yang semasa

Jumaat, Mei 07, 2010

YANG BERKUASA YANG BERLELUASA

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri (Berita Harian – 06/05/2010)

KUALA TERENGGANU : Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi siasatan diteruskan.

Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia diberhentikan kerja.

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun.

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini.

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di gerai makan berhampiran.

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah.

Kes ini mungkin dianggap sebagai kes kecil dan terpencil. Kecil dan terpencil daripada kaca mata pemimpin besar termasuklah juga Menteri Besar serta orang besar-besar yang besar-besar lainnya.

Jangan pelik dan jangan terasa apa-apa kalau selepas ini akan ada orang besar-besar berkenaan akan bingkas memberikan respon (cakap-cakap mulut) dan kemudian akan berdondong-dondonganlah mereka menyengihkan gigi masing-masing ke rumah isteri atau keluarga mangsa. Itu adalah amalan turun temurun semenjak nenek moyang mereka dulu, sebagai trend dan tradisi yang wajib ditonjolkan.

Orang besar-besar nantinya akan bersabda ; “biasalah kes terpencil. Apa nak dihairankan sangat, orang mati hari-hari, orang kemalangan hari-hari, orang susah hari-hari, orang berak hari-hari. Seperti juga berlakunya mala petaka lainnya. Dah nak terjadi, nak buat macam mana. Itu fie perangai, tindakan dan perlakuan individu, mana kita terjangkau nak fikirkan atau nak menghalangnya”.

Betul... Tak kanlah kes-kes kecil dan terpencil macam itupun, nak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh Menteri Besar (misalnya). Banyak lagi tugas ‘besar-besar’ yang perlu disegerakan oleh Menteri Besar. Maklumlah namanya dah ‘besar’.

Walaupun kes ini mungkin dianggap kes kecil dan terpencil, tetapi boleh (kalau nak dibolehkan) dianggap sebagai manifestasi daripada golongan susah yang benar-benar susah di kalangan rakyat yang susah. Seperti yang pernah dikatakan – walaupun seorang, dia tetap rakyat.

Paling mengharukan kes ini berlaku pada saat pimpinan negara sedang menebarkan aspirasi dan inspirasi 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Lebih memilukan kes ini terjadi pada ketika pimpinan negara, negeri, daerah sehinggalah ke kampung-kampung berkompang keliling kota, kampung dan desa melaksanakan apa yang dinamakan sebagai program JUARA RAKYAT.

Namun, peristiwa dan tragedi kes memilukan, mengharukan dan menyedihkan ini sebenarnya adalah perlambangan sejelasnya betapa berkuasanya para pimpinan hari ini dan analogi kepada berleluasanya kesusahan rakyat yang dikatakan berada di negeri kaya pada mana pimpinan negerinya tidak henti-henti menobatkan untuk membantu rakyat dan merakyatkan pembangunan.

Inilah juga manifestasi yang membawa musibah kepada kealpaan pemimpin yang dihanyutkan kekuasaan, merakyatkan kroni "and the gengnya”, sambil dialun dengan retorika memanjang tanpa henti mengaitkan kesalahan semasa dengan pimpinan masa lalu, tujuan menutup kelemahan sendiri. Merekalah yang ‘mendahulukan rakyat’, merekalah yang menjadi ‘juara rakyat’ dan mereka jugalah yang ‘membangunkan rakyat’.

Cuba kita bandingkan berita di atas dengan SMS di bawah :

Renunglah para ADUN BN/UMNO. Dalam tempoh 2008/10, perancangan pembangunan ekonomi Tganu hanya aktiviti... BALAK, MINI ZOO KMAMN (baru beli anak rimau), MB & Exco (masing-masing pakat keluar negara makan angin, kononnya mencari pelabur) MB banyak masa melawat org sakit (dan miskin?)... nasiblah RAKYAT Tganu di bawah UMNO/BN mengemukakan MB Mat Said.... (nota : SMS ini diterima pada 8 April 2010, kira-kira sebulan sebelum kisah memilukan di atas berlaku).

Renung-renungkanlah...

Yang masih menjadi tanda tanya ialah apakah kandungan nota si mati yang ditinggalkan kepada isterinya? Apakah berkemungkinan berbunyi, “sayang... jangan lupa undi MB Mat Said dalam pilihan raya akan datang..”

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Juara Rakyat menjadi Juara kelentong Rakyat atau Juara perabis harta redok Rakyat, 1Terengganu Mendahului Rakyat Kepentingan kroni Diutamakan dan Menyusahrakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran....

Khamis, Mei 06, 2010

YANG TERSALAH HANTAR ATAU PROVOKASI?

Kira-kira pukul 7.30 pagi 6 Mei 2010, saya terperasan terdapat 3 SMS yang diterima belum lagi dibaca. Dua daripadanya ada kaitan dengan kerja saya. Kedua-duanya dihantar oleh orang yang sama, teman saya yang masih berada di Melaka.

Yang nak diceritakan di sini ialah berkenaan satu lagi SMS yang diterima lebih lewat daripada dua SMS teman saya itu. SMS ketiga ini (saya namakan SMS misteri) diterima seawal pagi 6 Mei 2010 daripada nombor yang tidak saya kenali (memakai talian 014869xxxx)... SMS itu dihantar pada pukul 4.27am (mengikut apa yang tercatat pada telefon saya).

Bunyi SMS tu begini : "Bos... da blog baru yg kutuk bos. blog teganumu.blogspot.com. bos tengok r."

Seperti biasa, kerana saya tidak pernah terkesima dan tidak pernah mengambil kisah dengan kutukan atau serangan peribadi (bukan 'isu'), saya tidak mempedulikan SMS berkenaan. Tambahan pula (sebagai makluman), saya tidak pernah menghiraukan kutukan-kutukan peribadi walau bagaimana bentuk dan cara sekalipun, apa lagi untuk saya menyegerakan diri membuka blog yang dimaksudkan (termasuk saya tidak pernah membuka blog dan membaca tulisan yang saya anggap tidak memberikan apa-apa faedah kepada saya).

Itu adalah prinsip saya. Kalau dirasakan tidak berkenan dengan apa yang ditulis atau dicatat sama ada melalui blog, cetakan atau sebagainya (baik ideologi, pandangan mahupun pujian atau kutukan - baik berkaitan 'isu', apa lagi bersifat peribadi), saya tidak akan membacanya. Dan itu juga yang pernah saya sarankan kepada penjenguk blog JAM, sejak awal saya memiliki blog ini (sila rujuk beberapa posting terdahulu).

Berbalik kepada SMS tadi, saya seperti sudah melupakan SMS berkenaan dan kebetulan pula saya agak sibuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu dibereskan segera, jadi saya langsung tidak menghiraukan untuk membuka komputer dan membuka blog yang dimaksudkan oleh si pengirim SMS misteri pada dini hari itu.

Sehinggalah saya menerima SMS daripada kawan saya di Kuala Terengganu petang tadi yang bertanyakan sudah membaca atau belum blog teganumu.blogspot.com? Lantas saya terlintas kepada SMS misteri dini hari yang turut mengajukan untuk saya membaca 'blog yang mengutuk saya' itu. Saya menjawab SMS kawan saya :

"ada org dah bagitau blog tu, malas nak baca. biasalaaa, biarlah diaorg nak kutuk aku apa pun..."

"bukan kutuk mun, kutuk org lain, mun salah blog tu.." balas kawan saya lagi.

"dok eh.. betul r, siap ngan adress sekali dia beri... dia kata blog baru yg kutuk aku. dia panggil aku bos.." jawab saya sambil lewa kerana saya merasakan bahawa kawan sayalah yang tersalah maklum kepada saya.

"laaaa... mun bukalah www.teganumu.blogspot.com, baru mun tahu.." tegas kawan saya lagi.

Saya membuka semula SMS misteri dan mendapati memang alamat blognya sama. Saya menjadi agak keliru kerana dua 'makluman' yang memetik blog yang sama tetapi berbeza kandungannya. SMS misteri menyatakan blog mengutuk saya, sedangkan SMS kawan saya menyatakan mengutuk orang lain.

Kerana kekeliruan itu (pada mulanya), saya membuka komputer dan mencari blog berkenaan mengikut alamat yang diberikan. Ternyata kawan saya yang benar.

Tetapi selepas saya menatap blog berkenaan, saya menjadi bertambah keliru dan timbul beberapa persoalan yang susah juga saya nak menjawabnya. Lantas saya terus menelefon kawan saya yang memaklumkan melalui SMS tadi dan bertanya bagaimana dia tahu adanya blog berkenaan.

Kawan saya memaklumkan, dia menerima SMS tengah hari tadi (hari yang sama 6 Mei 2010) yang memaklumkan "kunjungi blog baru www.teganumu.blogspot.com". Menurut kawan saya lagi, pengirimnya beliau juga tidak kenal tetapi nombor telefonnya tidak sama dengan nombor yang mengirim SMS misteri kepada saya (setelah saya meminta kepastian, adakah nombor telefon si pengirim SMS kepadanya sama dengan nombor telefon pengirim SMS misteri kepada saya).

Kerana 'misteri' itu, saya cuba menghubungi nombor telefon pengirim SMS misteri berkenaan, tetapi talian berkenaan tidak diaktifkan dan SMS yang turut saya kirimkan ke nombor berkenaan masih berstatus 'pending'.

Saya menulis cerita ini bukan bermaksud saya hendak mempromosi blog berkenaan kerana sedikitpun tiada niat saya untuk mempromosikannya (walaupun blog berkenaan tidak mengutuk saya). Tetapi yang menimbulkan 'sedikit' kemusykilannya ialah KENAPA SMS MISTERI BERKENAAN SAMPAI KEPADA SAYA dengan makluman sebegitu? ("Bos... da blog baru yg kutuk bos. blog teganumu.blogspot.com. bos tengok r.")

Adakah SMS berkenaan tersalah hantar atau memang disengajakan atau tersilap orang atau secara kebetulan atau berniat melagakan atau satu bentuk provokasi? Apa motifnya, wallahuaklam. Mungkin ramai lagi orang lain yang menerima SMS yang sama seperti saya atau seperti diterima oleh kawan saya, sekali lagi, wallahuaklam.

Yang pasti, kerana prinsip saya yang tidak mempedulikan blog-blog seperti itu, khususnya yang lebih berfokus kepada serangan peribadi (bukan 'isu'), maka saya mengambil keputusan untuk BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA....

Perihal ini pada saya, berakhir pada titik akhir posting ini sahaja. TITIK.

Ahad, Mei 02, 2010

YANG DISEWA KHAS – WOW!!! FAKTOR

Kira-kira dua atau tiga minggu yang lalu, seorang kawan ‘muka buku’ (facebook) ada meninggalkan komen dalam FB saya seperti berikut :

“Bos, are you going to china too with mb to utilize back all the development in china and bring back to terengganu billions of investment”.

“Not 'glutton' bro... apa2 pun, semoga berjaya membawa balik 'cerita' yg muluk-muluk”... balas saya.

“Bahasa 'pelik' di negeri berpemimpin ajaib ....pah..aku org trg pun dok faham glutton tu bende”.. komen kawan itu lagi.

“Glutton' tu slang 'kekijalan' daerah yg ada di Hulu England (UK) kot... lebih kurang 'pelahap'lah kalu kita makan gok...kah3....” terang saya bergurau.

