yang semasa

Selasa, Ogos 31, 2010

YANG DIJER... KAH...KAH...KAH

Kebetulan Isnin lalu semasa JAM pulang ke Dungun untuk menziarahi kematian sahabat, sebelah malamnya beberapa teman mengajak minum-minum di Dataran Sura Gate (nama yang diberikan oleh orang Dungun). Kebetulan juga pada malam berkenaan telah diadakan program Sambutan Ambang Merdeka peringkat Daerah Dungun di Dataran berkenaan.

Program Ambang Merdeka yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Dungun berkenaan telah dianjurkan (menurut Pegawai APMT Parlimen Dungun) setelah diarahkan oleh MB supaya dilaksanakan di semua kawasan Parlimen secara serentak.

Menariknya sambutan Ambang Merdeka peringkat Parlimen Dungun berkenaan telah TIDAK dihadiri oleh seorang pun wakil rakyat dalam Parlimen berkenaan. Ke mana Ahli Parlimennya, ADUN Rantau Abangnya, ADUN Pakanya dan ADUN Bukit Besinya, turut menjadi pertanyaan beberapa teman yang berada sama dalam majlis berkenaan. Hendak menanti kehadiran dan turut sama ADUN Sura daripada PAS, agak kurang munasabah. Kerana itu, tidak perlu dipersoalkan.

Lebih menarik, yang berucap pada malam itu termasuklah Pegawai APMT Parlimen Dungun, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Dungun dan Pegawai Daerah Dungun. Yalah inikan program Kerajaan, mestilah melibatkan YDP dan Pegawai Daerah. Yang lebih menariknya lagi, perasmian Malam Ambang Merdeka Parlimen Dungun disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ (Dr) Rosli Mat Hassan (Dr Jepun in bracket) atas kapasitinya sebagai Pengerusi BN Parlimen Dungun. Kalau nak dikaitkan dengan YDP dan Pegawai Daerah sebagai program Kerajaan, hissss!!! sudah kacau bro…

Tiada siapa menafikan Ambang Merdeka perlu DIKAITRAPATKAN dengan politik, justeru Dr Jepun in bracket adalah orang yang paling sesuai dan tepat untuk menyempurnakan malam berkenaan. Bolehlah ditaklikkan kehadiran dan penyempurnaan Sambutan Ambang Merdeka oleh Dr Jepun in bracket itu adalah dengan arahan dan mewakili MB Mat Said (kena faham betul-betul…. wakil Menteri Besar bukan wakil Mat Said).

Apabila melalui situasi begini, saya secara pantulan teringat kata teman-teman wartawan yang sempat menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan oleh Dr Jepun in bracket di ‘hotel milik beliau’ – Hotel Primula seminggu yang lalu. Selepas sesi berbuka dan ramai hadirin sudah pulang, tinggalkan beberapa kerat teman wartawan yang masih sudi mendengar ‘tazkirah’ Dr Jepun in bracket tentang isu-isu semasa terutama politik negeri. (Almaklum Dr... bukan sahaja boleh berpidato dengan baik malah bertazkirah dengan baik juga).

Antara intipati penting tazkirah Dr Jepun in bracket ialah perlunya UMNO Terengganu dikembalikan jawatan Pengerusi Perhubungannya kepada MB Mat Said. Tegas Dr Jepun in bracket, sekiranya MAHUKAN UMNO TERENGGANU KUAT dan MEMASTIKAN UMNO TERENGGANU MENANG DALAM PRU KE-13 nanti, jawatan Pengerusi BPUNT perlu dikembalikan kepada MB Mat Said. Kata Dr Jepun in bracket lagi, Terengganu bukan negeri UMNO/BN kalah seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor.

Sifir mana yang Dr Jepun in bracket gunakan, entahlah. Cuma yang jelas, marilah kita fikirkan apakah perlunya Pengerusi BPUNT itu diserahkan kepada MB Mat Said dan apa pula rasionalnya sehingga hanya MB Mat Said sahaja yang wajar diberikan jawatan itu (dan bukan Dr Jepun in bracket sendiri misalnya).

