok rakyat.

Jawatan parti hanya diberikan kepada pemimpin parti bukan pemimpin yang mendakwa dipilih dan dikehendaki istana. Kerja MB Mat Said selepas jadi MB istana selama ini sudah betul. Tak payah peduli arahan pucuk pimpinan parti, ingkar dengan semua arahan parti, tak payah peduli kepada wakil rakyat parti, tak payah hadir apabila pimpinan tertinggi parti datang ke Terengganu, tak payah nak peduli bila nak pakai kereta mercedes, hantam sajalah apa yang dirasakan hendak dihantam, peduli apa dengan parti @ BN @ UMNO.

Mungkin MB Mat Said terlupa bahawa semasa mula-mula beliau nak dilantik sebagai MB dulu, UMNO tidak mengiktiraf beliau dan beliau sendiri dah berjuta kali mempertahankan kenyataannya bahawa beliau adalah MB istana BUKAN MB BN/UMNO.

Jadi untuk apa pelahap dan kemaruk lagi dengan jawatan parti? Kalau pun tidak menjadi Pengerusi BPUNT, beliau masih sebagai MB. DS Najib atau sesiapa sahaja yang berdiri atas sifatnya sebagai pemimpin parti ternyata dan terjelas tidak berani untuk ‘mengusik’ MB Mat Said daripada kedudukannya sebagai MB. Siapa DS Najib, TS Muhyiddin atau DSHH dalam ‘diari ketakutan’ MB Mat Said? Tak kan perkara ini pun, balaci-balaci MB Mat Said tak faham dan tak reti bahasa lagi?

Melucukan sekali apabila rakyat membaca sejarah ini. MB Mat Said and the gengnya serta para balacinya mungkin terlupa sejarah ini dek kerana kemaruk dan pelahap tu. Kerana itu usaha ke arah mengembalikan semula jawatan Pengerusi BPUNT kepada MB Mat Said tidak mungkin akan terhenti sehingga DS Najib tunduk dan menyembah kepada MB Mat Said.

Dan tidak mustahil juga nantinya, setelah puas dengan usaha sendiri seperti yang dilakukan para balaci MB Mat Said and the geng + enam jahanamnya sekarang, mereka akan mendesak MB Mat Said untuk menyewakhaskan sekali lagi kapal terbang tujuan terbang terus dari Kuala Terengganu ke Oberhausen, Jerman bagi menemui Oliver Walenciak penjaga Paul Oktopus (si sotong nujum bola) di cawangan Pusat Hidupan Laut Weymouth bagi mendapatkan khidmat menentukan siapa selayaknya menjadi Pengerusi BPUNT.

Maka dalam akuarium sotong nujum itu dimasukkan gambar tersengih MB Mat Said dan gambar pesaingnya. Keputusan yang dipilih si sotong nujum bola itu (kalau positif dan memihak kepada MB Mat Said) akan dijadikan alasan kukuh dan kuat kenapa DS Najib perlu melantik semula MB Mat Said sebagai Pengerusi BPUNT. Tapi kalau si sotong nujum bola tu bengong dan bahlul serta tidak memihak kepada MB Mat Said, maka dengan halal dan redhanya, jadikanlah penyewaan khas kapal terbang dan kunjungan ke Jerman itu sebagai hadiah kepada para pembodek MB Mat Said kerana terus memberikan sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada beliau.

Segalanya bukan pelik dan mustahil.

Jumaat, Julai 02, 2010

YANG DIPERHANGAT & DIPERINGAT (Siri tumpang sekaki 4)

Rosli Dungun political empire
(source : justread-whatever.blogspot.com)

I am not finish yet with Dungun Umno chief Rosli Mat Hassan, whose deputy chief is MP Matulidi Jusoh, the person he chided 'kalau miskin dan takda duit, jangan jadi wakil rakyat la...' before MB Ahmad Said recently. This guy has to go, very soon!

Why? His arrogance and stuck-up behavior in choosing his own team, despising his own deputy and building his own political empire in the division, may lead to Terengganu downfall in the next general election.

Yes, his wife is the division Wanita Umno head, his daughter heads the Puteri wing while his son is the division's treasurer. His ringht hand men are all over Dungun, controlling whatever they can. The District Officer has changed hands three times but the Yang Dipertua Majlis Bandaran Dungun has been there for ages - thanks to his close relation with Rosli.

Even the MB cant do anything. He wont interfere in Umno Dungun affairs because they are buddies. Some said that when Ahmad became Mentri Besar, it was Rosli who showered him with many things - including attires, from head to toes.So strong is their relation that Rosli was recently awarded a RM30 million road project. How about a 1,000ha logging concession which is already the talk of Dungun town?

I also believe Hishamuddin Hussein who is Terengganu's Umno Liaison Committee chairman is also close to Rosli. If that's the case, may as well Dungun Umno members forget about bringing him down. Hisham wont do anything as he is also like Rosli - already rich!

Then, to whom should we turn to? PM? DPM?

If this is the type of people Umno needs, then bid goodbye to Malaysians in the next general elections. As the common saying now says, Umno is only for the rich and famous. If you dont have money, just join the party and vote. Unless you got plenty of money, you might be able to buy support to climb the political ladder. Only money is the ticket to become a 'wakil rakyat'.

Then, Rosli should be retained as division chief and re-elected as a 'wakil rakyat' a year or two from now.

I am glad that someone showed me a SMS sent by 'an Umno rascal' during the last general election, an instruction not to vote for Umno candidate for Sura state seat in Dungun. Why? The Umno candidate who lost to Pas didnt get 'somebody's' blessing.

It looks like Umno will keep people like this, forever! Nobody dares to bring him down either...

17 comments: (WAJIB BACA here)

YANG DIPERHANGAT & DIPERINGAT (Siri tumpang sekaki 3)

Dungun Umno chief is ‘BIADAP!’
(source : justread-whatever.blogspot.com)

I dont care if Dungun Umno division chief Dtk Rosli or his cybertroopers like 'Dato' Hambali Latiff and others or even Trengganu Mentri Besar himself get annoyed by this statement - that people like Rosli are the ones who will plunge Umno into major crisis prior to the next general elections, thus will guarantee the Opposition to wrest power in his division and also in the State.

His remarks and attitude will also make the Malays to stay away from Umno for a long, long time. Even those are already members would either opt to quit or not to vote for Umno again.

"YB kalau takda duit, kalau miskin, tak payahlah jadi Ahli Parlimen...". (YB, if you dont have money, if you are so poor, no need to be a Member of Parliament...)

This is what he chided Dungun MP Matulidi Jusoh during a function in Trengganu last week. MB Ahmad Said was there and I believe Ahmad heard it. Others may have heard it too.

So, you are already filthy rich after becoming a 'wakil rakyat' for one term. Why only for a term? You already got a big bungalow, a fleet of cars and plenty of cash to make you a king in Dungun. That's alright. Since you are the Umno chief, you are of the opinion that all Federal and State projects must go through you.