“Oh gitu....rasa2 elok ditujukan kpd pengikut pemimpin kebebalan....se lagi...aku jadi moyok kalu mu rehat lama baru ni.....” kata kawan saya lagi...

Keesokan harinya keluar berita sidang media MB Mat Said sebelum berangkat ke China (sekadar sedikit petikan sahaja) :

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum berlepas ke Guangzhou, China bersama 177 rombongan melalui penerbangan terus ke negara itu.

Ahmad berkata, beliau akan bertemu dengan Datuk Bandar Guangzhou serta Jabatan Perancang Bandar dan Landskap untuk membincangkan beberapa perkara dalam bidang perkilangan, lokasi memancing di Tasik Kenyir dan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).

Kemudian laman sesawang “BuletinOnline.net” pada 21 April 2010 menyiarkan tulisan berkaitan dengan lawatan ‘besar’ berkenaan melalui kolum pendapat laman web berkenaan dengan persoalan dan pertanyaan “Mengapa Delegasi Besar ke China?”

(*Nota : diperturunkan sepenuhnya pendapat yang tersiar di laman sesawang berkenaan kerana tulisan ini adalah cetusan minda rakyat – walaupun seorang, beliau (penulis berkenaan) masih tetap rakyat – sila baca di bawah).

Saya masih lagi tidak menghiraukan sangat acahan kawan saya dan ‘pandangan’ yang tersiar dalam buletin online berkenaan. Al-maklum, terus terang dimaklumkan bahawa kawan saya tu memang ‘tak sukakan’ MB Mat Said, sementara buletin online pula yang menggunakan tag/moto “media informasi terkini” dikendalikan oleh penyokong parti pembangkang (negara dan negeri Terengganu).

Sehinggalah kelmarin (1 Mei 2010) Sinar Harian melalui ruangan pojok wartawannya di Terengganu turut membangkitkan soal ini (walaupun penekanannya dari sudut penglibatan wartawan dalam rombongan berkenaan), menyebabkan banyak orang termasuklah saya sendiri tertanya-tanya, apa yang tak kena dengan rombongan itu atau hanya cerita yang ‘muluk-muluk’ sahaja yang dibawa balik untuk menghalalkan ‘kebesaran’ lawatan itu?

Tidak ada yang pelik dan ajaib sebenarnya di zaman pemerintahan MB Mat Said ini. Beliau kan MB tersohor abad ini? Apa nak dihairankan? Apa nak dipelikkan?

Yang koman dan ‘cap ayam’nya adalah pemimpin / MB terdahulu termasuk Derih Jusoh. Derih Jusoh tak pandai menghabiskan duit rakyat untuk membawa ramai orang melawat keluar negeri. Derih Jusoh hanya pandai habiskan duit rakyat untuk buat projek dalam negeri yang disebut MB Mat Said sebagai “tadok fe’dah sekepeng ke rakyat”. Jauh sekali hendak menyewa khas sebuah kapal terbang.

Yang koman juga PM atau TPM atau Menteri-menteri dulu, kini dan selamanya. Mana ada sejarah PM, TPM atau para Menteri yang menyewa khas sebuah kapal terbang untuk membawa ‘anak buah’ secara beramai-ramai keluar negara seperti yang dilakukan oleh MB Mat Said? PM atau TPM atau Menteri-menteri yang ada di Malaysia, semuanya tidak pandai hendak menggunakan kuasa. Nampaknya mereka kena datang ke Terengganu dan belajar dengan MB Mat Said perihal sebegitu.

Mana ada MB, KM atau PM atau TPM atau Menteri yang ‘berani’ menyewakhaskan sebuah kapal terbang untuk membawa rombongan menarik pelabur ke negerinya? Mana ada MB/KM yang ‘tak reti’ berjimat cermat dalam masa negara dan negeri menghadapi kegawatan? Mana ada MB/KM yang berani nak habiskan pitis rakyat dan negeri dengan apa cara sekalipun.

Kiralah berapa belanja yang perlu dibayar untuk seorang bagi lawatan ini. Tambang, makan minum, penginapan, perjalanan di China dan segala macam yang perlu dibelanjakan. Kalau benar kapal terbang itu disewa khas hanya untuk rombongan itu sahaja, hanya 177 orang yang perlu bayar tambang atau satu kapal terbang perlu ditanggung? Soal itu, kena tanya pilot kapal terbang itu sendiri. Pilot tu ambil tambang atau tidak. Tapi biasanya pilot, kalaupun mereka ambil, diambil untuk minum kopi dan belanja rokok sebungkus dua sahaja (macam drebar baslah jugok kot...).

Tapi tidak menjadi masalah punya. Apa yang hendak disusahkan sangat. Rakyat Terengganu amat terkenal sebagai rakyat yang mudah dikecek (tipu), senang dikelentong, gampang dilebong. Katakan sahaja bahawa semua yang pergi itu adalah tanggungan sendiri, kerajaan tak keluar duit sekepeng pun.

Waima tambang kapal terbang MB Mat Said sendiri syarikat penerbangan itu yang tanggung. Manakala makan minum, tempat tinggal di Guangzhou selama seminggu, beliau tinggal di rumah warisnya. (Nota : MB ramai waris di sana, sebagai cadangan selepas pencen nanti, nak pergi kerja di sana – ambil upah menangis orang mati???). MB Mat Said kan MB, mesti segala-galanya ditanggung halal. Lagi pun MB Mat Said sudah tersohor seantero dunia sebagai MB terhebat abad ini.

Tak perlulah susah-susah. Peduli apa dengan kata-kata orang. Ini masa MB Mat Said jadi MB. MB mesti ada kuasa. Kalau kuasa pun takut nak guna, buat apa jadi MB.

Jadi, suka dialah nak buat apa. Suka dialah nak buat keputusan macam mana. Suka dialah nak guna kuasa setakat mana. Suka dialah nak belanja pitis mas banyak mana, nak jual harta redok rakyat ke, nak gadai khazanah negeri ke, nak lelong balak ke, nak lelong bijih ke, nak pulon apa saja.. itu hak MB... MB berkuasa segala-galanya. Nasib baik tak beli kapal terbang saja. Kalau kerajaan negeri beli kapal terbang sendiri, siapa nak marah? Siapa peduli?

Bukankah itu akan memudahkan perjalanan MB and the geng ke mana-mana. Dalam dan luar negara? Bukankah MB Mat Said banyak tugas dan tanggungjawab di luar negara? Selang sebulan keluar negara, selang dua bulan keluar dari Malaysia. MB katakan. Jadi MB mesti kena sibuk. Mesti kena bagi nampak gah dan hebat. Mesti banyak berjalan, baru cepat habis duit. Siapa lagi yang hendak diharapkan untuk menghabiskan duit rakyat kalau tidak MB sendiri? Nak harapkan Exco, wakil rakyat atau wakil rakyat pembangkang.... hisssshhh, mereka semuanya cap ayam. Dok rok cetong....

PM/TPM tak perlu diberitahu atau jangan ‘galak gatal’ nak ambil tahu. Bukan PM/TPM jadi MB, MB Mat Said yang jadi MB. MB Mat Said bukan MB UMNO/BN, dia MB istana. Negeri Terengganu bukan negeri PM atau negeri TPM, ini negeri MB Mat Said punya. Orang lain jangan dengki, jangan ambil pot, jangan gatal tangan nak campur-campur urusan negeri ini. MB Mat Said sebagai MB tahulah apa yang baik dan apa yang buruk untuk negerinya. Peduli apa dengan duit rakyat. Yang penting bukan duit sendiri. Wow!!! Kan hebat bunyinya tu...

Makanya, berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Barang hendak barang jadi... kun fayakun.... Cuma kalau nak hairan sedikit pun (itu pun kalau hendak... kalau tak mahu hairan pun, bolehlah dikatakan ‘sedikit yang tidak terjangkau dek fikiran’), ialah “kenapa MB Mat Said suka sangat dengan haiwan/binatang? ” Sampai ke China masih berunding pasal binatang...

Yang boleh tolong menjawabnya hanyalah Nabil Raja Lawak.... “Lu fikirlah sendiri...”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengapa Delegasi Besar ke China?
(sumber : Buletin online)

Wednesday, 21 April 2010 08:25 Editor

Ahad lalu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berangkat ke Guangzhou di China, memimpin satu delegasi perdagangan seramai 177 orang, yang cukup besar dengan standard apapun.

Lawatan ini dilaporkan bertepatan kerana berlangsungnya sebuah eksposisi perdagangan di bandar China itu, di mana Ahmad dikatakan akan bertemu Gabenor dan para pegawai China yang lain disertai pengusaha Terengganu yang akan menawarkan peluang-peluang perniagaan.

Di antara ahli delegasi adalah beberapa pengusaha industri walit yang akan mengadakan pertemuan dengan pengedar sarang burung walit di Guangzhou. Ia adalah dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai Hub global untuk sarang burung yang berkualiti tinggi.

Terengganu dilaporkan mengeksport sekitar 100kg sarang burung ke Guangzhou sebulan. Jumlah eksport sarang burung setahun tahun 1,200 kg - dalam RM25,000 kilo - dan bernilai RM30 juta. Dan itu hanyalah satu barang dagangan, mungkin akan ada banyak dagangan lain.

Namun, masih timbul pertanyaan kepada Dewan Undangan Negeri, di mana kerajaan negeri Terengganu dipertanggungjawabkan, persoalannya, adakah jumlah dagangan tahunan antara Guangzhou-Terengganu membenarkan saiz delegasi lawatan ‘mega’ yang sedang berada di China sekarang.

Ahmad perlu menjelaskan butiran delegasi dan kos yang terlibat sejurus selepas beliau kembali dari Guangzhou kerana, kesemua 177 orang itu adalah delegasi rasmi dan kosnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak, pastinya kerajaan dapat, dengan mudah membayar kos yang terlibat. Namun, rakyat masih ingin tahu seperti yang berlaku di Negeri Sembilan.

Dilaporkan dalam sidang DUN Negeri Sembilan (NS) kelmarin, jumlah belanja kos yang dikeluarkan oleh Menteri Besar ketika melakukan perjalanan rasmi pada tahun 2008 dan 2009.

Menteri Besar NS hanya melakukan dua perjalanan rasmi, satu ke Kuala Terengganu dengan Pembantu Khasnya dan yang lain ke Kuching bersama isteri dan Pembantu Khasnya. Kos untuk dua kali perjalanan itu adalah RM13,000, meliputi tiket pesawat dan penginapan hotel.

Dewan Undangan Negeri Terengganu, oleh kerana itu, perlu diberitahu seperti DUN Negeri Sembilan diberitahu tentang tujuan lawatan, identiti ahli delegasi dan penjelasan tentang mengapa mereka dimasukkan dalam senarai delegasi, maka kos yang terlibat dan diunjurkan manfaat dari perjalanan. Ia adalah kerana dana awam terlibat dan mesti diakaunkan sepenuhnya.

Jika tidak dilakukan, di mana Ahmad tidak melaporkan perincian lawatan 177 delegasi tersebut, ia adalah tugas pihak Dewan Undangan Negeri untuk memanggil perakaunan, meminta laporan. Lagi pula, badan perundangan (state legislature) terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang memilih mereka ke sana.

