yang semasa

Sabtu, November 13, 2010

YANG DIASUH MENIPU?

Awas !!!! Kepada anda yang mempunyai anak dan dihasratkan untuk terlibat dengan pelbagai program besar-besaran tujuan mencipta rekod dan membanggakan diri melalui publisiti dan pemasangan billboard besar-besar di seluruh negeri…

Berita di bawah menjelaskan situasi pada mana, pihak-pihak berkepentingan sanggup menipu untuk mencipta nama dan tujuan peribadi yang lain. Lebih malang dan amat mendukacitakan, anak-anak yang masih tidak tahu apa-apa berkaitan muslihat dan kepentingan diri sudah DIASUH UNTUK MENIPU (lihat gambar. Mereka sebenarnya nak ‘menyohor’ (berbangga) bahawa anak-anak khatam al-Quran melalui e-book, sedangkan sebenarnya e-book hanya hiasan semata).

Apalah nasib rakyat Terengganu. Anak-anak mula diasuh untuk menipu melalui pelbagai program termasuk yang melibatkan agama, dan melalui program melibatkan agama juga ada manusia yang sanggup memanjangkan kegiatan menipu semata-mata untuk kepentingan mereka. Alahai…..

Berita asal (diubahsuai daripada Buletinonline.net)

Menteri Besar Terengganu, dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod negara dan dunia, semata-mata inginkan tercatat dalam Malaysia Book of Records bagi menunjukkan bahawa, Menteri Besar sekarang boleh mengatasi Menteri Besar sebelum ini yang menjadi pemula kepada program berkhatam beramai-ramai ini.

(Maklumat ini didedahkan sendiri oleh para guru dan pelajar yang terlibat dengan majlis khatam al-Quran itu.)

Kali ini, MB Mat Said meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun lima sejak dua tahun lalu.

Sekali gus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Sedangkan, ibu bapa dan orang ramai yang menghadiri majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik. Ibu bapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian, sebaliknya pelajar terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap pelajar.

JAM : Kah3… kah3… kah3… Tiada yang pelik dan mustahil sebenarnya semasa pemerintahan MB Mat Said ini. Ditipu, menipu, tertipu dan segala macam yang berkaitan dan sewaktu dengannya sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup… Kalau pemimpin dan orang cerdik pandai dengan mudah ditipu, inikan pula budak-budak kecil. Yang bagusnya, mereka sanggup mendidik anak-anak supaya ‘menipu’ sejak mereka kecil lagi. Jadi, kalau anda terperasan selepas ini, salahkanlah diri sendiri, jangan salahkan MB Mat Said dan orang-orang yang terlibat.

Sepatutnya MB Mat Said turut sama ‘memperjuangkan’ agar perkara sebagaimana berita di bawah juga dimasukkan ke dalam Guiness Book atau Malaysia Book of Records…

Berita 1 : Rekod dunia dan negara kerana menjadi pengedar paling muda.

Remaja 15 tahun ditahan edar dadah – (BH)

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin.

Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.

Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu.

“Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu

Berita 2 : Rekod dunia dan negara yang masih tiada negeri atau negara berjaya memadamkannya… Peningkatan paling drastik dan ‘membanggakan’…

KES DADAH SERIUS DI TERENGGANU – (UM)

SETIU 7 Nov. - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka. Secara keseluruhannya, ia meningkat sebanyak 14 peratus dengan 7,837 kes melibatkan 8,187 tangkapan sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes pengedaran dikesan melibatkan 277 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus. Dalam tempoh yang sama juga, beliau memberitahu, penagihan dadah meningkat sebanyak 14 peratus membabitkan 7,635 kes dengan 7,910 tangkapan.

"Manakala tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 meningkat sebanyak 44 peratus kepada 75 kes berbanding 52 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga terus meningkat dan mencetuskan kebimbangan, daripada 87 orang kepada 126 orang.

JAM : Hebat dan hebat… itulah sahaja kata-kata yang mampu disuarakan dengan pelbagai situasi kehebatan pemerintahan MB Mat Said sekarang… Sampai tak terkata adanya....
Related Posts with Thumbnails