The manner you treat your own deputy gives the impression that the MP job MUST be yours and for being poor, Matulidi is not fit to become a 'wakil rakyat'. You are painting the picture that Umno is a party for the rich and famous. So, go talk to Umno President Najib Tun Razak or his deputy Muhyidin Yassin about it. Suggest to them to regulate that in the party's next assembly. Who knows, your money might win you a higher position in Umno.

And for Najib, Muhyidin and other Umno leaders - you may keep people like him if you may. Let us see the result pretty soon.If Umno harbors so many division chiefs like this, I dont mind leaving the party or being sacked.

36 comments: (WAJIB BACA here)

YANG KURANG CERDIK?

MAMPAT merasakan kekesalan diatas kenyataan yang dianggap kurang cerdik oleh seorang Menteri Besar. Persoalannya, apakah seorang Menteri Besar (BN) tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kerja-kerja kepada pihak JKR ? Kita faham sekiranya MB adalah berlawanan dengan kerajaan Pusat, mungkin ianya agak sukar, tetapi MB Terengganu adalah MB yang selari dengan Kerajaan Pusat. Janganlah bagi nampak "koman” sangat menteri Besar Terengganu, seolah-olah tiada kuasa. Menteri Besar sepatutnya boleh memanggil Pengarah JKR negeri dan meminta mereka menyelesaikan segera kerja-kerja pembersihan tersebut.

Kenapa pula MB Mat Said dikatakan kurang cerdik ning? Heeee... MAMPAT nin nak kena ning... MB kita kang MB terhebat abad ini... janganlah perli perli gitu, malu kita.... (kah3... kah3... kah3... mari kita baca di sini).

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…”. Sesekali boleh jadi kurang cerdik, sesekali boleh jadi cerdik kurang, sesekali boleh jadi “kureng corodik”....

Jumaat, Jun 18, 2010

YANG DIPERHANGAT & DIPERINGAT (Siri tupang sekaki 2)

(sumber : apakhabarganu.blogspot.com - Khamis, 29 April 2010)

Rasuah; Apa Cerita ADUN Kemasik, ADUN Kijal, Dua Datuk dan 70 Orang Ahli Politik Terengganu?

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya membuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam. Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.

“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.

“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya.

Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi.

Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!Apa cerita ADUN Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah yang ditahan SPRM pada 2 Ogos tahun lalu.

Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan ditahan dibalai polis Kemaman.

Rosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman pada 3 Ogos utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.Sehingga kini tidak ada apa-apa berita tentang kes Rosli, SPRM senyap sunyi bisu?

Bagaimana pula cerita ADUN Kijal? Ketika beliau disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut. TV3 menyiarkan ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan tiga rasuah. Yang pertama Mercu Tanda Kemaman, yang terletak di hadapan Balai Bomba, projek yang berharga RM 3.99 juta.

Dua lagi kes sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.Malangnya, kata beliau, setelah ADUN tersebut dilantik sebagai Menteri Besar, TV tersebut tidak lagi mengeluarkan berita itu dan pihak SPRM turut senyap, tidak mengambil apa-apa tindakan.

Sekiranya berita TV3 betul, maka ADUN Kijal mesti didakwa, sebaliknya sekiranya ADUN Kijal yang betul, TV3 mesti diambil tindakan kerana menyiarkan berita bohong!

Apa pula cerita dua Datuk dari Terengganu yang disiasat oleh SPRM pada June, 2009?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 June, 2009 mengesahkan, siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu.

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka. "Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi 11 Ogos, 2009.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Bagaimana pula cerita 70 fail ahli politik Terengganu?

Pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Takkan 3 tahun kertas siasatan tak siap-siap?

YANG DIPERHANGAT & DIPERINGAT (Siri tupang sekaki 1)

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu?

(Friday, 12 June 2009 02:57 Editor Buletinonline.net)

Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu.

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka."Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?

KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta. Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004. BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.

Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu. Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.

Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta. Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk. Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).

Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).

Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.

Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu.

Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.

Jadi apa kaitannya?

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.

Konsortium Kontraktor Melayu Sdn. Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).

Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.

Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM500,000.00.

Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.

Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan? Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said? Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !

Rabu, Jun 09, 2010

YANG MELELEHKAN AIR HIDUNG

Lagi cerita untuk menjatuhkan air hidung dan reputasi MB Mat Said :

(via SMS) Saya tidak dapat menahan rasa geli hati yang teramat sangat apabila mendengar celoteh seorang pelajar Terengganu yang berada di London dan sempat menghadiri majlis perjumpaan dengan MB Terengganu Datuk Ahmad Said tempoh hari. Beliau memetik satu dialog berbunyi :

Pelajar : YAB Datuk, what is your pilot project for the people and state of Terengganu?

MB : Kita akan menghantar dan memberi biasiswa kepada pelajar anak Terengganu mengikuti kursus pilot.

(Pelajar-pelajar lain saling melihat antara satu sama lain kehairanan memikirkan kehebatan visi dan misi MB Terengganu).

Mungkin perkara yang sama berlaku sehingga Ahmad Said memahami (salah faham atau salah memahami?) kononnya Royal College of Surgeon and Nursing College nak tubuh pusat pendidikan mereka di Terengganu (seperti dilaporkan sendiri oleh MB Mat Said sebelum ini).

Hissss... ini semua cerita rekaan dan tidak betul. Sengaja nak melihat air hidung orang yang membaca meleleh kesukaan. Tolong katakan ini hanyalah cerita lucu dan cerita komedi yang banyak ditemui dalam komik-komik kartun macam komik Gila-gila. Ini juga satu lagi projek untuk menjatuhkan air hidung (oppp!!!) air muka dan reputasi MB terhebat abad ini.

Tetapi, kalau betul cerita ini (ulang kalau betul, ulang kalau betul, ulang kalau betul...), ada dua perkara yang wajar diambil iktibar :

PERTAMA : Sebelum ini JAM pernah sebut tentang ‘hebat dan fasihnya’ MB Mat Said berbahasa Inggeris. Berbahasa hebat, cuma mungkin ‘kurengnya’ untuk memahami sahaja. JAM tidak pernah menyatakan MB Mat Said ‘wajib’ kena fasih berbahasa Inggeris atau wajib kena faham Bahasa Inggeris, makanya baru boleh jadi MB. Tidak.. tidak pernah menyebut sedemikian. Tobat pun, rekok pun dok kata. Wallahi wabillahi watallahi... tak pernah...

Pemimpin-pemimpin negara (ulang negara, ulang negara, ulang negara - bukan NEGERI) hebat dan maju seperti Jepun, China, negara-negara Arab, Thailand dan banyak lagi negara pun, ramai yang tidak fasih berbahasa Inggeris, malahan ada sesetengahnya yang kalau boleh dikatakan tahap tidak retinya mereka BI sehingga ‘he’ dengan ‘she’ pun boleh lagi bertukar.

Tetapi yang membezakan pemimpin negara hebat dan maju berkenaan dengan MB terhebat abad ini hanyalah ‘mengakui kelemahan dan kekurangan’ serta tidak merasa malu akan kelemahan dirinya. Dalam bahasa yang lebih manis, sedar kediri kat mana kebodohan dan kelemahan diri.