1. MB Mat Said sudah diuji untuk menerajui BPUNT selama lebih setahun. Dalam tempoh beliau mempengerusikan BPUNT itu, satu ujian paling besar dan gagal dibuktikan tahap kepemimpinan dan kemampuan beliau selaku Pengerusi BPUNT ialah gagalnya BN mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu. Tolong jangan salahkan calon atau salahkan orang lain yang mungkin tidak buat kerja dan sebagainya. Isunya, MB Mat Said adalah Pengerusi BPUNT ketika itu dan Dr Jepun in bracket adalah Setiausaha BPUNT. Isunya, BN masih menjadi parti pemerintah Kerajaan Negeri Terengganu pada ketika itu dan isunya MB Mat Said adalah ‘Menteri Besar yang sah’ pada ketika itu.

2. Sedang dalam masa yang sama, jentera BN di peringkat Parlimen Kuala Terengganu sudah dikira cukup kuat dan berwibawa. Bendahari dan Ketua Penerangan BPUNT ketika itu datangnya dari Bahagian Kuala Terengganu, malah mereka berdua pernah menjadi wakil rakyat Parlimen dan DUN dalam Bahagian Kuala Terengganu. Setiausaha MCA Pusat ketika itu adalah datangnya daripada Bahagian Kuala Terengganu. Beberapa Senator termasuk Ketua Puteri UMNO Negeri, datangnya juga daripada Bahagian Kuala Terengganu. Ketua Pemuda UMNO Negeri juga orang Kuala Terengganu. Pengerusi MCA Negeri, juga orang Kuala Terengganu. Calon BN sendiri adalah bekas Senator dan Timbalan Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Sudah cukup dikatakan segalanya ada dalam Kuala Terengganu untuk menelan keghairahan PAS ketika itu. Kalau disifirkan secara logiknya, MB Mat Said hanya sekadar memberikan sedikit suntikan untuk memastikan Parlimen Kuala Terengganu tidak terlepas begitu sahaja ke tangan PAS. MB Mat Said sebagai Pengerusi BPUNT tidak perlu memikul bendera atau menaikkan poster calon. Sebagai Pengerusi BPUNT, beliau sepatutnya tahu tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diserahkan ke atas batu jemalanya. Tetapi kenapa kalah juga?

3. Sepanjang lebih setahun MB Mat Said sebagai Pengerusi BPUNT, beliau gagal menyelesaikan isu kem Derih Jusoh dan Kem Mat Said, malahan keadaannya semakin parah dan membarah sehinggalah ke saat dan ketika ini. Sekali gus secara tidak langsung, tiada apa-apa pembaharuan dan kemajuan dalam UMNO itu sendiri ketika itu. Program yang dijalankan hanyalah melaksanakan program yang dirancang oleh UMNO Pusat. UMNO Terengganu menjadi kucar kacir malah berpecah belah menjadi beberapa kem lagi. Semuanya rosak bahana MB Mat Said sebagai Pengerusi dan Dr Jepun in bracket sebagai Setiausahanya.

4. Apa yang pelahap sangat dengan jawatan Pengerusi BPUNT kalau dengan jawatan MB sudah cukup untuk MB Mat Said membuat pelbagai keputusan di bawah pentadbirannya, sehingga ada keputusan beliau bercanggah amat dengan keputusan kerajaan Pusat serta terlalu banyak amalan “melebongrakyatkan pembangunan dan pentadbiran”.

5. Di mana semangat dan perjuangan sebenar pemimpin UMNO terutama Dr Jepun in bracket yang dikatakan berjuang untuk parti tanpa mengira siapa sahaja pemimpinnya? Apa peranan Dr Jepun in bracket sebagai Ketua UMNO Bahagian kalau menjadikan alasan Pengerusi BPUNT orang luar sehingga tidak dapat mempertahankan kekuatan UMNO secara keseluruhannya?

6. Apakah hanya apabila MB Mat Said sebagai Pengerusi BPUNT, barulah Dr Jepun in bracket dan orang-orang UMNO lainnya boleh bekerja untuk memperkuatkan UMNO/BN Negeri dan bahagian-bahagian seterusnya memastikan kemenangan UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti?

7. Apakah kita yakin Dr Jepun in bracket tidak ada muslihat lain selain daripada alasan untuk mengukuhkan UMNO negeri hanya dengan menukar atau menyerahkan jawatan Pengerusi BPUNT kepada MB Mat Said sahaja, sedang dalam masa yang sama tiada rasional kukuh kenapa jawatan itu perlu diserahkan kepada MB Mat Said.