Seharusnya, kerajaan negeri tidak perlu menunggu Ketua Audit Negara untuk mendedahkan penyalahgunaan dan membuat kecaman terhadap kerajaan.

Ahmad perlu bertindak melaporkan segala butiran lawatan atau menghadapi tuduhan menyalahgunakan dana awam dalam urusan kerajaan. Kerana terlalu banyak pelanggaran telah dilakukan tanpa semakan.

Oleh kerana itu, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri harus memainkan peranan mereka, memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang dilakukakan. (Terjemahan bebas dari The Sun).

YANG UNTUK SANTAI-SANTAI

Dalam apa sekali situasi dan keadaan, santai amatlah digalakkan. Justeru marilah kita sama-sama bersantai agar minda dan tubuh kita senantiasa berada dalam keadaan tenang dan damai adanya. Apa lagi pada penghujung minggu dan cuti-cuti Malaysia sebegini.

Siling DUN Pulau Pinang Runtuh

Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh semalam menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini. Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang tadi.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

Pada 23 Julai 2008, plaster siling sepanjang empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu turut dilaporkan jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang sedang berada di situ. – Bernama

Tak perlulah menyusahkan minda memikirkan hubungan santai dan berita runtuhnya siling DUN Pulau Pinang ini. Dikatakan santai adalah bagi membolehkan pembaca sekalian berfikir secara menyantaikan minda dan tidak perlu bersusah payah mencari punca atau menuduh si anu atau si anu yang bersalah. Santai saja... santai saja... santai saja.... dengan sama-sama menyalahkan Derih Jusoh and the geng yang menyebabkan punca runtuhnya siling DUN Pulau Pinang itu.

Paling tidak pun, katakan bahawa Derih Jusohlah yang bersetuju membiayai perbelanjaan membina bangunan DUN Pulau Pinang itu dengan peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (wang ehsan) negeri Terengganu.

Katakan juga, tak cukup dengan bahang rasuah di Terengganu, Derih Jusoh and the geng rela 'hunggar' ke Pulau Pinang untuk bahang rasuah. Apa punya orang tu...

Tapi tidak perlulah menubuhkan Pasukan atau Jawatankuasa Penyiasat, teruskan mengarah SPRM supaya menyiasat Derih Jusoh and the geng. Nanti kalau ada Pasukan atau Jawatankuasa dan pasukan atau Jawatankuasa itu tidak mensabitkan kesalahan kepada Derih Jusoh, ramai yang tak berpuas hati dan ramai pula yang ‘tak jenera nak tidur’...

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Rekalah kesalahan pemimpin terdahulu kerana segalanya adalah salah pemimpin terdahulu, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja...

Jumaat, April 30, 2010

YANG PARAH? TANYA KHABAR JEE...

Kira-kira dua bulan yang lalu, terdengarlah khabar-khabarnya yang menyatakan, Syarikat Anak Kerajaan Negeri Terengganu - GPharos mungkin dikenakan PN4 atau PN16 disebabkan masalah kewangan.

Setelah dua bulan - sekadar ingin bertanya khabar berita, bagaimana khabarnya sekarang? Sudah kenyang atau sudah bungkus? Tapi jangan buruk sangka dengan menyatakan cerita ini adalah sandiwara untuk menendang individu yang tak menguntungkan kerajaan negeri.

Percayalah, ini bohong punya cerita... Mana mungkin syarikat yang begitu gah boleh mendatangkan masalah kewangan? Pada zaman MB Mat Said nin, mana ada lagi CEO atau Lembaga Pengarah atau Pegawai yang tidak cekap. Mana ada lagi bukan kroni yang tidak cekap, semuanya sudah dinyahkan. Yang diganti, semuanya hebat-hebat, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam mentadbirurus syarikat dan perniagaan. Bukan kaki auta dan kaki kelentong. Kaki busuk ada laaa... MB Mat Said sendiri pun begitu cekap 'mengurus' dan mentadbir. Terutamanya cekap dalam membela dan 'menggemukkan' and the geng. Kes kecil je tu...

Tapi kalaupun benar ada 'sikit' masalah kewangan, alaa... tak payah susah-susah nak fikir, jual aje satu kawasan, "semuanya bisa settle pak...."

Entah-entah, si pereka cerita nin nak sebutkan bahawa itulah strategi bijak bagi menyahkeluarkan orang-orang yang 'memahalkan beras' daripada terus berada dalam syarikat berkenaan atau sebagai strategi licik dan halus bagi membolehkan and the geng tangkap lelong syarikat berkenaan. Siapa tahu, semuanya ada 'udang kering dalam jeput bawang'....

Adegan yang tidak ingin didengar - GPharos menjadi G-PAROK.... bila dah parok, makanya akan parah... parah... dan parah.....

Makanya berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Semuanya boleh jadi, yang penting ada masyuk dan banyak faedah sama and the geng...

Khamis, April 22, 2010

YANG BERTANYA SAMA SAMY... ADA TIPU KA?

Terasa nak mengilai pun ada, terasa nak terberak pun ada bila membaca berita di bawah nin... beritanya sudah lama, tapi maaflah tak sempat nak posting sebelum nin...

Terengganu Buka Tender Pembalakan Mulai Tahun depan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan lebih selektif dalam mengeluarkan lesen balak dan menimbang kemungkinan hanya pengusaha kilang kayu sahaja yang dibenarkan memohon bagi memastikan sumber hutan di negeri ini terkawal.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, sehubungan itu juga, pihaknya akan menghentikan pengeluaran lesen balak secara terus mulai Jun depan dan akan menggantikannya dengan kaedah tender bermula tahun depan.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terlalu banyak lesen balak dikeluarkan kerajaan negeri sehingga harga komoditi itu jatuh, sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar.

Sebaliknya, katanya pengeluaran lesen pembalakan dihadkan dan hanya dikeluarkan di kawasan yang akan dijadikan empangan kedua di negeri ini.

"Tidak benar kalau nak kata seolah-olah pembahagian (lesen balak) banyak sangat sampai harga murah. Saya ada angka-angka jika ingin dibuat perbandingan bermula tahun 2003," katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini.

Menurut beliau, pada 2003 sebanyak 33,916 hektar kawasan balak diluluskan, 2004 (15,698 hektar), 2005 (13,369 hektar), 2006 (12,406 hektar) dan 2007 (14,424.78 hektar).

"Pada tahun 2008 saya tak keluar satu pun lesen balak masa mula mengambil alih jawatan Menteri Besar. Pada tahun 2009 baru saya keluar lesen iaitu seluas 6,794.24 hektar, tahun 2010 sebanyak 2,845.12 hektar, ini pun kerana kawasan itu terlibat dengan pembinaan empangan kedua yang terpaksa kita tebang," katanya menjelaskan angka-angka berkenaan diberi oleh Jabatan Perhutanan negeri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi tak ada yang pelik sebenarnya dalam berita nin.. Cuma nak mengajak rakyat negeri Terengganu Darul Iman ini bersama melapangkan minda seketika sambil ketawa (itupun kalau nak) :

1) Mari kembali belajar matematik (dalam BM)... 13 orang X 500 hektar berapa jawabnya? Yang 13 orang itu belum termasuk ustaz tukang baca doa bersongkok tinggi, kroni budak tingkat 15 merangkap tingkat 16, kroni anak gundik umno dan pelbagai macam kroni yang lain lagi... Jawabnya mudah sahaja : Jumlah yang dimaklumkan dalam DUN Terengganu (bagi tahun 2009 & 2010) adalah jumlah yang SUDAH LAKU dijual, sudah menjalankan operasi mengeluarkan balak dan sudah dibayar primiumnya. Jumlah itu BELUM termasuk yang masih tidak laku jualannya. Selain itu, jumlah yang dimaklumkan itu juga adalah berbentuk LESEN bukan diberikan kepada individu yang namanya bukan lesen.

2) Empangan kedua yang dicadangkan amat luas lingkungannya... dari hulu Kemaman melintasi hulu Dungun melalui Hulu Terengganu sehinggalah ke hulu Besut. Tak pasti sama ada hulu Setiu dan hulu Kuala Nerus ada atau tidak kawasan balak. Kalau ada, bermakna ada harapan empangan kedua ini juga akan melalui kawasan-kawasan berkenaan.

3) Siapa yang bangang sangat menafikan angka yang disebut oleh MB Mat Said itu daripada Jabatan Perhutanan? Tak kanlah daripada Jabatan Belia dan Sukan pula. Kalau daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada logiknya sikit sebab kawasan balak ini ada kaitannya dengan kambing boer, lembu, anak harimau, monyet, kera, beruk, anak gajah dan segala macam binatang (buas dan tidak buas) yang menjadi kegemaran sebahagian rakyat di negeri Terengganu ini.

4) Inikah yang disebut dalam ungkapan kepemimpinan sebagai “menjadi pemimpin suka berbohong, sumpah dilanggar janji pun lancung. Akal berbelit fikiran pesong, hidupnya hanya mengejar untung, rakyat tergadai malang menuntung, negeri rosak lenganglah kampung”...

5) Atau “dijadikan pemimpin negeri terjual, dijadikan tua rezeki kan mahal, dijadikan induk umatnya sebal, dijadikan tiang tegaknya janggal, negeri rusuh rakyat menyesal”...

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Segalanya adalah Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran. Justeru marilah kita sama-sama menipu rakyat Terengganu – Merakyatkan Penipuan atau Menipurakyatkan dan Menggadairakyatkan Harta Redok...

Rabu, April 14, 2010

YANG NAMANYA PEMBANGUNAN PESAT

Mari kita sama-sama melihat ‘pembangunan’ pesat yang berlaku di negeri Terengganu pada zaman MB Mat Said. Tiga berita di bawah ini sebenarnya mewakili pembangunan-pembangunan lain yang tidak terhitung dan tidak terjangkau dek akal fikiran seorang manusia yang kepingin akan kemakmuran dan kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan negerinya.

Semuanya berlaku di negeri Terengganu hari ini. Berlaku di zaman MB Mat Said yang amat pintar dan hebat dalam membangunkan negeri Terengganu ini. Tidak pernah terfikir bagi banyak orang sebelum ini...

Berita 1 : Kaki terjerlus lubang tangga besi

KUALA TERENGGANU – Keceriaan pasangan pelancong dari Glasgow, Scotland yang menikmati keindahan negeri ini terbantut, apabila anak tunggal mereka mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tangga permainan kanak-kanak di kawasan Taman Rekreasi Water Front Pulau Kambing. Pasangan itu, Iain Kinnear, 47, dan isterinya, Jennifer Kinnear, 37, pada mulanya menyangka anak mereka, Sonny Kinnear, 3, terjatuh kerana kecuaian sendiri, namun terkejut apabila mendapati kaki anaknya terjerlus dalam lubang pada tangga besi sudah berkarat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hebatnya Terengganu. Pelancong Scotland. Masih ramai dan banyak lagi pelancong dari pelbagai negara di dunia yang menjejakkan kaki ke Terengganu. Faktor utama kerana mereka tahu, MB di negeri ini fasih dalam pelbagai bahasa dunia terutamanya Inggeris. Tak percaya? Kenalah percaya.