Kerana mengakui kelemahan dan sedar kediri inilah serta yang lebih penting tidak ego dan bukan sesuatu yang memalukan sebenarnya, maka pada setiap perjumpaan dan dialog atau perbincangan yang melibatkan pemimpin negara luar yang memerlukan bahasa perantaranya BI, maka pemimpin-pemimpin negara besar tadi, dengan segera menyediakan pembantu merangkap penterjemah kepada dirinya, takut-takut tersalah sebut atau tersalah faham hasil sesuatu perbincangan.

Jadinya, MB terhebat abad ini patut mengambil langkah yang sama bagi mengelakkan ‘kemaluan’ berulang. Jangan berlagak bodoh sombong atau mengikut telunjuk penasihat yang juga bodoh sombong. MB terhebat abad ini bukannya tidak ada pegawai yang fasih dan mahir berbahasa Inggeris. Setiausaha Akhbar (SUA) MB misalnya, kalau dihadapkan dengan ‘orang putih’ hulu mana sekali pun, kacang saja baginya. Malangnya SUA ‘dinyek’ dan disumbatbekukan oleh pegawai bodoh sombong yang lain.

Ikutlah resmi sesetengah pemimpin dunia yang tidak merasa malu itu. Merendah diri, tidak ego dan akur dengan kelemahan. Mereka tetap berjaya membawa negara mereka maju dan hebat.

KEDUA : Yang studen budak tu pergi cakap omputih tu apa kejadahnya. Tahulah kamu tu bersekolah di negara mat saleh. Hari-hari boleh cakap mat saleh. Sesekali bila MB ke sana, cakap Terengganu laa pulok. Sleng kekijalan pun tak kisah punya. Bukan senang nak cakap Terengganu, masa MB Terengganu datang tu lah, nak pulun sampai lebam pun. MB kan berjumpa dengan pelajar Malaysia dan studen Terengganu.

Ini mesti studen tu ‘diupah’ supaya bercakap omputeh semata-mata nak menjatuhkan air hidung tanpa selsema MB Terengganu. Atau studen tu sengaja nak menguji kehebatan BI MB terhebat abad ini pemimpin mereka. Ini kena tengok betul-betul. Studen tu anak Terengganu ke, dapat biasiswa apa, duduk di mana, anak siapa, penyokong siapa. Jangan-jangan orang Besut penyokong Derih Jusoh. Kalau betul beliau tu penyokong tegar Derih Jusoh, panggil balik, suruh belajar di Kubang Bujuk atau di Rusila saja. Kalau dia tu penyokong tegar Haji al-Hadi atau al-Harun Taib, suruh dia cakap omputeh dengan kambing boer saja... Baru padan muka.

Apa-apa pun, kalau studen tu anak Terengganu, beliau telah membuktikan bahawa anak Terengganu memang hebat. Anak Terengganu yang bercakap omputeh dengan MB mereka tu memang hebat. Inilah kehebatan anak Terengganu di luar negara bikinan zaman MB Mat Said. MB Mat Said memang amat sedar perkara ini. Tak malu ada anak Terengganu macam studen tu. Jadi jangan cuba nak selekehkan kebolehan dan kehebatan anak Terengganu.

Kepada mat saleh atau studen Malaysia negeri lain atau studen negara lain di England tu, kalau nak lihat bagaimana hebatnya MB Terengganu, lihatlah studen berkenaan, kalaulah benar studen tu anak Terengganu. Itu baru secetong air kaki MB Terengganu tu, belum lagi segelup atau setempayan...

(Nota : sebenarnya terdahulu sebelum MB Mat Said, MB Perak Dr Zameri telahpun mengadakan perjumpaan dengan kelompok studen yang sama. Soalan yang sama daripada studen yang sama turut ditujukan kepada MB Perak. Jadi tidak pasti, apakah studen berkenaan adalah studen asalnya Terengganu atau dari negeri lain. Yang pasti studen tu adalah studen Malaysia).

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Mi can spik omputeh, mi can give all Tranung studen pen pilot sebatang sorang..... kah3 kah3 kah3...

Selasa, Jun 08, 2010

YANG SEMAKIN MENYERLAHKAN KEKUASAAN

Agaknya ini lagi cerita ‘lebong’ untuk memusnahkan reputasi dan kehebatan MB Mat Said. Pundek betul dia orang ni, asyik nak mengondeng MB Mat Said je. Kalau nak kondeng pun, janganlah kondeng teruk-teruk sangat, lebong dan kelentong banyak-banyak tak apa.

Nota : Sebelum ini JAM banyak menerima sms ‘yang mengutuk’ MB Mat Said dan JAM tidak pernah merasai apa-apa kesan yang ‘mengguris rasa dan perasaan’ kerana kebanyakan sms yang diterima adalah daripada orang-orang atau mereka yang nampak kurang bersetuju atau tidak sebulu dengan kepemimpinan MB Mat Said. Malahan ada sms atau emel yang diterima, JAM sendiri pun tidak kenal siapa pengirimnya, tetapi JAM masih menganggap, pengirim itu adalah daripada kalangan mereka yang tidak sukakan MB Mat Said.

Tetapi sejak kebelakangan ini, semakin banyak JAM menerima sms, emel, panggilan telefon mahupun cakap-cakap terbuka daripada mereka yang JAM kenali sebelum ini sebagai ‘penyokong tegar’ MB Mat Said atau paling tidak pun sebagai penyokong tegar orang-orang kanan MB Mat Said. Nadanya sudah ke arah 'kondeng', mengutuk dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap MB Mat Said. Malahan sudah ada dalam kalangan 'penyokong tegar' MB Mat Said itu secara terbuka menawarkan (apa yang didakwa mereka) 'maklumat penting berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa oleh MB Mat Said'.

JAM tidak memberikan apa-apa respon atau apa-apa janji atau apa-apa syarat. Bagi JAM, kalau nak mengirimkan, kirimlah. Kalau nak memaklumkan, maklumlah. Kalau JAM rasa nak menulis atau keluarkan dalam blog JAM, JAM akan menulis dan keluarkan. Bagi JAM jelas, JAM tidak ada apa-apa kepentingan. Cuma rakaman terima kasih sahaja yang mampu JAM ungkapkan kepada mereka. Terima kasih kerana maklumat dan terima kasih kerana membantu JAM. Terima kasih itu tentulah terima kasih daun keladi.

Sama-samalah kita menilai apa muslihat atau musibah di sebaliknya...

Cerita lebong 1 (CL1) :

(via SMS) : Adakah anak Syarikat milik (kerajaan) negeri Terengganu dimiliki seratus peratus oleh orang Kemaman sahaja atau sebahagian besar daripada sahamnya dimilik punya ataupun dipegang oleh orang-orang tertentu dari Kemaman? Contohnya Epic, KSB dan lain-lain. Ataupun Ahmad Said sedang berusaha mengalih dan memindahkan ibu negeri Terengganu dari Kuala Terengganu ke Kemaman?