8. Apakah Dr Jepun in bracket mahu menafikan janji Presiden parti yang akan menyerahkan kembali jawatan Pengerusi BPUN (bagi semua negeri yang dipimpin oleh Timbalan dan Naib Presiden UMNO) setelah keadaan politik dalaman selesai dan stabil? Selesai dan stabilkah politik UMNO di Terengganu?

9. Apakah ada termaktub dalam Perlembagaan UMNO atau kesefahaman dalam BN tentang negeri yang UMNO/BN tidak kalah, jawatan Pengerusi BPUN mestilah disandang oleh Menteri Besar/pemimpin setempat, walaupun masalah dalaman parti amat membarah dan terlalu amat jauh untuk dapat diselesaikan oleh seorang MB - yang senantiasa bercanggah dengan pimpinan Pusat, yang tidak pernah mengiktiraf wujudnya seorang pemimpin utama parti yang lebih tinggi kedudukan dan perlu dihormati keputusannya, yang tidak pernah menginsafi bahawa dirinya orang UMNO, yang terus mendabik dada mengakui duduknya beliau pada kerusi MB sekarang adalah kerana dirinya yang amat dikehendaki oleh istana.

10. Ikhlaskah perjuangan Dr Jepun in bracket dan orang-orang yang sewaktu dengannya (termasuk MB Mat Said) kerana dan untuk parti pimpinan mereka? Apakah MB Mat Said atau Dr Jepun in bracket tidak boleh bekerja untuk parti walaupun tanpa jawatan? Ikhlaskah kebersamaan mereka dalam parti selama ini atau mereka bekerja dengan parti hanya untuk menjaga kepentingan demi mengekalkan kuasa dan kedudukan, atau untuk terus membuncitkan perut yang sedia buncit?

11. Apakah kerja buat dan ‘perjuangan kerana parti’ hanya boleh dilaksanakan apabila MB Mat Said menjadi Pengerusi BPUNT sahaja? Selama kita mengejar jawatan Ketua UMNO Bahagian atau apa sahaja jawatan parti dengan kesanggupan berbelanja sehingga jutaan RM itu, adakah hanya sekadar untuk menuntut jawatan Pengerusi BPUNT semata?

12. Apa yang penting sangatnya jawatan Pengerusi BPUNT itu kepada Dr Jepun in bracket atau kepada MB Mat Said sendiri?

13. Apakah apabila menjadi Pengerusi BPUNT, makanya kedudukan sebagai Menteri Besar semakin tidak boleh diganggu gugat lagi? Apa faedahnya selama ini menjaja ke hulu ke hilir bahawa kita adalah MB istana, MB pilihan Sultan, MB yang dikehendaki oleh istana?

Amat munasabahlah, kalau DS Hishamuddin Hussain sewaktu mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang terbaru, DSHH telah menjerkah.. kah..kah..kah..kah.. Dr Jepun in bracket yang feel perangainya membodek dan membodek itu.

Memalukan dan mengaibkan sekali apabila DSHH dengan selambanya memintas cakap Dr Jepun in bracket yang sedang cuba membodek DSHH lalu disuruh berhenti membodek sambil menempelak bahawa Dr Jepun in bracketlah antara orang yang mengusahakan dengan seriusnya agar beliau (DSHH) ditukar sebagai Pengerusi BPUNT.

Pun demikian, bagi Dr Jepun in bracket, walau apapun yang berlaku, masih dengan muka selamba yang telah menjadi amalan wajib beliau dan wajar dikekalkan keselambaannya - walaupun jerkahan itu kalau diumpamakan, lebih jijik dan busuk daripada lemparan najis oleh pedemontran Indonesia terhadap kedutaan Malaysia di Jakarta.

