yang semasa

Rabu, September 22, 2010

YANG JELEK-JELEK AJA... (siri 2)

Kisah berkaitan e-book dan kilangnya sudah terlalu banyak diceritakan orang. Yang bagusnya MB Mat Said langsung tidak ambil hal. Padan muka orang yang menceritakannya. MB Mat Said peduli apa? Inikan masa dia jadi MB, suka dialah nak buat apa pun. E-book ke, pendrive ke, itu semua perkara kecil. Lagi yang besar daripada itu pun, MB Mat Said tak pandang sebelah mata pun.

Cuma sekali-sekala MB Mat Said melatah kerana ada tindakan yang diambil tidak ikut saluran. Macam cerita laporan audit berkaitan e-book ini. Khabarnya MB Mat Said mengamuk habis kerana Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu tidak merujuk dulu kepada beliau sebelum mengaudit dan mendedahkan segala macam perkara yang jelek-jelek itu.

Lebih membuatkan 'kemengamukan' MB Mat Said apabila laporan audit yang baru dihantar untuk mendapatkan jawapan daripada Kerajaan Negeri, tiba-tiba terlepas ke tangan YB Syed Azman, ADUN Batu Buruk daripada PAS. Lebih mengharukan dan tambahlah mengamuknya MB Mat Said apabila adanya orang-orang tertentu yang tidak amanah (kononnya) mengedarkan perihal keburukan e-book kepada ADUN PAS berkenaan dengan menghantarnya secara pos laju.

Lain kali, sebelum mengambil perjalanan apa-apa, Audit kena mengadap MB dulu. Kenalah reka dulu mana yang patut. Sembunyikan dulu mana yang boleh disembunyikan. Itu baru tepat dengan slogan kerajaan negeri "melebongtipukan rakyat'. Pejabat pos juga begitu. Kalau nak beroperasi lama di Terengganu di bawah pemerintahan MB Mat Said, kena 'tidak amanah'. Barulah sesuai dengan slogan "Merakyatkan Perlebongan dan Pembohongan".

Inilah "antara" kandungan laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Cawangan Terengganu yang jelas mencatatkan satu persatu apa yang berlaku ke atas program e-book dan Kilang Top IT yang amat tidak disenangi oleh MB Mat Said.

1) Pembinaan kilang komputer berserta peralatan bernilai RM8.5 juta diluluskan kerajaan Terengganu melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Negeri pada 12 Ogos 2008.

2) Sebanyak RM24.98 juta diluluskan melalui MMKN pada 14 Januari 2009 untuk menguruskan dan membekalkan sebanyak 25,000 komputer E-Book.

3) Kilang Top IT Industries dibuat secara 'design & built' dalam tempoh 3 bulan bernilai RM7.95 juta siap pada 15 Mei 2009.

4) Kontraktor gagal menyediakan 'Jaminan Bank' sebagai jaminan reka bentuk untuk 5 tahun mengikut syarat kontrak.

5) Berdasarkan laporan juruperunding pembinaan berlaku kebocoran pada dinding, steel clumn, siling/ dinding, retak pada dinding dan penghawa dingin tidak berfungsi.

6) Lawatan Audit ke tapak kilang pada 15 Mac 2010 mendapati kesan retak yang serius, saluran paip mengeluarkan limpahan air daripada bumbung yang bocor.

7) Pelan bangunan kilang belum mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kilang belum dapat Sijil Akuan Layak Menduduki.

8) Program anti virus diperolehi secara percuma oleh pembekal tetapi dijual kembali kepada kerajaan negeri dengan harga RM15 juta.

**Nota : Untuk mengetahui lebih banyak perkara berhubung dengan e-book dan Kilang Top IT, sila layari laman sesawang buletinonline.net. Tapi itu laman sesawang orang PAS bro. Ingatan : Jangan terpengaruh dan tergoda...

Related Posts with Thumbnails