Cerita lebong 2 (CL2) :

(CL2 ini ada kaitan langsung dengan sms CL1 di atas. CL2 dipetik sepenuhnya daripada blog http://www.bukitkijal.blogspot.com/)

KEMAMAN !!!!!! : IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU?

Rata-rata rakyat Terengganu tertanya-tanya adakah sekarang ini Kemaman sudah mengambilalih Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yang baru bagi Negeri Terengganu. KEMAMAN IBU NEGERI TERENGGANU YANG BARU? KEMAMAN.... IBU NEGERI BARU TERENGGANU? KEMAMAN... IBU NEGERI YANG BARU BAGI NEGERI TERENGGANU? (kena tanya pakar bahasa ).

Apakan tidak, baru sebulan dua Mat Said berada 'di atas takhta' Menteri Besar (sebelum ini semasa nak ambil plat TAS 5, Mat Said tanpa segan-silu beritahu ''I nak pakai TAS 5... Tengku Ahmad Said”), Sambutan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2008 dibawa ke Kemaman biarpun peserta kontinjen perarakan seluruh negeri Terengganu tidak mempunyai ataupun cukup tempat penginapan yang selesa dan perarakan terpaksa melalui lorong belakang rumah ataupun dapur orang.

HAMPIR KESEMUA SYARIKAT TERUTAMA SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU YANG BEROPERASI DI KEMAMAN TELAH 'DIMILIK KEMAMANKAN' (segala peluang jawatan dan kontrak atau hampir keseluruhan daripadanya telah dijadikan hak milik eksklusif orang Kemaman. Tapi rata-rata orang di bandar Cukai bercakap bukan orang Kemaman yang memilik eksklusif syarikat-syarikat tersebut tapi orang kanan, orang kiri, orang belakang, orang depan dan di sekeliling Mat Said yang memonopoli segalanya. Kata orang pasar, segalanya milik negeri Terengganu yang berpangkalan di sini milik Agu, Ramli Shahul, Hj Dol, Rosli Pendek dan lain-lain. Kalau betul cakap kaki Pasar Cukai, maka betullah dakwaan ini. Kalau tak betul kata mereka, mungkin ada asas untuk mempercayai dakwaan tersebut.

Tapi nak kata Kemaman pun, kurang jugak nampaknya pembangunan yang boleh dilihat, dinikmati dan dihargai oleh majoriti penduduk Kemaman macam kami golongan marhain ini. Manakala kami terus ketinggalan di samping terus menghadapi tekanan hidup akibat daripada kos sara hidup yang tinggi dan harta termasuk tanah kerajaan yang pernah kami teroka dan bina rumah di atasnya suatu ketika dahulu dirobohkan oleh PTG Kemaman atas arahan Mat Said.

Kami bersumpah atas nama tujuh keturunan bahawa selagi Mat Said mengetuai umno, nescaya tidak akan kami sokong. Kami masih ingat bagaimana Mat Said dengan rakus merobohkan masjid dan rumah-rumah kami di zaman Derih dulu. Saya pernah tanya orang Besut yang kebetulan belajar bersama saya di universiti dulu dan kebetulan pula orang kuat Derih Jusoh, tentang perobohan rumah/masjid Bujal. Katanya daripada maklumat yang diperolehi, Mat Said yang beria-ia benar mahu PTG Kemaman merobohkan rumah/masjid Bujal.

Berbalik kepada Kemaman sebagai ibu negeri Terengganu, orang Kemaman masih belum buta dan belum pekak. ''SEBENARNYA BAGI KAMI ORANG KEMAMAN, BUKANNYA KEMAMAN YANG AKAN AMBILALIH KUALA TERENGGANU SEBAGAI IBU NEGERI TAPI BANDAR BARU KIJAL DALAM BARUH KIJAL''. Bayangkan betapa hebat sekali kuasa Mat Said di Terengganu ini sebagai MB, Giant yang hampir memulakan perniagaan di Mesra Mall Kerteh boleh dibatalkan dengan begitu sahaja kerana lawan kehendak Mat Said supaya membuka pasar raya di dalam baruh Kijal.

Operasi syarikat-syarikat utama milik Kerajaan Negeri yang beroperasi di Kemaman yang SEBELUM INI ditempatkan di Kuala Terengganu semata-mata kerana bertujuan menambahkan penjanaan ekonomi di ibu negeri dengan harapan CEO syarikat, Pengarah Urusan, Pengurus Kanan, Pengurus dan pegawai yang bergaji lebih daripada RM5,000 sebulan mampu membantu penjanaan ekonomi dan perniagaan di Kuala Terengganu sehingga mampu menarik minat pelabur supermarket dan hypermarket seperti Parkson, Isetan dan Tesco melabur di Kuala Terengganu.

Dalam lain perkataan bila kuasa membeli tinggi sudah tentu akan menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur dalam perniagaan runcit di Kuala Terengganu. Kalau di Kemaman, memang sudah jadi tabiat kami orang sini untuk membeli-belah di Kuantan ataupun Kuala Lumpur kerana di sana buka sahaja banyak pilihan tapi banyak kemudahan berhibur.

TAPI KINI KESEMUA OPERASI PENTADBIRAN SYARIKAT-SYARIKAT TERSEBUT TELAH DIBAWA BALIK KE KEMAMAN ATAS PANDANGAN SINGKAT PEMIMPIN YANG TERSERLAH UNTUK MENJIMATKAN KOS OPERASI. Kesemua projek syarikat-syarikat berkenaan mesti diagihkan kepada orang kanan Kemaman sahaja 'mungkin kerana tujuan Tan Sri Wan Mokhtar menubuhkan syarikat-syarikat berkenaan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu dulu hanya untuk mengkayakan orang Kemaman sahaja dan mungkin bila minyak didaratkan di Paka/Kerteh, maka Mat Said merasakan orang Terengganu yang lain kurang berhak'.

Kata orang semua pembangunan Terengganu kini ditumpu ke Kemaman. Tapi jumlah yang besar juga dicampakkan ke dalam Tasik Kenyir. PEMIMPIN LUPA SEJARAH...... BUKANKAH SEBELUM INI TAN SRI WAN MOKHTAR TELAH BANYAK MEMBANGUNKAN KEMAMAN? KENAPA MAJORITI RAKYAT MASIH MENOLAK UMNO/BN PADA TAHUN 1999?

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Tolong kekalkan slogan "Melebongrakyatkan Pembangunan". Lagi pun, rakyat semua peduli apa? “Aku kan MB, suka akulah nak buat apa pun. Aku berkuasa. Aku ada hak. Aku MB istana... Aku peduli apa kau orang suka atau tidak suka dengan aku!. Kamu siapa yang mengada-ngada tak suka dengan aku? Yang penting istana sukakan aku... Kamu semua rakyat cap ayam belaka...”

Rabu, Jun 02, 2010

YANG BERNIAGA ‘LUBANG’

(Gambar kiri) Betul ke 3 lubang (lubang emas?) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir ini bernilai RM1.5 juta (RM500,000.00 setiap satu) yang kononnya digali sebagai tebatan banjir?