Jangan marahkan MB Mat Said kerana tangga permainan kanak-kanak di kawasan Taman Rekreasi tu rosak. Yang itu kena marah kepada Deris Jusoh. Kalau Deris Jusoh ‘boleh’ meruntuhkan bumbung stadium, kes tangga taman permainan kanak-kanak tu... kecik punya kes broo.... bila-bila masa boleh rosakkan. Entah berapa RMjuta Derih Jusoh rasuah, wallahuaklam. Yang pasti rasanya lebih atau bersamaan dengan RM3 juta macam kes MRR2 di KL tuuuu....

Pihak (Jabatan) berwajib juga tak boleh dipersalahkan kerana tidak memantau dan menyelenggara. Kalau diselenggara dan dijaga, bila nak runtuh dan rosak. Bila lagi nak salahkan Derih Jusoh. Tak akan salahlah Derih Jusoh dan tak ada modallah nak buat perbandingan.

Yang menghairankan (oppp!!! tak ada apa yang nak dihairankan sebenarnya pada zaman pemerintahan MB Mat Said) – macam mana, pelancong nin seolah-olah tahu bahawa MB negeri yang dia lawati ini amat suka dengan “kambing boer” sehinggakan dicari tempat yang namanya juga ada perkataan kambing tu – Pulau KAMBING. Tu kena tanya al-Ustaz YB al-Maniri...

Berita 2 : Indek jenayah komersial meningkat 15.2 peratus

BESUT - Indeks jenayah komersial di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.2 peratus membabitkan kerugian RM2.14 juta berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah ‘lambang’ kehebatan pembangunan negeri yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Semua yang melakukan jenayah ini adalah manusia peninggalan zaman Derih Jusoh. Kalau tidak mana mungkin kes ini diumumkan di Besut.

Atau ini adalah kesilapan dan kesengajaan media melaporkan untuk merosakkan nama MB Mat Said. Mana ada jenayah meningkat sampai 15.2 peratus dalam tempoh hanya 3 bulan? Ini kenyataan bohong media. Mana ada di zaman MB Mat Said peningkatan macam ini. Mana ada zaman MB Mat Said ‘jenayah komersial’ lagi.

Kalau betul cerita ini, sepatutnya orang yang melakukan jenayah tu pergi mengadap MB Mat Said sebelum melakukan jenayah, pasti tidak akan berlaku jenayah sebegini. MB Mat Said amat prihatin dan berjiwa rakyat. Semua boleh ‘settle’. Nak apa, sebut je... kawasan balak? Projek direct nego? Atau nak bekalkan anak harimau? Semua boleh dirunding.

Kalaupun (lagi) benar ada, angka 15.2 peratus tu bukannya besar sangat. Kalau 15.2 hektar atau 15 ekor kambing boer atau 15 ekor lembu atau 15 ekor anak rimau tu barulah besar. Lihatlah yang kecil di kalangan yang besar itu, barulah betul perkiraannya.

Berita 3 : Sempat rakam aksi panas pekerja urut

KUALA TERENGGANU – Helah sekumpulan wanita warga asing yang turut menawarkan perkhidmatan seks di sebalik pekerjaan urut terbongkar, apabila lokasi kegiatan mereka diserbu pegawai penguat kuasa Imigresen, malam semalam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hoooo... yang ini berita paling ‘touching’... sedih sampai rasa nak meleleh air hidung. Mana tidaknya. Inilah satu-satunya ‘pembangunan’ pesat yang paling ketara di zaman MB Mat Said. Sebelum ini tidak tumbuh rumah-rumah urut seperti cendawan sebagaimana yang ada di Terengganu hari ini. Macam mana tidak dikatakan projek pembangunan paling berjaya di zaman MB Mat Said, kalau hampir setiap daerah dalam negeri Terengganu wujud rumah urut.

Yang ini juga kena marah Derih Jusoh. Kenapa di zaman Derih jadi MB, tak boleh lulus lesen rumah urut? Yang sakit pinggang, sakit belakang, ‘sereban’ kaki, nak mengurut, tak kan nak pergi ke KL. Lecehlah Derih Jusoh nin. Munasabahlah tidak dilantik lagi jadi MB pun.

Tengok MB Mat Said, memandang jauh ke hadapan. Boleh membangunkan Terengganu setaraf dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Rumah urut di mana-mana, tempat maksiat merata-rata. Terengganu dah sehebat KL. Maju dan membangun. Itu yang MB Mat Said hasratkan. Bila sebut KT orang bertukar dengan KL.

Soal si tukang urut nak jadi pelacur itu bukan salah MB Mat Said. Itu salah betina tu. Salah dan gatal jantan juga, kenapa pergi cari benda 'sedap' tu di situ? Di situ MB Mat Said kata, tempat untuk mengurut sahaja. Mengurut, mengurut, mengurut... tak faham ke?

MB Mat Said setuju beri lesen urut, bukan lesen sex. Kalau berlaku juga, jangan salahkan MB Mat Said. Salahkan agensi yang tidak memantau. Apa punya kerja sampai tidak boleh selesai hal seremeh ini? Atau salahkan MB terdahulu. Kerana sebelum ini disekat sangat, sekarang kena lepas geram laaa... Lepas ‘hawa’ kata orang Terengganu.

Yang seronoknya, difahamkan individu yang berusaha untuk mendapatkan lesen rumah-rumah urut nin adalah bekas YB dan bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Sekarang beliau dilantik pula oleh MB Mat Said sebagai Penasihat Ekonomi MB. Betul dan tepat sekali pilihan MB Mat Said....

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Segalanya adalah ‘pembangunan pesat' yang tak terkejar oleh minda rakyat yang sentiasa tertipu ini. Apa lagi kalau tidak mengamalkan slogan “Urut Menjana Ekonomi Negeri” dan “Merakyatkan Pengurutan dan Pemaksiatan”

Khamis, April 08, 2010

YANG TERPECAT LAGI...

“Apa yang besar sangat setakat pecat jadi Pengerusi Syarikat tu, zaman Derih Jusoh pecat dok leh (tak boleh) jadi calon pilihanraya, lagi besar...” Itu kemungkinan ungkapan atau jawapan kepada persoalan terpecatnya Dato’ Dr Latiff Awang (Bekas Exco Kerajaan Negeri & bekas ADUN Bukit Payong) sebagai Pengerusi TatiUC.

Betul dan benar sekali. Jangan banyak huraian, jangan banyak songeh. Terimalah dengan redha dan hati yang terbuka. Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan MB Mat Said atau siapa-siapa.

Cuma sekadar nak menyedapkan perbincangan dan nak menyedapkan pembacaan, bolehlah menulis dan menghuraikan sikit perihal ini.

Seperti yang selalu disebut, MB Mat Said mempunyai misi yang jelas dan minda yang besar dalam menterjemahkan pentadbiran kerajaan negeri hari ini. Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran katakan. Jadi tak payahlah nak menggalakgatalkan diri nak campur tangan dan dengan sengaja menukar moto itu menjadi Mengkronikan Pembangunan dan Pentadbiran.

[P/S : Kalau nak tukar sangat moto tukarlah kepada “Membangunkan Kroni dan Mentipukan Rakyat” (Mentipukan – maaflah kalau masih tak ada dalam Kamus Dewan sebab itu adalah kata terbitan yang baru terbit dari dalam zoo Kemaman)].

Sebab itu Dato’ Dr Latiff perlu dipecat. Kerana Dato’ Dr Latiff sudah tua, tak boleh berfikir dengan baik lagi. Tak punyai kekuatan dan faedah langsung mahupun tidak langsung untuk “membantu melangsungkan kekemasan kedudukan MB”. Beliau layak duduk di masjid surau, almaklum ayam pencen.

TatiUC perlu diberi nafas yang lebih segar. Exco perlu dilantik jadi Pengerusi untuk mengakademikan institusi ilmu kerajaan negeri itu. Dato’ Dr Latiff BEKAS Exco, bukan lagi Exco. No power, “no rok secetong” dah. Jadi dibuat macam mana, dipecat dengan cara macam mana sekalipun, langsung tak akan menjadi kudis gatal terutamanya kepada MB Mat Said. Sikitpun tak elergik.

Siapa kata pentadbiran kerajaan negeri dan MB Mat Said tidak berhemah. Amat bersopan dan berbudi bahasa sebenarnya. DS Rais Yatim tak payah nak buat kempen berbudi bahasa, kerana dah memang masing-masing “reti base”.

Cuba teliti ‘cara yang amat berhemah’ ini :

Surat daripada Setiausaha Syarikat kepada ahli-ahli Lembaga seperti berikut : –

EGM Tati UC Sdn. Bhd., 19.4. 10, 10am at 6th floor, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu :

Resolution 1 :

“That Dato’ Dr. Abdul Latiff bin Awang be and is hereby removed as the company director with effect from the passing of this resolution”.

Thank you
Company Secretary.

Disedapkan sikit cerita alkisahnya..... : Dato’ Dr Latiff dilucutkan/ditamatkan (atau dalam bahasa lebih berhemah dan berbudi bahasa - DIPECAT), sebagai Pengerusi/Lembaga Pengarah serentak Tati Production Sdn. Bhd (Anak Syarikat Tati UC Sdn Bhd) dengan cara amat memalukan pada 23 Mac 2010 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Dalam AGM Tati Production SB, Dato’ Dr Latiff mempengerusikannya dan apabila tiba kepada agenda “melantik semula pengarah yang bersara mengikut peraturan syarikat, Dato’ Dr Abdul Latiff Awang”, secara tiba-tiba Rektor TatiUC mengemukakan surat kuasa/proksi TatiUC SB, bahawa TatiUC menentang agenda itu.

Begitulah amat berhemah dan “beretibasenya” manusia di Terengganu pimpinan MB Mat Said hari ini. Berhemah dan bermoral tingginya mereka kepada Dato’ Dr Latiff, pengasas TatiUc, Ruane-Tati dan Tati Production..

Tolong jangan salahkan MB Mat Said dalam hal ini. MB Mat Said mungkin 'tak tahu apa-apa'.

Cuma nak ingatkan - berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Segalanya adalah sifat beretibasenya pemimpin negeri hari ini terhadap orang yang tidak menguntungkan mereka.

Rabu, Mac 17, 2010

YANG JUAL GAME SENDIRI

Dah habis cara dan kaedah, dah habis segala macam ikhtiar untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ADUN BN/UMNO, akhirnya MB Mat Said terpaksa menjual ‘game’ sendiri dengan berbaik-baik dan ‘mengendeng’ dengan pemimpin PAS pula. Betul ke?

Apa punya turrr lah wakil-wakil rakyat UMNO ini (termasuk Exco ke?). Keras keng dan keras kepala yang tidak berkesudahan. Cukup-cukuplah tu. MB Mat Said nak berbaik dengan anda semua. Bermusuhan dengan MB Mat Said tak ada untungnya. Rugi lagi ada. Bukankah anda semua sudah mendapat habuan yang sewajarnya? Belum cukup lagi kawasan balak atau projek direct nego ke? Nak apa lagi? Katakan wahai YB-YB sekalian, pasti akan dberi perhatian segera oleh MB Mat Said.