Amat munasabahlah kalau pun Dr Jepun in bracket diJER… KAH… KAH… KAH…KAH… KAH… KAH… (tolong baca sahaja jangan ketawa… jer… kah.. kah… kah… kah… kah…)…

Yang bagusnya Dr Jepun in bracket… walaupun di jer… kah… kah… kah… kah… begitu, beliau tidak sampai merajuk membawa diri masuk ke tandas station minyak Petronas dan melepaskan ‘kemaluannya’ dengan menghembuskan asap paip atau asap rokok… Beliau masih hormati bulan puasa… bulan ramadhan yang berkat walaupun dijer kah kah kah…

Kata seorang teman yang datang agak lewat ke majlis Ambang Merdeka itu.. Datangnya beliau (teman itu) ke tempat berkenaan bukanlah untuk bersama meraikan Ambang Merdeka bersama Pak Rosli (Dr Jepun in bracket)… tetapi adalah untuk melihat siapa orang-orang yang telah dikecek (ditipu?) oleh Pak Rosli…. Apa maksud dan makna di sebalik kata-kata itu, Wallahuaklam..

Yang pasti, saya tidak dikecek oleh Dr Jepun in bracket, tapi dikecek oleh beberapa teman yang mengajak saya minum-minum di situ… jerKAH3… jerKAH3… jerKAH3…. jerKAH3…

YANG PERGI MENDAHULUI KITA .... AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan Mohamad Abdullah @ Pie Gong Pasir (Mat Pie Kemas) yang kembali ke rahmatullah pada 30 Ogos 2010 setelah terlibat dalam kemalangan Sabtu sebelumnya (28 Ogos) di Alor Tuman, Kelulut, Marang Terengganu.

Mat Pie adalah teman sepermainan semenjak kecil yang kebetulan beliau adalah teman sekampung, teman dalam persatuan belia, teman dalam parti yang sehingga akhir hayatnya masih ‘beraliran sama’ dengan JAM. Pendek kata, arwah adalah teman segala teman. Kami seusia. Dan pemergiannya yang agak mengejutkan petang Isnin itu sedikit mengharukan JAM setelah sekian lama tidak bertemu dengan arwah.

Seingat JAM, kali terakhir arwah menelefon JAM ialah ketika UMNO Cawangan Gong Pasir diarahkan mengadakan persidangan semula setelah persidangan sebelumnya didapati tidak sah kerana tidak cukup korum. Kali terakhir bertemu dengan arwah pula ialah pada persidangan UMNO cawangan Gong Pasir yang tidak sah itu (persidangan cawangan tahun 2009).

Selepas itu, JAM tidak pernah kebetulan untuk berjumpa lagi dengan arwah dan arwah juga tidak pula menghubungi atau menelefon JAM. Sedang sebelumnya sekiranya ada apa-apa yang turut melibatkan JAM di kampung, beliaulah satu-satunya teman yang sering menelefon dan diajak berbincang. Sehingga persidangan cawangan 2010 dan kematian ayahdanya kira-kira tiga minggu sebelum kematian arwah (ayahdanya meninggal dunia pada 3 Ogos 2010), arwah tidak memaklumkan kepada JAM.

Begitulah arwah yang pada JAM amat berpegang teguh pada prinsip perjuangan yang agak ‘menentang arus’. Kerana sikap dan prinsip itu jugalah sebenarnya, ramai yang kurang senang dan ‘kurang suka’ dengan arwah. Namun yang pasti, arwah bukanlah orang yang boleh dijual beli maruahnya semudah seperti orang lain termasuklah seumpama bekas Ketua UMNO Cawangan di kampung kami yang walaupun berstatus 'ustaz’ dan ‘imam’ tetapi masih longgar iman politiknya dan goyah pegangannya sehingga terpaksa memungkiri keputusan mesyuarat.

Pada JAM, arwahlah satu-satunya teman yang sehingga akhir hayatnya tetap kekal dan teguh prinsipnya - tidak pernah berubah dan tidak pernah goyah, walaupun disogok, diacah dan digertak oleh sesiapa sahaja. Dan yang pasti dan melucukan, kami sebenarnya, sama ada secara sedar atau sebaliknya, senantiasa berada dalam kelompok ‘orang-orang yang kalah’ walaupun ada kalanya dalam pertandingan, pemimpin atau kumpulan sokongan kami terus menang.

Alhamdulillah, semenjak berita kematiannya tersebar petang Isnin itu sehinggalah kepada pengebumian pada malamnya selepas solat tarawih, ramai sekali teman-teman arwah berkunjung mengziarahi jenazah arwah dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Yang mengenali arwah tetapi tidak hadir mungkin mereka berhalangan dan diharapkan bukan kerana pertentangan prinsip perjuangan dengan arwah menyebabkan mereka tidak hadir.