(Gambar kanan) Sehingga kini, slogan ‘Melebongrakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran’ berjaya direalisasikan oleh kerajaan negeri pimpinan MB Mat Said.

Cerita Pak Cik Mamat Jusoh, 65, dari Bukit Tok Hat, Setiu, yang mendakwa beliau masih tidak menikmati kemudahan asas dalam kehidupannya sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya, dan masih tinggal di sebuah rumah usang seluas tiga meter persegi dengan berdindingkan papan tanpa mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik, itu bukan masalah MB Mat Said.

Mungkin Pak Cik Mamat Jusoh ini bukan penyokong tegar MB Mat Said atau Pak Cik Mamat bukan menjadi susah ‘bikinan’ zaman MB Mat Said. Kenapa pada zaman MB Ayah Wan Mokhtar dan zaman MB Derih Jusoh, Pak Cik Mamat tidak bersuara?

Pak Cik Mamat ini betul-betul nak menyusahkan MB Mat Said yang sibuk tu. Mentang-mentanglah MB Mat Said memperkenalkan slogan “MEnipuRAKYATKAN PEMBANGUNAN”, Pak Cik Mamat segera mengambil peluang. MB Mat Said tak sedar, sebab MB Mat Said bukannya setuju dan berkenan sangat dengan slogan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan”... Yang MB Mat Said setuju dan berkenan “Kroni Didahulukan, Rakyat Dipeduliapakan”...

Tapi, kalau misalnya RM500 ribu tu diberi ‘komisen’ 10% sahaja kepada Pak Cik Mamat, komfirm Pak Cik Mamat bila meninggal nanti akan terpejam matanya rapat-rapat dan kalau dipanjangkan usianya bertemu pada PRU akan datang, komfirm akan memberi sokongan penuh kepada MB Mat Said...

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Pak Cik Mamat pun, kalau diberi peluang menggali ‘lubang emas’ di Seberang Takir tu, pasti beliau akan berteriak “Waw!!! berniaga lubang pun lebih untung daripada berniaga atap biru atau berniaga baja...”

Selasa, Mei 25, 2010

YANG NAMANYA PEMBANGUNAN PESAT (Siri 2)

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama) – Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk (1:100).

“Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Kah3...kah3... kah3.... Ini berita mesti nak memburukkan MB Mat Said. Wartawan mana yang menulis berita ini. Apa hal pula pihak polis bercakap begitu. Kalaupun itu dapatan dan dibincang dalam mesyuarat, ‘berkelentong’ dan ‘berlebong’lah sikit kepada media dan rakyat. Inikan kerajaan ‘melebongkelentongkan’ rakyat. Tak jadi hal punya.

Janganlah cuba nak menjatuhkan reputasi MB Mat Said sebagai MB terhebat abad ini pula. Nak tulis berita, mesti kena jelas dan yang penting bukan untuk menjatuhkan imej dan maruah MB Mat Said. Sepatutnya kena dijelaskan walaupun tangkapan itu dibuat sepanjang tahun lepas (2009 – ulang tahun lepas, ulang tahun lepas, ulang tahun lepas), penagih-penagih berkenaan telah lama muncul dan paling banyak muncul pada zaman Derih Jusoh.

Kerana yang nombor satu, terbaik dan mendahului, pertama di Malaysia dan dunia, serta segala macam itu adalah pada zaman MB Derih Jusoh dan PM Mahathir saja. PM Najib pun hanya pakai nombor sahaja – 1Malaysia. Zaman MB Mat Said mana ada ‘tertinggi, johan, nombor satu, pertama, mendahului, terbaik’ dan sebagainya itu. Ini mesti berita tipu dan lebong rakyat. Yang terbaik dan terhebat pada zaman MB Mat Said ialah MB itu sendiri, MB tersohor dan terhebat abad ini.

Inilah bukti kukuh, jelas dan tepat gambaran pembangunan pesat pada zaman MB Mat Said. Pembangunan pesat, tersesat dan menyesatkan. Kategori jenis ini layak disamakan dengan pembangunan yang dibawa oleh Ayah Pin yang sesat entah ke mana tu. Pembangunan ke arah menipu, membohongi, melebong, mekelentong rakyat dan menghabiskan harta redok rakyat.

Agak munasabah, kalau semakin ramai rakyat yang ‘tersesat’ dalam pembangunan pesat era MB Mat Said sebegini, akan lebih mudahlah untuk menipulebongkan rakyat. Rakyat sudah khayal, rakyat sudah hanyut dalam ‘Gelombang Gian’ (ganti Gelombang Biru). Apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan negeri, tak ada yang sedar. Mereka sudah khayal, tak ada yang bantah, tak ada yang komplen. Sepatutnya nisbah penagih di Terengganu bukan 1:100 tetapi 100:1. Barulah senang nak melebong dan menjual harta redok rakyat.

Barangkali kerana berita ini jugalah, makanya ‘bodyguard’ MB Mat Said (seorang anggota keselamatan) DIPECAT sebagai ‘bodyguard’. MB Mat Said apa peduli dengan kawan lama atau kawan baik. Yang penting awak tak pandai bekerja. Seribu kerja bagus sebelum ini pun, tidak cukup untuk meyakinkan MB Mat Said berbanding satu kerja buruk. Ini kerja buruk kamu. Sesama anggota keselamatan pun tak boleh jaga, cakap membur dan lebih memilukan, awak tak pandai menjaga air muka MB sendiri.

(p/s : dialog cepumas) "Tuan Supt Roslan, nak tanya sikit... yang 10 ribu orang tu termasuk 'pemuda harapan bangsa' Kemaman ke?" kah3...kah3...

JAM
: Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Marilah bersama kekalkan slogan "Melebongrakyatkan Pembangunan". Tak boleh tempat pertama terbaik dalam konteks positif, dalam hal tempat pertama di Malaysia (yang tertinggi @ paling ramai) penagih pun, kira sudah boleh “menyohor”. Sudah diiktiraf sebagai ‘kejayaan luar biasa’ MB Mat Said hasil pembangunan pesat Terengganu. Kata Nujum Pak Belalang.... "hantam sajalah belalang".....

Isnin, Mei 24, 2010

YANG DIANUGERAHI GELARAN DATU$ – TAHNIAH

Bangga, megah, gah, sohor, bagak, besar hati, semarak dan banyak lagi kesinoniman kata bagi menggambarkan betapa gumbiranya (jangan betulkan ejaan anda) rakyat negeri Terengganu Darul Iman kerana adanya rakyat negeri Terengganu yang dianu.........i (jangan mengisi tempat kosong sebelum masanya) ‘darjah kebesaran’ sebuah negeri di Malaysia yang membawa gelaran DATU$.

[NOTA PENTING 1 : Perkataan ‘dianu......i’ itu bolehlah dipenuhi tempat kosongnya dengan perkataan yang sesuai seperti dianuBELIi atau dianuBAYARi... Yang sepatutnya menjadi DIANUGERAHI...