MB Mat Said tak akan jatuh punya. Tetap akan jadi MB seumur hidup. MB Mat Said sudah bayar yuran jadi MB seumur hidup. Jangan nak berangan dan jangan nak membuat musuh lagi dengan beliau. Berbaik-baiklah dengan beliau. Kalau boleh masa berjumpa dengan beliau, peluk dan ciumlah beliau seeratnya, titiskan air mata sebanyak yang boleh. Masa salam pula, cium tangan beliau biar berbunyi. Lepas tu berbisik dan mengendenglah harta redok rakyat yang masih berbaki tu. Mesti MB Mat Said kasi punya. Tak payahlah nak tunggu MB Mat Said jual game sendiri dengan puak-puak PAS pula.

Pimpinan tertinggi parti dah setuju MB Mat Said jadi MB seumur hidup. Budak tingkat 16 @ MB2 dah pergi jumpa dan bertemu empat mata dengan ‘orang kepercayaan’ PM dan merayu supaya MB Mat Said ‘comfirm’ jadi MB seumur hidup. Dah comfirm punya…

Jadi sekali lagi janganlah biarkan MB Mat Said jual game sendiri. Soal MB Mat Said jual game sebulan dua yang lepas tu lupakanlah. Itu cerita lama. Cerita cadangan penyerahan balik NEP, beli kambing boer Al-Harun T, dan tuntutan royalti minyak dalam sidang DUN dan banyak lagi 'jualannya' setelah dibuat pertemuan sulit-mulit dengan pimpinan PAS di ibu kota tu adalah cerita lama. Walaupun cerita lama, ada juga sedihnya. Ada juga ‘game’ yang tak laku dan tidak dipersetujui oleh pimpinan PAS. Lupakan saja...

Itulah, pimpinan PAS bukannya tahu apa. Bukan tahu susah senang orang. Asyik nak bangkang saja. MB Mat Said nak berbaik dengan mereka, nak bagi projek kepada mereka, nak kongsi harta rakyat dengan mereka pun, mereka bangkang. Apa punya turrr lah diaorang nin. Kesihan MB Mat Said.

Bulan depan akan ada lagi sidang DUN. Inilah masa nak tunjukkan ketaatsetiaan YB-YB sekalian kepada MB Mat Said. Jangan lagi timbulkan soal menentang dan menderhaka. Jangan lagi ada isu-isu undi tak percaya dan sebagainya yang menyerabutkan kepala MB Mat Said. Biar MB Mat Said lena tidurnya untuk menjawab soalan dengan aman dan damai dalam sidang DUN nantinya. Taklah bekeng dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya sebagai seorang MB.

Jadi wahai YB-YB UMNO/BN sekalian, janganlah membiarkan MB Mat Said 'terpaksa' menjual maruah kepada pimpinan parti lawan hanya kerana nak memastikan kuasa dan kedudukan terus kekal di tangannya. Andalah penyelamat dan penutup maruah yang telah terbogel oleh tindakan 'paksa' MB Mat Said itu.

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini”…usahkan projek, kawasan balak atau harta redok rakyat….. ‘game’ pun boleh dijual beli… dengan pimpinan parti lawan lagi tu!!!

Sabtu, Mac 13, 2010

YANG BERBOLOK ITU INDAH

Macam mana kita sebagai rakyat yang menyayangi pemimpin terutamanya MB kita merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, dengan sewenang-wenangnya menuduh MB Mat Said sengaja ‘membolokkan’ keadaan politik di Terengganu untuk mengukuhkan alasan supaya jawatan Pengerusi BPUNT diserahkan kembali kepada beliau secepat mungkin.

Itu semua kerja gila yang maha dengki akan kehebatan dan kejayaan MB Mat Said dalam mentadbir dan menguruskan pentadbiran negeri dan UMNO negeri. Tak ada kerja lain ke sampai menuduh MB Mat Said gitu?

Mana ada macam tu. MB Mat Said mana ada gila kuasa? Jawatan MB itu sendiri bukannya beliau hendak sangat. Beliau dipaksa untuk menerima. MB Mat Said kalau boleh hari ini juga nak lepaskan jawatan MB tu. Berapa kali dah beliau 'gi mari gi mari' jumpa pemimpin tertinggi nak serah jawatan MB tu, waima sampai ke luar negara pun MB Mat Said ‘hunggar’ pergi cari semata-mata nak serah jawatan MB. Tapi tak ada orang yang hendakkan jawatan tu.

Orang yang akan menggantikan MB Mat Said sebagai MB takut dan maha takut, kalau beliau mengambilalih jawatan MB daripada MB Mat Said, beliau gagal untuk mengekalkan status ‘MB terhebat abad ini’ yang sekarang rekodnya masih dipegang oleh MB Mat Said. Mana ada pemimpin lain yang hebat sebegitu.

Itu belum lagi mengambilkira segala macam pembangunan, kelelongan dan pembahagian harta pusaka serta harta redok rakyat yang licing moner dah tu. Kalau dikira semua itu, lagilah pening penggantinya nanti. Nak perintah dengan apa lagi? Nak cari pitis mas mana lagi?

Ning pula boo setakat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, tak ada benda satu pun. Tak jadi Pengerusi pun, jadi MB jugok. Hairan apa dengan jawatan Pengerusi BPUNT tu. MB Mat Said bukan MB UMNO. Dia kan MB istana.

MB Mat Said and the geng bukan sengaja buat kacau nak beritahu umum bahawa UMNO Terengganu berbolok. Bukan nak beritahu kepada pimpinan tertinggi UMNO, bahawa kalau beliau tidak pegang jawatan Pengerusi tu, UMNO Terengganu tak akan ‘sendek’, UMNO Terengganu akan kalah dalam PRU13 nanti. MB Mat Said and the gengnya tak ada apa-apa muslihat pun. Langsung tak ada. Itu semua adalah fitnah dan rekaan semata-mata.

Cuma kalau ada sikit-sikit tu, itu semua hanyalah kebetulan. Dan kalau kebetulan itu dipercayai, maka bak kata pepatah Melayu dulu-dulu, “tak cukup nyiru, kawasan balak MB Mat Said tadahkan”.

Yakinlah bahawa MB Mat Said bukan orangnya yang gilakan kuasa dan bukan orang yang derhaka. Kalau pimpinan tertinggi ‘memaksa’ MB Mat Said menerima jawatan Pengerusi itu, MB Mat Said tidak akan derhaka. Beliau dengan senyum lebarnya akan menerimanya tanpa syarat dan dengan penuh kebanggaan. Bukan beliau yang hendakkan, tetapi beliau dipaksa. Dan nanti, dalam perhimpunan agung UMNO tahun 2010 ini, suruhlah Dr Jepun in bracket bercakap pula tentang MB Mat Said dipaksa menerima jawatan sebagai Pengerusi BPUNT tu, bukannya beliau (MB Mat Said) nak sangat jawatan itu.

Yang menyatakan DSHH adalah orang luar yang tidak boleh diterima oleh orang UMNO Terengganu selaku Pengerusi, yang menyatakan semua wakil rakyat termasuk wakil rakyat PAS tidak berdiri teguh di belakang MB Mat Said kecuali hanya tinggal tiga empat orang sahaja wakil rakyat yang menerima kepimpinan MB Mat Said, yang menyatakan MB Mat Said tidak boleh menyelesaikan masalah perlantikan Pengerusi Penyelaras DUN-DUN, serta segala macam perkara yang melibatkan UMNO, itu semua adalah rekaan dan retorik musuh-musuh MB Mat Said untuk menghalang MB Mat Said daripada dilantik semula sebagai Pengerusi BPUNT.

Maka sewajarnya MB Mat Said dianugerahkan semula jawatan Pengerusi BPUNT seberapa segera yang mungkin dalam usaha untuk melihat wakil-wakil rakiyat UMNO dan BN Terengganu akan kembali ke tempat duduk pembangkang selepas PRU13 nantinya.

Yang paling tidak tergamak kita melihatnya, tidak ada lagi kerusi pembangkang (UMNO/BN sebagai pembangkang) dalam DUN Terengganu selepas PRU13 nanti, kecuali atas namanya sahaja sebagai pembangkang, sekiranya MB Mat Said tidak dilantik semula ke jawatan itu.

Justeru wajarlah MB Mat Said dilantik semula kerana yang berbolok itu indah bukannya yang indah itu berbolok. Kita semua tahu, MB Mat Said and the geng sukakan yang berbolok. Bagi mereka, berbolok itulah indahnya, bukannya indah itu yang berbolok.

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Dan tidak pelik kiranya MB Mat Said dianugerahkan semula jawatan Pengerusi BPUNT, selepas PRU13 nanti kerusi DUN Terengganu akan disapu bersih oleh PAS/PR seperti sapu bersihnya kawasan-kawasan balak di Terengganu sekarang.

Selasa, Mac 09, 2010

YANG NAK KETAWA TAPI JANGAN KETAWA!!!

Tatkala angin perubahan disegarkan semula, Ahmad memperlihatkan dirinya sebagai “perniagaan seperti biasa.” Selepas pulang dari luar negara di tengah-tengah pergolakan politik, beliau mengumumkan bahawa bintang filem Bollywood, yang suara serak basah, Ranee Mukherjee dan beberapa selebriti India akan datang ke Terengganu pada Mei ini untuk penggambaran filem percintaan.

Lebih menarik lagi, beliau memaklumkan telah berjumpa dengan pengeluar filem tersebut, malah sudah membaca skripnya. Apakah daripada skrip filem Hindustan itu beliau dapat mempelajari sesuatu yang penting sebagai pedoman?

(Petikan rencana “Politik Terengganu bergolak semula?” oleh Amirul Dzulkifli - Sinar Harian, 9 Mac 2010)

Tolong jangan ketawa… Apa lagi berdekah-dekah. Tahanlah kedekah-dekahan anda itu semampunya. Kalaupun tak tertahan sangat nak ketawa berdekah-dekah, tolong jangan ketawa di hadapan orang ramai atau jangan ketawa sampai tergolek-golek seperti seorang sahabat mentertawakan rakannya yang lain kerana menyanyikan (sebenarnya 'membaca') lagu ‘Abang Beca’. Kalau masih tidak tertahan, ketawalah dalam jamban lima bintang MBKT.

Kerana perkara ini bukan bahan mainan untuk ditertawakan. Ini adalah perkara serius yang menggambarkan betapa pemikiran dan pemodenan yang ditonjolkan oleh MB Mat Said sudah jauh menjangkau ke taraf dunia antarabangsa. KM Melaka menganugerahkan ‘Datuk’ kepada Shah Rukh Khan itu tidak hebat dan masih dilabelkan bertaraf kekampungan. Ini nak bikin ‘filim’. Ulang, FILIM, ulang, FILIM, ulang, FILIM, bukan Filem… Nak bikin filim sudah diiktiraf sebagai pemikiran bertaraf dunia. Wooww…

Lebih bertaraf dunia pemikiran MBku ini ialah kenyataannya “sudah membaca skripnya”. Wooww… skrip dalam bahasa apa? Filim hindi mestilah dalam bahasa Hindi.. Dalam bahasa internasional ‘bollywood’ daaa… Nah, ternyata MB Mat Said hebat orangnya. Membaca laporan runtuhnya bumbung stadium terpaksa ‘mengeja’, membaca skrip dalam bahasa Hindi, ‘kacang’ jeee… Itulah MB mithali, MB terhebat abad ini!!!

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…” Dan tidak pelik kiranya Ranee Mukherjee nantinya akan dianugerahkan projek RMM secara 'direct nego' atau setidak-tidaknya tiga empat lori yang penuh dengan balak yang masih berbaki itu….