Sekali lagi al-Fatihah buat arwah dan semoga roh arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman dan senantiasa dikurniai rahmat Allah Azzawajalla hendaknya. Amin..

Ahad, Ogos 01, 2010

YANG SEMINGGU SEKALI ATAU YANG HARI-HARI?

Mula-mula mari baca sms ini :

Kemenangan Rasulullah SAW dalam Perang Badar dengan hanya bala tentera Muslimin seramai 313 orang menghadapi musyrikin Quraysh seramai 1000 orang bukan sahaja kerana kesabaran dan keberanian tentera Islam tapi kerana perjuangan yang ikhlas dan diberkati Allah. Namun dalam UMNO Terengganu kini perjuangan yang ikhlas dan benar digambarkan sebagai tindakan syaitan tapi tindakan syaitan digambarkan sebagai tindakan malaikat. Mungkinkah ini petandanya UMNO akan rebah tersungkur dalam PRU akan datang? Tiada lagi keberkatan dan inayah dalam UMNO yang hanya meletakkan kepalsuan dalam perjuangan.

Kemudian mari pula baca sms ini :

Parok Md Said gomol Adun2 yang gi jumpe PM baru2 ni. Dia kata termasuk Adun dari Kemaman gi jumpe Najib nak buang dia. Ucapan dia sepenuhnya hanya gomol Adun saja. Memang dia rasa dia boleh bergantung dengan Raja lagi dan Najib tak berani tukar...!!!

Kemudian baca lagi sms ini :

Mad Said kata ADUN-ADUN yang tidak sukakan dia, seminggu sekali kerja mereka adalah ke sana ke mari berusaha untuk menjatuhkan beliau.

JAM : Maaf boss... RALAT : bukan seminggu sekali, tapi tiap-tiap hari.... kah3 kah3 kah3.... Gomol jangan tak gomol bosss.... kah3 kah3 kah3...

YANG BIJAKSANA & YANG BODOHSINI

Siapa kata MB Mat Said tidak bijaksana dalam usaha menangani masalah rakyat jelatanya? Kerana berita di bawah inilah, makanya MB Mat Said mengambil pendekatan membelanjakan jutaan ringgit untuk ‘mengubigadongkan rakyat’ dan ‘merakyatkan ubi gadong’ seperti cerita sebelumnya dalam “YANG TIDAK SELESAI MASA KECIK?”.

Yang bodohsininya ialah orang-orang yang mempertikaikan perlakuan dan tindakan MB Mat Said itu. Yang bodohsininya orang yang meragui penemuan MB Mat Said bahawa ubi gadong boleh membesarkan payu dara, merangsang hormon seksual dan boleh mencegah kehamilan.

Yang bodohsininya lagi orang yang tidak pernah mahu mengakui bahawa dengan besarnya payu dara (buah dada laaa tu...), “komfirm” selera seksual automatik akan menjadi lemah. Apabila lemah makanlah ubi gadong untuk merangsang hormon seksual. Apabila hormon seks subur dan terangsang, makan lagi ubi gadong, barulah boleh cegah masalah ‘terhamil’.

Untuk jadi ‘terhamil’ nak buat macam mana ya? Kah3.... Itu kena tanya MB Mat Said.

Makanya, tak payahlah nak fikirkan atau bimbangkan soal kelahiran anak luar nikah atau apa-apa masalah sosial yang menjurus ke arah itu, semuanya boleh diselesaikan dengan ‘mengubigadongkan rakyat’.

JUMLAH KELAHIRAN ANAK TIDAK SAH TARAF DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN - Bernama

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun. Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.

Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. – Bernama

JAM : Kuah... kuah... kuah... Kah3... kah3....kah3... apa punya ‘rezat’ Exco ini. Ini nak kena jerkah oleh MB Mat Said ini. Lain kali tanya MB Mat Said dulu kalau nak buat program. MB Mat Said suruh buat program “kena sebelum ingat” bukan “ingat sebelum kena”. Barulah boleh makan ubi gadong. MB Mat Said suruh buat program ‘mengubigadongkan rakyat’ bukan ‘mengandungkan rakyat’.... kah3 kah3 kah3...
Related Posts with Thumbnails