NOTA PENTING 2 : Jangan betulkan ejaan anda bagi perkataan DATU$, kerana mengikut sahibul hikayat yang maha arif lagi bijaksini, simbol ‘$’ itu sekali-sekala boleh digunakan sebagai menggantikan apa sahaja perkataan bagi memaknakan perkataan itu, baik secara tersurat mahupun tersirat. Betul atau tidak, wallahuaklam, itu kena tanya Nabil si-Raja Lawak – lu fikirlah sendiri....)]

Apa-apa pun, itulah yang dinamakan rezeki. Insan ‘terpilih’ ini memang bertuah. Sebanyak itu rakyat Terengganu, beliau jugalah yang ‘terpilih’ dan ‘dipilih’. Tak kisahlah, sama ada dipilih atau terpilih, yang pasti beliau sudah tersenarai. Harap-harapnya tersenarai dalam golongan insan terbayar. Baru ada kelas tersendiri yang tinggi nilainya.

Penerima bertuah rakyat Terengganu ini memang layak, wajar dan bertepatan sekali kerana sumbangan besar beliau dalam pembangunan negeri Terengganu khasnya. Anugerah daripada negeri mana, itu bukan isunya, yang penting ‘sumbangan’ besar orang ini kepada pembangunan rakyat dan negeri. Rakyat Terengganu juga adalah rakyat Malaysia sama seperti rakyat negeri-negeri lainnya. Pembangunan Terengganu juga adalah pembangunan Malaysia, sama seperti pembangunan negeri-negeri lainnya. 1Malaysia katakan....

Demikianlah bertuahnya budak tingkat 15 merangkak (jangan betulkan ejaan anda) budak tingkat 16 merangkak (sekali lagi jangan betulkan ejaan anda) Menteri Besar 2 (MB2) negeri ber-Darul Iman ini. (Nota : ‘merangkak’ tu TIDAK sama spesisnya dengan yang ada dalam mini zoo Kemaman tau!!).

Memang Datu$ ini orang yang senantiasa bertuah. Beliau merangkak dan berusaha daripada bawah, kemudian ketuahannya bertambah-tambah. Kalau disingkatkan kisah hidupnya, rentetan kejayaannya penuh ‘trajis dan memilukan’ (jangan betulkan ejaan anda. Jangan pandai-pandai mengubah huruf “tr” kepada “n” (bagi perkataan trajis) dan huruf “i” kepada “a” (bagi perkataan memilukan), sehingga terpaksa dibaca ‘najis dan memalukan’).

Bermula dengan seorang budak penjual baja, penguli (roti) balak, pemungut hutang @ komisen yang aktif, ‘pemain bola’ yang hebat, Semua Untung Sendiri Kaut (susk) yang pintar, pencocok dan penarik hidung orang nombor wahid yang licik, sehinggalah Datu$ ini dapat berdiri di tingkat 15 menjadi budak tingkat 15 yang terlebih ‘power rangernya’ daripada semua orang yang ada dalam negeri ini.

Amat dan maha munasabahlah beliau dianuBELIi gelaran Datu$ adanya. Kalau sekadar 180 ribu atau 200 ribu rial harganya, memang lebih daripada mampu untuk dianuBELIi atau dianuBAYARi. Hitunglah sendiri, satu bag baja sudah berapa rial? Satu batang balak, berapa rial pula harganya.... Kacang je tu...

Dirgahayu Datu$$$$$$......

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Teringat kata seorang pengunjung mini zoo Kemaman berbangsa Cina (nama gelarannya Mat Payang) kepada penjaga pintu masuk mini zoo berkenaan ; “haiya... jual baja pun boleh beli itu latuk ka??? Hoooyooo manyak senang tipu halata lakyat negeli lhoo.....”

Selasa, Mei 18, 2010

YANG MENERIMA DR IN BRACKET LAGI

Sudah lama kita tidak memperkatakan tentang kawan kita yang seorang ini, Dr Jepun in bracket merangkap Ketua UMNO Bahagian Dungun merangkap Ketua Timbalan Menteri Besar Kanan (kurang pasti, apakah jawatan ini sudah dimansuhkan atau belum). Maaflah, bukan tak mahu beri publisiti kepada kawan kita ini, tapi sejak kebelakangan ini namanya agak terlepas pandang.

Kali ini baru berpeluang untuk membicarakan perihal ‘usaha dan kerja kerasnya’. Cerita perihal diri Dr Jepun in bracket kali ini ada hubungan dengan balasan atau ganjaran yang sepatutnya diterima oleh beliau. Sebelum itu mari kita baca berita (sumber : Utusan Malaysia) di bawah :

PM terima ijazah kehormat

TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Meiji di sini sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dan negara amnya dalam hubungan Malaysia-Jepun khususnya sektor pendidikan.

Ijazah itu disampaikan oleh Presiden Universiti Meiji, Hiromi Naya dalam satu majlis di universiti itu.

Majlis tersebut turut disaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som; serta para pelajar Malaysia yang menuntut di bandar raya ini.

Sekali baca tidak ada apa yang menarik dalam berita di atas. Tetapi tidak banyak orang mengetahui, bahawa berita berkenaan ada ‘hubung kait yang rapat’ dengan Dr Jepun in bracket.

Hubungannya bukan sahaja Datuk Seri Najib akan turut sama menggunapakai gelaran (Dr) @ Dr in bracket yang sama tarafnya dengan Dr Jepun in bracket, tetapi cerita di sebaliknya yang wajar dicelikkelihkan oleh PM.

Sepatutnya berita pada para ini dibaca sebegini :

Majlis tersebut turut disaksikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som; Dr Jepun in bracket (orang yang bertungkus lumus memastikan PM menerima Ijazah kehormat berkenaan) serta para pelajar Malaysia yang menuntut di bandar raya ini.

Dr Jepun in bracket patut disebut berada sama dengan PM kerana memang beliau ada bersama ketika itu. Tidak berselindung di sebalik keperkasaan tubuh PM pun, jelas dan terang lagi bersuluh beliau ada. Wartawan mana yang menulis berita berkenaan sehingga Dr Jepun in bracket pun wartawan itu tidak kenal? Alahai.... Nak kena wartawan nin...

Selain itu, tugas besar beliau yang paling besar sehingga seantero Dungun malahan serata Terengganu dan mungkin juga seluruh negara atau sesuku dunia diuar-uarkan, bahawa PM menerima ijazah Doktor Kehormat adalah kerana bertungkus lumusnya usaha Dr Jepun in bracket dan kerana ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ Dr Jepun in bracket jugalah makanya PM menerima ijazah berkenaan. Itu cakap-cakap juak-juak penglipur lara, juak-juak Tok Selampit, juak-juak Tok Dalang beliau yang didondangsayangkan pada segenap penjuru alam.

Amat benar dan munasabah sekali dengan apa yang didendangkan itu. Siapa kata Dr Jepun in bracket tidak hebat? Persoalannya, apakah kehebatan Dr Jepun in bracket ini sudah berada dalam pengetahuan PM atau PM tidak dimaklumkan perihal ini.