Tolong JANGAN KETAWA… Kah3.... kah3…..kah3….kah3…

YANG DIKECUALIKAN

Dalam usaha menjaga teman-teman dan kuncu-kuncunya, sambil sesekali membeli pengaruh untuk mengekalkan kuasa, MB Mat Said dengan berjaya dan bagusnya menjadikan projek Rumah Mampu Milik (RMM) sebagai ‘mangsa’ terkini dan terbaru.

Posting ini dirasakan tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebarnya. Cuma yang penting dan kalau pembaca atau sesiapa sahaja yang merasakan mereka tidak ada kerja lain, bolehlah sambil-sambil bersembang mencungkil rahsia tiga perkara (tak banyak – tiga sahaja) berikut :-

a) Siapa di belakang projek RMM atau di sebalik nama syarikat yang ‘dianugerahkan’ projek-projek berkenaan?

b) Apakah syarikat yang ‘dianugerahkan’ projek berkenaan berkemampuan atau hanya sekadar syarikat RM2 sudah bisa mengurus?

c) Apakah nilai yang dianugerahkan itu adalah nilai yang sepadan dan sebenar atau nilai yang sudah dikurang atau ‘tambah sikit-sikit’ SAHAJA?

Kerana, semua projek RMM yang disenaraikan ini, dikatakan telah dikecualikan daripada tender atau dalam bahasa kontraknya projek bertaraf runding terus (direct nego). Wooww hebat, projek juta juta juta juta oooo…. takkkk payah tenderrrr….

1) RMM Batu Hampar Belara kepada Syarikat XXXX Sepakat SB bernilai RM39.8 juta SAHAJA.

2) RMM Banggol Tuan Muda, Manir kepada Syarikat XXX XXX Engineering bernilai 27.8 juta SAHAJA.

3) RMM Kampung Batin Seberang Takir kepada XXX Ventures SB bernilai RM101.8 juta SAHAJA.

4) RMM Sungai Tong Setiu kepada Syarikat XXXXXXX Land SB bernilai RM11.5 juta SAHAJA.

5) RMM Beril Kuala Paka kepada Syarikat XXX Structure SB bernilai RM28.5 juta SAHAJA.

6) RMM Sungai Bajar Kuala Berang kepada Syarikat XXXXX Permata SB bernilai RM12.5 juta SAHAJA.

7) RMM Perasing Jaya Hulu Jabor Kemaman kepada XXXXX Engineering & Services SB bernilai RM40.1 juta SAHAJA.

8) RMM Kampung Batu 7 Dungun kepada JXXX XXXXXX Trading SB bernilai RM53.5 juta SAHAJA.

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…semuanya biasa SAHAJA”…

Ahad, Februari 07, 2010

YANG MENGEJA

Kira-kira lebih sebulan yang lalu, ketika umum telah dimaklumkan berhubung dengan siapnya kertas laporan tragedi runtuhnya bumbung tempat duduk utama Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, MB Mat Said selayaknya boleh bermain selamat untuk tidak mendedahkan isi kandungan laporan berkenaan. Seperti biasa MB Mat Said memberikan alasan yang maha munasabah untuk tidak mendedahkannya.

Termasuk yang terbaru, penangguhan untuk tidak mendedahkan lagi kandungan laporan berkenaan oleh MB Mat Said masuk kali ketiga atau mungkin keempat ataupun kelima dan keenam. Janji dan tangguh lagi. Sudah banyak kali. Acap kali yang tidakpun dirasakan pelik. Kerana tiada yang pelik pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini.

Memang betul sebab menyediakan laporan lebih susah dan lebih rumit serta kritikal daripada membina stadium atau bangunan itu sendiri. Kalau membina bangunan boleh siap dalam tempoh setahun atau setahun setengah, menyediakan laporan perlu juga tempoh yang hampir sama atau lebih lama lagi. Maklumlah, bukan mudah nak menyembunyikan nama-nama yang terlibat dengan penyelewengan.

Itulah bagus dan berhemahnya MBku ini. Bercakap sudah tidak membur dan bahang rambang lagi. Sudah ada batasan dan keberhati-hatian. Manalah tahu, kot-kot tersilap cakap lagi, terkeluar alasan yang melibatkan istana pula. Bagusnya lagi, MBku cuba sedaya mungkin untuk menyembunyikan dan menyelamatkan ‘kawan-kawan’ dan lawan-lawannya.

Tidak seperti mula-mula runtuhnya bumbung itu dulu, MB Mat Said and the gengnya seperti dihinggapi histeria, terlalu ghairah untuk mencari kesilapan yang seperti sudah pasti dilakukan oleh Derih Jusoh and the gengnya. Seperti tidak sabar-sabar untuk menunggu laporan dan terus ingin mendedahkan kepada umum bahawa runtuhnya bumbung stadium itu adalah angkara Derih Jusoh and the gengnya yang korupsi, yang menyeleweng dan memunahranahkan duit dan harta redok rakyat.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula beberapa orang lembu yang menuding jari kepada beberapa nama lain di kalangan the geng of Derih Jusoh's. Malah amat mengharukan, ada seorang lembu yang lain, sempat mendedahkan kepada umum perihal yang boleh diistilahkan sebagai sulit dan rahsia kerajaan. Tetapi dek kerana ghairahnya lembu itu, maka soal sulit mulit dan rahsia mahsia itu bukan lagi menjadi perkara besar baginya. Yang penting, nama Derih Jusoh and the geng mesti dikotori dan mesti dikaitkan sebagai punca utama runtuhnya bumbung stadium berkenaan.

Tapi kali ini MB Mat Said amat berhati-hati walaupun beliau mengakui telahpun menerima laporan penuh punca, kelemahan dan segala macam yang berkaitan sehingga runtuhnya bumbung stadium berkenaan (berapa tebal, berapa muka dan berapa beratnya kertas laporan itu tidak pula dinyatakan).

Yang paling kelasnya jawapan MB Mat Said ialah apabila ada pihak media yang bertanya beliau, sama ada telah membaca atau belum laporan berkenaan. Kata beliau, sudah baca ‘sikit-sikit’. Maknanya kukuhlah alasan MB Mat Said untuk tidak lagi memberi kenyataan sebab baru baca sikit-sikit. Itu baru ada kelas. Kenyataan bertaraf dunia. Status MB berkelas dunia. Cara bagi alasan pun sudah menjelaskan betapa kelasnya MB yang kita semua sayangi ini.

Kenapa lambat? Kenapa masih tertangguh?

Apa punya wartawanlah yang selalu bertanya soal itu. Kan MB Mat Said sudah jelaskan bahawa beliau baru membaca sikit-sikit. Dan bila baca sikit-sikit, akan jadi lambatlah. Bila lambat tertangguh lagi. Kerana sikit-sikitlah yang lambat. Lambat dan sikit-sikit mungkin kerana laporan itu ditulis dalam bahasa Inggeris (bahasa yang kacang bagi MB Mat Said) atau dalam tulisan jawi. Lambat dan sikit-sikit mungkin kerana terpaksa mengeja. Jadi untuk apa nak desak-desak MB Mat Said kerana beliau terpaksa mengeja untuk menyelesaikan pembacaan laporan yang maha penting bagi dirinya itu.

Kalau tidak mengeja, masakan MB Mat Said masih nak sembunyikan kandungan laporan tu. Kalau diperhatikan daripada awal sebaik sahaja runtuhnya bumbung stadium dulu, seolah-olah tak payah ada laporan, semua dah tahu siapa terlibat dan sebab musababnya.

Terlibat Derih Jusoh and the geng. Sebabnya memunohkan harta redok rakyat. Musababnya runtuhlah bumbung. Dan lagi, seolah-olah apabila selesainya laporan disediakan dan tahu punca utama runtuhnya bumbung itu, tanpa banyak bercakap dan alasan, MB Mat Said terus sahaja ingin mendedahkan punca dan siapa yang bersalah. Siapa punya angkara dan siapa perlu bertanggungjawab. Dengan harapan yang tinggi, nama-nama seperti Derih Jusoh and the geng adalah nama-nama utama (wanted?) yang dibariskan dalam laporan berkenaan.

Tetapi kenapa pendedahan dalam laporan hasil siasatan itu belum didedahkan masih menjadi tanda tanya banyak orang. Sekali lagi diulangi, yang pasti, MB Mat Said belum habis membacanya atau sedang mengeja (ulang sedang mengeja. Ulang sedang mengeja...) Baru baca sikit-sikit. Baru mengeja-ngeja beberapa huruf yang sukar difahami dan sukar ditafsir. Jadi bersabarlah wahai rakyat jelata sekalian yang ada baik di bumi Darul Iman ini atau di luar bumi Darul Iman tetapi maha berminat untuk mengetahuinya.

Kita harap, selesai sahaja MB Mat Said mengeja laporan itu sepenuhnya, cepat-cepatlah mendedahkannya. Tak sabar-sabar rasanya nak mendengar bahawa nama Derih Jusoh and the gengnya dikaitkan sebagai punca runtuhnya bumbung stadium berkenaan. Tak sabar-sabar rasanya nak melihat mereka dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan besar memalukan negeri Terengganu dan UMNO keseluruhannya itu. Inilah masanya nak meruntuhkan pula karier politik Derih Jusoh and the gengnya. Kata Jebat, 'hutang darah dibayar darah, hutang runtuh dibalas runtuh'. Biar padam muka mereka. Korupsi, menghabiskan harta redok rakyat, memunohkan pitis mas rakyat. Tak pandai mentadbir negeri, tak pandai merancang pembangunan negeri.

Jauh bezanya dengan MB Mat Said yang bijak serba serbi. Jadi atas kebijaksanaan MB Mat Said itu, kita harap laporan itu disegerakan pendedahannya. Dan jangan lupa, nama Derih Jusoh and the geng mesti dikaitkan juga. Tak payahlah MB Mat Said nak sembunyikan atau ‘selamatkan’ kawan-kawan rapat beliau itu daripada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hukum dan kenakanlah tindakan sewajarnya. Baru rakyat berpuas hati berMBkan seorang MB yang telus, lurus, bejurus dan jerlus. Bukan macam MB sebelum-sebelumnya… Biar padam muka mereka… menghabiskan harta redok rakyat sahaja…

MB Mat Said jangan pedulikan apa orang nak kata. Siapa kata MB Mat Said jadi kelam kabut dan rasa bersalah dengan kenyataan beliau sebelum ini, setelah mendapati laporan siasatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Penyiasat memperakui bahawa runtuhnya bumbung berkenaan adalah berpunca daripada masalah reka bentuk, installation serta tidak ada kena mengena dengan proses prosedur kontrak.

Siapa kata MB Mat Said tak tahu macam mana nak jawab kepada wartawan sepertimana dijanjikan oleh beliau. Itu bukan soalnya.. Soalnya walau apapun sebabnya, mesti dikaitkan dengan Derih Jusoh and the geng… Mesti, mesti dan mesti. Dan sekarang, segalanya sudah berada di tangan MB Mat Said dan beliau perlu berpegang kepada slogan “kita boleh”…

Berpegang teguhlah kamu kepada kata-kata “tiada yang pelik dan mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said ini…”

Jumaat, Februari 05, 2010

YANG BAHALOL & YANG BODOFUL

Hamba sebagai hamba Tuhan yang daif lagi serba kekurangan ini sebenarnya tidak tahu ada manusia yang setaraf lembu tahap kebodohannya, sehinggalah hamba membaca posting blogger Tuan Ayob Mamat dalam blognya Penaku (di sini).