Tugas Dr Jepun in bracket sehingga membolehkan PM menerima gelaran besar dan gah itu bukan calang-calang, bukan membodek, bukan mengampu dan jauh sekali nak mengharapkan balasan dan ganjaran. Kita amat kenal dengan Dr Jepun in bracket, bukan orangnya sebegitu.

Tetapi sebagai orang Melayu yang mempunyai akal budi dan sopan santun yang tinggi, PM kena faham dan akur dengan pepatah ‘ada ubi ada batas, ada budi ada balas’.

Dr Jepun in bracket mungkin tidak mengharapkan apa-apa daripada PM. Pertolongan dan pengorbanan yang dibuat oleh beliau adalah ikhlas seikhlasnya. Tidak ada ‘sekilas ikan di air’ pun, tidak ada ‘udang di sebalik mee’ pun, tidak ada, tidak ada, tidak ada, dan tidak ada sama sekali. Percayalah dengan kejujuran dan keikhlasan Dr Jepun in bracket yang maha jujur, maha ikhlas dan maha amanah itu.

Tetapi seperti yang disebut, budinya perlu juga dibalas. Berilah apa-apa yang patut. Bukan senang nak membodek dan mengampu. Jarang orang boleh membodek dan mengampu sebegitu. Tambah-tambah telah didondangsayangkan pula oleh juak-juaknya seantero dunia dengan harapan supaya PM sedar... tak kan PM masih tidak sedar.

Rasanya PM sudah sedar. Cuma yang susah sikit PM sedang fikirkan ialah kalaupun nak lantik Dr Jepun in bracket sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, kena bagi Senator. Dr Jepun in bracket dahpun jadi senator selama dua penggal (walaupun boleh diejas, kerana semua itu atas PM belaka), Nak bagi Pengerusi mana-mana agensi tidak pula setaraf dengan ‘kehebatan dan kedudukan’ beliau. Pening juga PM nak fikirkan.

PM sepatutnya sudah boleh ‘mengkonfirmkan’ kerusi yang ‘boleh dipilih’ oleh Dr Jepun in bracket pada pilihan raya umum akan datang (bebas memilih untuk bertanding di mana, Parlimen atau DUN atau kedua-duanya pun boleh). Cuma sebelum pilihan raya umum nanti, satu-satunya jawatan yang paling sesuai dan wajar dipertimbangkan oleh PM ialah melantik Dr Jepun in bracket sebagai ‘Duta bertaraf Timbalan Perdana Menteri’ ke negara Jepun. Barulah berbaloi dan munasabah.

Di Jepun, jadi duta olok-olok pun tak apa, suruhlah Dr Jepun in bracket menjaga mana-mana hotel pun sudah berbaloi. Pekerjaan tetap lain, mengampu dan membodek universiti-universiti di Jepun yang ada hubungan dengan KYM, supaya beri ijazah Doktor Kehormat kepada bakal-bakal bos Dr Jepun in bracket yang boleh memanfaatkan beliau. Itu sudah memadai. Ramai yang menunggu-nunggu status (Dr Jepun) itu. Yang penting, MB Mat Said dilupa jangan... kena masuk dalam senarai penerima selepas ini boooossss....

Yang mustahaknya lagi, kalau Dr Jepun in bracket jaga hotel di Jepun sana, sebulan sebelum hari raya puasa setiap tahun, bolehlah pakat-pakat gi berehat di sana dengan aman.... enak pak... aroma tembakau paip seperti terhidu wangi di hujung hidung ini.... eeemmmm...

JAM : Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” hanya kes baju kedai jahit Pertama Kompleks pun, hidung MB dah tercucuk..

Jumaat, Mei 07, 2010

YANG BERKUASA YANG BERLELUASA

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri (Berita Harian – 06/05/2010)

KUALA TERENGGANU : Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

Kes ini mungkin dianggap sebagai kes kecil dan terpencil. Kecil dan terpencil daripada kaca mata pemimpin besar termasuklah juga Menteri Besar serta orang besar-besar yang besar-besar lainnya.

Jangan pelik dan jangan terasa apa-apa kalau selepas ini akan ada orang besar-besar berkenaan akan bingkas memberikan respon (cakap-cakap mulut) dan kemudian akan berdondong-dondonganlah mereka menyengihkan gigi masing-masing ke rumah isteri atau keluarga mangsa. Itu adalah amalan turun temurun semenjak nenek moyang mereka dulu, sebagai trend dan tradisi yang wajib ditonjolkan.

Orang besar-besar nantinya akan bersabda ; “biasalah kes terpencil. Apa nak dihairankan sangat, orang mati hari-hari, orang kemalangan hari-hari, orang susah hari-hari, orang berak hari-hari. Seperti juga berlakunya mala petaka lainnya. Dah nak terjadi, nak buat macam mana. Itu fie perangai, tindakan dan perlakuan individu, mana kita terjangkau nak fikirkan atau nak menghalangnya”.

Betul... Tak kanlah kes-kes kecil dan terpencil macam itupun, nak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh Menteri Besar (misalnya). Banyak lagi tugas ‘besar-besar’ yang perlu disegerakan oleh Menteri Besar. Maklumlah namanya dah ‘besar’.

Walaupun kes ini mungkin dianggap kes kecil dan terpencil, tetapi boleh (kalau nak dibolehkan) dianggap sebagai manifestasi daripada golongan susah yang benar-benar susah di kalangan rakyat yang susah. Seperti yang pernah dikatakan – walaupun seorang, dia tetap rakyat.

Paling mengharukan kes ini berlaku pada saat pimpinan negara sedang menebarkan aspirasi dan inspirasi 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Lebih memilukan kes ini terjadi pada ketika pimpinan negara, negeri, daerah sehinggalah ke kampung-kampung berkompang keliling kota, kampung dan desa melaksanakan apa yang dinamakan sebagai program JUARA RAKYAT.

Namun, peristiwa dan tragedi kes memilukan, mengharukan dan menyedihkan ini sebenarnya adalah perlambangan sejelasnya betapa berkuasanya para pimpinan hari ini dan analogi kepada berleluasanya kesusahan rakyat yang dikatakan berada di negeri kaya pada mana pimpinan negerinya tidak henti-henti menobatkan untuk membantu rakyat dan merakyatkan pembangunan.

Inilah juga manifestasi yang membawa musibah kepada kealpaan pemimpin yang dihanyutkan kekuasaan, merakyatkan kroni "and the gengnya”, sambil dialun dengan retorika memanjang tanpa henti mengaitkan kesalahan semasa dengan pimpinan masa lalu, tujuan menutup kelemahan sendiri. Merekalah yang ‘mendahulukan rakyat’, merekalah yang menjadi ‘juara rakyat’ dan mereka jugalah yang ‘membangunkan rakyat’.