Hamba menjadi terfikir banyak kali untuk menulis posting ini kerana diri hamba tidak berniat untuk menyerang seseorang secara peribadi kecuali perkara yang dilakukan oleh seseorang itu ‘secara peribadinya’ menjejaskan imej sebagai pemimpin masyarakat ramai seperti di kampung hamba (kerana kita sanggup untuk menjadi pemimpin, maka kita wajar dan wajib menjadi teladan dan membimbing orang-orang yang dipimpin, bukan menjelaskan keegoan dan kesombongan, menunjuk-nunjuk kuasa, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya), juga yang merosakkan orang banyak dan memusnahkan kepentingan ramai serta memudaratkan kepentingan umum yang ada hubungan dengan kedudukan dan kekuasaan semasa mereka. Jugalah adanya kalaulah seseorang itu secara amat terang dan nyata memperlihatkan kebodohan dan kesombongannya.

Dan hamba pun inginlah jelaskan sedikit sebelum kalam hamba dipanjangi yakni berhubung perihal ini yang perlu kita fahami maknanya dengan sebenar-benarnya. Mohon sangat-sangatlah wahai sekalian makhluk Tuhan, agar tidak disalahtafsirkan maknanya oleh tuan-tuan hamba yang bijaksana lagi bestari itu.

Jadi akan kerana itulah dan juga kerana hamba menyahut seruan orang kampung hamba agar “tulislah walaupun secuit, kerana Tuan Ayob menyebut nama tuan hamba, bukan kerana yang lain. Yang lain pedulikan aje…” (orang kampung hamba kadang-kadang berkeceknya pekat loghat keindonesiaan. Kadang-kadang tu pulak bertukar, sesekali loghat Terengganu, sesekali loghat Kelantan. Kerana orang kampung hamba nin, bukan calang-calang orang. Ada yang pernah dapat Anugerah Kajai pun).

Tanpa membuang masa, mari tuan-tuan hamba, kita kembali membelek tulisan Tuan Ayob Mamat dalam blognya itu. Dalam hal apa yang ‘dicotengkan’ oleh Tuan Ayob itu, hamba amat-amat bersetuju dan bersependapat dengan Tuan Ayob tentang ‘status’ penulis yang menyembunyikan identiti dan menghentam seseorang dengan menggunakan nama umum atau nama samaran begitu (kalau di kampung hamba dipanggil ‘nama tuchut’. Tanyalah orang kampung hamba apa maknanya, pasti mereka segera menjawab ‘tuchut’ tu bermakna 'batu kecut'. Masya-Allah, orang kampung hamba nin, ada mulut yang tak sensor langsung).

Pun demikian, hamba bersetuju dan bersependapat dengan Tuan Ayob bukan kerana Tuan Ayob seperti membela (sebut betul-betul – jangan bertukar pula antara e pepet dan e taling) hamba, tetapi memang begitu pendirian hamba dan pemikiran hamba, dari dulu-dulu lagi. Mungkin semenjak dilahirkan.

Kalau di zaman nenek moyang hamba dan di negeri hamba yang kemunduran ini, orang seperti yang dimaksudkan oleh Tuan Ayob itu bukan sahaja setakat apa yang disebutkan oleh Tuan Ayob sebagai ‘kebodohan, ketongongan dan kecetekan akal’, tetapi mereka seperti ini lebih layak dilabelkan sebagai orang bacul, dayus dan kalau dia seorang lelaki, lelaki yang tidak ada batu (kerana kecut?) atau kalau perempuan munasabah sangatlah. Malahan orang seperti ini turut diberi gelar orang yang maha bahalol dan maha bodoful (istilah orang kampung hamba lagi tu – singkatan daripada ‘maha bodoh sepenuhnya’ – bodohfull – berkecek manggris pulok dah orang kampung hamba nin).

Dan lebih dahsyat lagi, orang-orang kampung hamba turut memposterkan (lebih daripada labellah tu maknanya), mereka ini bukan daripada jenis manusia, kerana kata orang-orang kampung hamba lagi, kalau dia itu manusia, sewajarnya dia menghargai jasa ayah dan ibunya yang bersusah payah memikirkan untuk menamakan dirinya. Puas orang tua tu bergaduh dan membelek kitab-kitab nak mencari nama. Tuk.. tuk... tak dipakainya nama yang diberi. Kesihan orang tua beliau. Kalaulah mereka tahu, amatlah berasa hatinya orang tua tu ya?

Kalau dia menghargai, sudah tentu beliau mempunyai dan menggunakan namanya, waima dia anak luar nikah sekalipun. Itu kata orang kampung hamba lagi. Dan itu juga yang dikatakan oleh P.Ramli Nujum Pak Belalang…. bukan hamba yang kata…

Hamba pun kadang-kadang terfikir – benar juga kata orang-orang kampung hamba itu. Amat tepat dan setaraf kalau sifat kebodohan, kesombongan, kedayusan serta kebahlolan si manusia yang dimaksudkan oleh Tuan Ayob ini disamatarafkan statusnya dengan binatang. Dan kalau mengikut ukuran yang diukur oleh orang-orang kampung hamba, si dia ini kalau ditimbang berat ringan dan sesuai tepatnya dengan sifat kebodohsombongan dan kebahlolbengongan seperti perlakuannya itu, binatang paling sesuai dan tepat adalah lembu.

Hal ini demikian kerana, mungkin orang di kampung hamba ramai yang mengembala lembu. Jadi lembu sahajalah yang mudah bagi mereka mengadudombakannya. Bukan kambing boer, bukan gajah, bukan beruk, bukan belalang, bukan ayam, bukan bukan bukan… Lembu sahaja. Sedap dan mudah disebut, di mana-mana dan bila-bila masa…

Pesan orang kampung hamba lagi, “Lu sama-samalah fikirkan sendiri bagaimana sifat dan sikap seekor lembu….” (Waduss… orang kampung hamba bercakap ‘lu gua lu gua’ pulak dah…)

Maaflah, hamba hanya mengetahui sedikit perihal yang ditulis oleh lembu ini melalui tulisan Tuan Ayob. Maafkan hamba kerana hamba tidak pernah berminat untuk membaca blog atau tulisan orang (?) seperti ini, apa lagi kalau tulisan itu adalah tulisan lembu. Nanti kalau hamba baca, orang kampung hamba akan memarahi hamba. Kata orang kampung hamba… “tulisan lembu pun tuan hamba baca?”

Jadinya, janganlah pula dimarah akan hamba dengan tulisan ini kerana hamba sendiri sebenarnya tidak pernah tahu dan tidak sekelumit pun berhasrat untuk mahu mengambil tahu siapa (lembu mana?) sebenarnya yang dimaksudkan oleh Tuan Ayob lewat tulisannya itu. Alaa... iklan TV pun banyak guna lembu, macam iklan susu tu... tak kan tukang buat iklan pun nak marah kot???

Akhirul kalam pesan orang kampung hamba…. Kalau sebenarnya itu memang lembu, biarlah ia terus menjadi lembu. Tetapi kalau sifatnya sahaja lembu, diharapkan pada ketika dunia sudah di penghujung ini, lembu itu dapat berubah menjadi manusia. Kalaupun tidak keseluruhan sifatnya, otaknya sahaja pun biarlah menjadi otak manusia. Kerana dengan otak manusia, walaupun tonggong dan bahalol, dia tetap namanya manusia. Cuma akan digelar orang - 'manusia tonggong dan bahalol' - namun dia tetap manusia.

Yang tak ingin didengar oleh orang kampung hamba… “base lembu tonggong dan bahalol… munasabahlah jadi lembu punggg…." Harap-harap janganlah begitu adanya. Amin….

Demikianlah adanya alkisah lembu yang tonggong dan bahalol itu….(Oppp!!! Maafkan hamba lembu, hamba tersalah panggil lagi…)

Khamis, Februari 04, 2010

YANG KEMARUK NAK JADI MB?

Heboh diperkatakan terdapat beberapa orang wakil rakyat di Terengganu sedang menyiapkan diri untuk menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan MB Mat Said. Sehingga ada dikatakan beberapa orang isteri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sudahpun menempah kain sutera dan menghias diri kononnya akan menjadi wanita pertama negeri Terengganu Darul Gondol ini.

Ish.. ish… ish…. Ini mesti kerja YB-YB cap ayam yang masih tak tekup batu dan tak dapat kawasan balak serta tak dapat projek rumah mampu milik atau projek-projek lain anugerah oleh MB Mat Said nin. Dalam bahasa yang lembut dan mudahnya - YB-YB yang masih tidak berjaya DIBELI oleh MB Mat Said dan YB-YB yang tak sempat dikelentong oleh MB Mat Said bahawa mereka ini ditolak oleh istana. Mereka memang tidak sedar kediri. Tak faham-faham, tak reti base.

Apa punya hal yang mereka galak gatal sangat nak jadi MB? Kang MB Mat Said tu sudah kelas gitu. Sudah hebat dan sudah tersohor seantero dunia sebagai MB terhebat abad ini? MB Mat Said bukan sebarangan orang. Jangan bercakap pasal pembangunan dan soal nasib rakyatlah. MB Mat Said tak main dan tak penting pasal itu semua. Yang penting kepada MB Mat Said ialah bagaimana nak menghabiskan harta redok negeri dan harta redok rakyat Terengganu. Bagaimana nak kayakan ‘and the geng’nya dan bagaimana nak kekalkan kuasanya. Yang lain tu, tidak penting, tidak mustahak, tidak menjadi kepentingan dan tidak termasuk dalam senarai ‘keutamaan' kepada dirinya.

Mana boleh nak ganti MB Mat Said. Kawasan balak betullah dah nak habis dibahagi tetapi ada lagi yang masih belum terjual. Wang royalti belum lagi diterima. Kawasan bijih besi, kawasan pertanian, kawasan lapang, belum lagi dipindahmilikkan. Kambing-kambing boer, lembu-lembu, beruk monyet dan gajah-gajah belum lagi dibeli. Pulau-pulau masih banyak lagi yang belum digadai. Baja-baja banyak lagi yang belum dijual. Saing rodong belum lagi jadi Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah GLC, belum lagi jadi SUK, belum lagi jadi Pegawai Kewangan, belum lagi lompat gred.

Lagi pun untuk apa kemaruk dan gila sangat nak jadi MB tu? Pitis mas tadok sekepeng dah. Hasil negeri licing moner dah. Kawasan balak jual kira lori saja, kalau adapun tinggal sejoker dua je lagi. Tu pun hak hujung-hujung, hak batang kurus-kurus dan hak yang belum sempat ditukar statusnya lagi. Yang lain, semuanya dah gondol belaka. Jadi nak tadbir apa lagi? Nak cari hasil negeri celah mana lagi?

Nak tebeng apa lagi? Janganlah jadi bodoh wahai YB-YB yang gila nak jadi MB tu. Jadi tak berapa cerdik seperti yang disebutkan oleh MB Mat Said lebih baik. Buat-buat bodoh lebih baik daripada buat-buat cerdik tapi memang comfirm bodoh. Tak kan itu pun tak reti lagi wahai YB-YB cap ayam… Tak kan yang itu pun nak kena MB Mat Said juga ajar.