Cuba kita bandingkan berita di atas dengan SMS di bawah :

Renunglah para ADUN BN/UMNO. Dalam tempoh 2008/10, perancangan pembangunan ekonomi Tganu hanya aktiviti... BALAK, MINI ZOO KMAMN (baru beli anak rimau), MB & Exco (masing-masing pakat keluar negara makan angin, kononnya mencari pelabur) MB banyak masa melawat org sakit (dan miskin?)... nasiblah RAKYAT Tganu di bawah UMNO/BN mengemukakan MB Mat Said.... (nota : SMS ini diterima pada 8 April 2010, kira-kira sebulan sebelum kisah memilukan di atas berlaku).

Renung-renungkanlah...

Yang masih menjadi tanda tanya ialah apakah kandungan nota si mati yang ditinggalkan kepada isterinya? Apakah berkemungkinan berbunyi, “sayang... jangan lupa undi MB Mat Said dalam pilihan raya akan datang..”

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Juara Rakyat menjadi Juara kelentong Rakyat atau Juara perabis harta redok Rakyat, 1Terengganu Mendahului Rakyat Kepentingan kroni Diutamakan dan Menyusahrakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran....

Khamis, Mei 06, 2010

YANG TERSALAH HANTAR ATAU PROVOKASI?

Kira-kira pukul 7.30 pagi 6 Mei 2010, saya terperasan terdapat 3 SMS yang diterima belum lagi dibaca. Dua daripadanya ada kaitan dengan kerja saya. Kedua-duanya dihantar oleh orang yang sama, teman saya yang masih berada di Melaka.

Yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan satu lagi SMS yang diterima lebih lewat daripada dua SMS teman saya itu. SMS ketiga ini (saya namakan SMS misteri) diterima seawal pagi 6 Mei 2010 daripada nombor yang tidak saya kenali (memakai talian 014869xxxx)... SMS itu dihantar pada pukul 4.27am (mengikut apa yang tercatat pada telefon saya).

Bunyi SMS tu begini : "Bos... da blog baru yg kutuk bos. blog teganumu.blogspot.com. bos tengok r."

Seperti biasa, kerana saya tidak pernah terkesima dan tidak pernah mengambil kisah dengan kutukan atau serangan peribadi (bukan 'isu'), saya tidak mempedulikan SMS berkenaan. Tambahan pula (sebagai makluman), saya tidak pernah menghiraukan kutukan-kutukan peribadi walau bagaimana bentuk dan cara sekalipun, apa lagi untuk saya menyegerakan diri membuka blog yang dimaksudkan (termasuk saya tidak pernah membuka blog dan membaca tulisan yang saya anggap tidak memberikan apa-apa faedah kepada saya).

Itu adalah prinsip saya. Kalau dirasakan tidak berkenan dengan apa yang ditulis atau dicatat sama ada melalui blog, cetakan atau sebagainya (baik ideologi, pandangan mahupun pujian atau kutukan - baik berkaitan 'isu', apa lagi bersifat peribadi), saya tidak akan membacanya. Dan itu juga yang pernah saya sarankan kepada penjenguk blog JAM, sejak awal saya memiliki blog ini (sila rujuk beberapa posting terdahulu).

Berbalik kepada SMS tadi, saya seperti sudah melupakan SMS berkenaan dan kebetulan pula saya agak sibuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu dibereskan segera, jadi saya langsung tidak menghiraukan untuk membuka komputer dan membuka blog yang dimaksudkan oleh si pengirim SMS misteri pada dini hari itu.

Sehinggalah saya menerima SMS daripada kawan saya di Kuala Terengganu petang tadi yang bertanyakan sudah membaca atau belum blog teganumu.blogspot.com? Lantas saya terlintas kepada SMS misteri dini hari yang turut mengajukan untuk saya membaca 'blog yang mengutuk saya' itu. Saya menjawab SMS kawan saya :

"ada org dah bagitau blog tu, malas nak baca. biasalaaa, biarlah diaorg nak kutuk aku apa pun..."

"bukan kutuk mun, kutuk org lain, mun salah blog tu.." balas kawan saya lagi.

"dok eh.. betul r, siap ngan adress sekali dia beri... dia kata blog baru yg kutuk aku. dia panggil aku bos.." jawab saya sambil lewa kerana saya merasakan bahawa kawan sayalah yang tersalah maklum kepada saya.

"laaaa... mun bukalah www.teganumu.blogspot.com, baru mun tahu.." tegas kawan saya lagi.

Saya membuka semula SMS misteri dan mendapati memang alamat blognya sama. Saya menjadi agak keliru kerana dua 'makluman' yang memetik blog yang sama tetapi berbeza kandungannya. SMS misteri menyatakan blog mengutuk saya, sedangkan SMS kawan saya menyatakan mengutuk orang lain.

Kerana kekeliruan itu (pada mulanya), saya membuka komputer dan mencari blog berkenaan mengikut alamat yang diberikan. Ternyata kawan saya yang benar.

Tetapi selepas saya menatap blog berkenaan, saya menjadi bertambah keliru dan timbul beberapa persoalan yang susah juga saya nak menjawabnya. Lantas saya terus menelefon kawan saya yang memaklumkan melalui SMS tadi dan bertanya bagaimana dia tahu adanya blog berkenaan.

Kawan saya memaklumkan, dia menerima SMS tengah hari tadi (hari yang sama 6 Mei 2010) yang memaklumkan "kunjungi blog baru www.teganumu.blogspot.com". Menurut kawan saya lagi, pengirimnya beliau juga tidak kenal tetapi nombor telefonnya tidak sama dengan nombor yang mengirim SMS misteri kepada saya (setelah saya meminta kepastian, adakah nombor telefon si pengirim SMS kepadanya sama dengan nombor telefon pengirim SMS misteri kepada saya).

Kerana 'misteri' itu, saya cuba menghubungi nombor telefon pengirim SMS misteri berkenaan, tetapi talian berkenaan tidak diaktifkan dan SMS yang turut saya kirimkan ke nombor berkenaan masih berstatus 'pending'.

Saya menulis cerita ini bukan bermaksud saya hendak mempromosi blog berkenaan kerana sedikitpun tiada niat saya untuk mempromosikannya (walaupun blog berkenaan tidak mengutuk saya). Tetapi yang menimbulkan 'sedikit' kemusykilannya ialah KENAPA SMS MISTERI BERKENAAN SAMPAI KEPADA SAYA dengan makluman sebegitu? ("Bos... da blog baru yg kutuk bos. blog teganumu.blogspot.com. bos tengok r.")

Adakah SMS berkenaan tersalah hantar atau memang disengajakan atau tersilap orang atau secara kebetulan atau berniat melagakan atau satu bentuk provokasi? Apa motifnya, wallahuaklam. Mungkin ramai lagi orang lain yang menerima SMS yang sama seperti saya atau seperti diterima oleh kawan saya, sekali lagi, wallahuaklam.

Yang pasti, kerana prinsip saya yang tidak mempedulikan blog-blog seperti itu, khususnya yang lebih berfokus kepada serangan peribadi (bukan 'isu'), maka saya mengambil keputusan untuk BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA....

Perihal ini pada saya, berakhir pada titik akhir posting ini sahaja. TITIK.
Related Posts with Thumbnails