Wahai YB-YB yang kemaruk nak jadi MB sekalian. Ini nak maklumkan (bukan mengajar atau menasihati tetapi sekadar ingin memaklumkan) :

Janganlah jadi seperti seorang lembu yang bodoh tonggong tu. Lembu gembalaan MB Mat Said ini bukan sahaja bodoh sombong tapi juga bahalol dan bla bla bla… Yalah lembu. Kerana apa dipanggil lembu, kerana memang dia lembu. Nak sebut nama pun memang spesis lembu jarang sekali tuannya berikan nama. Dah memang dia lembu, bodoh pun, memang lembu bodoh (lembu nin saya sendiri pun tak tahu yang mana satu. Cuma dimaklumkan, sesekali ada di Tingkat 16, sesekali ada di Tingkat Atas. Hebat lembu ni boleh naik turun lif dan naik turun tangga. Tapi seperti kata pepatah Melayu, ‘lembu mana (siapa) yang makan rumput, dialah yang terasa racun paraquatnya’…).

Yang geli hatinya, lembu ini seperti sengaja menonjolkan sifat kebodohlembuannya. Yalah, almaklum lembu. Namanya dah lembu. Tak boleh nak kata apalah. Kalau manusia atau orang tu, ada juga namanya. Mamat ke, Derih ke, Stopa ke, Semek ke, Mek Wok ke. Bermakna kalau apa-apa pun yang disebut oleh lembu ini, tak boleh nak kata apa lagi. Kalau dipertikaikan pun, dia memang dah comfirm bodoh (macam) lembu sebab dia lembu. Layak dan logiklah apa yang diperkatakannya.

Tetapi wahai YB-YB yang kemaruk kuasa, pedulikan apa yang lembu tu katakan. Jawatan MB bukannya jawatan yang tokki atau tok lembu itu tinggalkan. Bukan milik tokki atau tok dia. Bukan warisan nenek moyang dia. Mana ada jawatan MB peninggalan tok atau tokki lembu dalam dunia nin. Kalau DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin parti UMNO/BN tu sendiri pun tak boleh nak buat apa dengan MB Mat Said – maksudnya tak mampu untuk tentukan kedudukan MB Mat Said – memang maha tepat dan betullah tu. DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin sekalipun, memang sedar kediri. Mereka tak mampu dan tak layak, sebab jawatan MB tu bukannya peninggalan tok atau tokki mereka. Mereka hanya menjalankan amanah berdasarkan kedudukan yang dipertanggungjawabkan.

DS Najib atau DS Hishammuddin atau pemimpin lainnya hanya diberikan amanah untuk menjaga dan memimpin parti dan kerajaan. Mereka diberi amanah dan tanggungjawab. Mereka melaksanakan tugas mengikut kemampuan dan kuasa yang diamanahkan ahli parti dan rakyat. Sekali ahli berkehendakkan mereka menjadi pemimpin mereka, mereka sekali gus seperti diberi ‘kuasa’ untuk mewajarkan mereka menentukan kedudukan sesiapa berdasarkan kuasa-kuasa yang diamanahkan itu. Itu adalah prinsip dan aturan berparti, berkerajaan dan berkepimpinan.

Yang jelas, mereka tidak pernah menjadikan jawatan yang dimiliki mereka sebagai hak peribadi atau mewarisi peninggalan nenek moyang mereka, walaupun ayah dan keluarga mereka pernah menduduki jawatan yang disandang mereka sekarang. Mereka tidak pula jelas sedang berhempas pulas untuk menghabiskan harta redok rakyat dan negara. Kerana mereka tahu, mereka dikehendaki oleh rakyat untuk memimpin mereka. Dan walaupun yang melantik PM, TPM dan Menteri-menteri itu adalah istana, mereka tidak pula mendabik dada mengatakan mereka adalah PM, TPM atau Menteri istana.

Mereka sedar jawatan dan kuasa yang diberikan bukan jawatan warisan atau hak mereka atau hak tok dan tokki atau yang ayah mereka tinggalkan. Itulah bezanya seorang pemimpin yang boleh berfikir dan membezakan, berbanding dengan seorang lembu yang memang sah tahap pemikiran berkelembuannya.

Seperti yang Dr Jepun in bracket sebutkan di hadapan khalayak ramai dalam perhimpunan agung UMNO tahun lalu di PWTC, MB Mat Said DIPAKSA oleh istana untuk memegang jawatan MB Terengganu. Bukannya MB Mat Said yang gila dan kemaruk nak jadi MB. Dia dipaksa. Kalau tidak menerimanya, dia akan dilabelkan sebagai penderhaka. Kesihan MB Mat Said. Beliau bukan orangnya yang derhaka. Beliau bukan si-Tanggang anak derhaka atau si-Jebat derhaka. Bermakna bukan salah MB Mat Said. MB Mat Saidlah yang betul. Kerana itu, MB Mat Said berhak untuk menjaja dan menjualnya. Dengan status MB istana itulah, MB Mat Said selamat dan boleh bermahaistanarela (bermaharajalela?).

Itulah amalan MB Mat Said. Dah memaksa sangat dia jadi MB. Lantak ajelah. Itukan amanah dan tanggungjawab. MB Mat Said telah sedaya upaya menjalankan amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. MB Mat Said sudah berjaya menunaikan amanah supaya menjual harta redok rakyat dan menyempurnakan tanggungjawab menggadai harta redok negeri. Jadi, untuk apa lagi perlu tukarkan MB?

Aduhai YB-YB sekalian,

Akuilah bahawa menjaja dan menjual nama istana oleh MB Mat Said sebegitu adalah tindakan yang maha wajar, kerana tindakan itu boleh menghalalkan cara, sekali gus beliau and the gengnya boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan pucuk pimpinan parti atau sesiapa sahaja, apa lagi rakyat yang tak punyai apa-apa kuasa dan tak tahu apa-apa itu - semata-mata kerana dia adalah MB istana.

Jadi YB-YB cap ayam sekalian,

Janganlah berangan-angan nak jadi MB, walaupun anda semua ‘layak’ untuk menjadi MB. Layak dalam erti kata, seseorang MB perlu dilantik di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat. Pedulikanlah kelayakan itu selagi MB Mat Said masih ada. Kelayakan dengan ‘status YB’ itu sahaja yang ahli-ahli YB semua boleh tayangkan, sedangkan dari segi idea, pemikiran, gerak kerja, perancangan, visi dan misi serta segala macam keperluan lain selayaknya sebagai seorang MB, YB-YB semua jauh ketinggalan berbanding kemampuan dan hebatnya MB Mat Said. Jauh seperti planet pluto dengan bumi.

MB Mat Said maha mesra rakyat. Mana ada MB sebelum ini yang semesra rakyat semacam MB Mat Said. Mana ada MB sebelum ini yang boleh singgah di gerai-gerai makan kecil untuk makan bersama rakyat, walaupun sekejap sambil-sambil nak melawat kawasan lombong atau kawasan hutannya. Rakyat mana yang tidak ‘gumbira’ apabila seorang MB sanggup mencemar diri makan di warung-warung kecil tepi jalan. Rakyat (walaupun di kampung) semuanya sudah cerdik dan tak mudah ditipu dan dikaburi mata mereka. MB Mat Said ternyata telah berjaya mengelak daripada menipu dan mengaburi mata rakyat. MB Mat Said orang yang jujur dan ikhlas dalam segala hal.

Dah tu, masih tak puas hati dengan MB Mat Said. Sehingga sebegitu pengorbanan yang ditunjukkan oleh MB Mat Said, masih ada yang masih tidak puas hati? Entahlah… Nampaknya kena beli dan sedekah lembu serta air zam-zam dan kurma banyak lagi kepada mereka yang terus-terusan tidak puas hati ini. Insya-Allah, dengan meminum air zam-zam dan makan kurma bergambar MB Mat Said, harap-harap sejuklah sikit hati mereka.

Percaya dan yakinlah, tidak ada di kalangan YB-YB yang ada sekarang boleh setanding, sehebat dan selayak MB Mat Said. Sebutlah siapa MB dalam dunia ini, seorang pun tak boleh setaraf MB Mat Said. Cukup dengan MB Mat Said menyebut kun fayakun sahaja, semuanya sudah ternganga, tak ada lagi orang yang boleh melawan kehebatan beliau.

Wahai YB-YB cap ayam….

Kalaupun MB Mat Said duduk sahaja di kerusi MBnya atau ‘katakanlah’ (katakan sahaja, bukan betul. Maaflah kalau perkataan tu tak sesuai atau sensitif digunakan), MB Mat Said nak menderhaka dan tak mahu jadi MB, pun YB-YB yang ada masih tidak layak dan tidak boleh untuk menjadi MB. Kerana sudah ada yang berlagak dan perasan yang dialah sebenarnya MB, bukan MB Mat Said. MB Mat Said pada mereka boneka sahaja. MB Mat Said kena getel kepala sahaja. MB Mat Said hanya pada nama sahaja, kuasa dan keputusan di tangan orang lain.

Itulah dikatakan bagusnya MB Mat Said. Beliau telah ‘menurunkan’ kuasa-kuasa kepada mereka ini dan hasilnya tunjuk lagak mereka sudah jelas melampaui tugas dan kuasa MB Mat Said sendiri. Satu penghasilan yang maha cemerlang dan terbilang lagi tembelang.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang memelikkan dan mengajaibkan kerana di zaman MB Mat Said tidak ada yang pelik, ajaib atau mustahil. Semuanya OK dan KO belaka. MB Mat Said bukannya tidak sedar, malah amat sedar dan amat tahu. Lembu itu pun rasanya amat tahu walaupun bodoh macam lembu. Tahu bahawa adanya orang @ manusia yang memang tak layak menjadi MB tetapi sudah berlagak lebih daripada seorang MB.

Jadi wahai YB-YB yang kemaruk sekalian,

Lupakanlah sahaja hasrat YB-YB untuk menjadi MB kalau betul YB berhasratnya begitu. Sudah pasti YB-YB semua tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negeri Terengganu Darul Gondol ini. Perkara utama yang YB-YB gagal untuk menuruti cara dan pendekatan kecemerlangan kepimpinan MB Mat Said ialah YB-YB tidak mampu dan tidak tergamak untuk menggadai dan menghabiskan harta redok rakyat dan negeri. Itulah yang menghalang YB-YB untuk menjadi MB. Rasa tergamak dan teringin itu adalah maruah terbesar dan aset penting yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi MB Terengganu Darul Gondol ini. Kalau tidak ada itu, lupakan sahaja hasrat menggunung itu. Beritahu isteri YB supaya sedekahkanlah kain sutera itu untuk rakyat kawasan YB.

Lupakan sahaja kegilaan dan kekemarukan YB-YB untuk menjadi MB itu. Berilah kerjasama dan sokongan penuh kepada kepimpinan MB Mat Said untuk memudahkan tugas beliau menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menggadai dan menjual negeri Terengganu ini. Menggadai dan menjual harta redok negeri dan rakyat Terengganu. Seterusnya menggadai maruah warga negeri yang menghormati dan menjunjung tinggi institusi istana yang berdaulat dan terpuji itu.
Related Posts with Thumbnails