Khamis, September 30, 2010

YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!!! katakan TIDAK....)

Siapa bilang (?) UMNO DUN Sura bergolak? Itu hanya andaian dan telahan kosong orang-orang yang tidak berpuas hati dengan ‘kehebatan’ dan kemantapan DUN Sura. Seantero Malaysia sudah mengetahui bahawa DUN Sura dalam Bahagian Dungun merupakan antara DUN UMNO ‘terhebat’ dalam negeri Terengganu.

Apa tidaknya, Pegawai Pembangunan DUNnya (PPD) adalah Dr Jepun in bracket sendiri. Dr Jepun in bracket adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Seperti yang umum ketahui, jawatan PPD diwujudkan sekiranya DUN berkenaan dikuasai oleh wakil rakyatnya yang bukan daripada Barisan Nasional (BN). Dalam hal DUN Sura ini, kerusi berkenaan diwakili oleh ADUN daripada PAS selepas pilihanraya umum 2008 lalu.

Perlantikan PPD adalah di bawah kuasa Menteri Besar dengan cadangan UMNO Bahagian atau parti komponen yang menjadi pemerintah semasa. Kebiasaannya, Menteri Besar tidak pernah menafikan cadangan daripada Bahagian dalam hal perlantikan ke jawatan ini, justeru mengambil kira bahawa ‘orang kampung’ pasti amat mengetahui kedudukan dan masalah dalam kampung mereka sendiri.

Gaji @ elaun PPD lebih besar daripada elaun wakil rakyat biasa. Kepada PPD juga telah diberikan sejumlah peruntukan dan beberapa kemudahan lain sama seperti YB @ wakil rakyat yang mempunyai kawasannya sendiri. Andainya YB yang mempunyai kawasan memperolehi RM100,000.00 setahun (contohnya), maka PPD juga akan memperolehi sejumlah peruntukan yang sama.

Justeru UMNO/BN melalui PPD, sepatutnya sudah tidak menjadi masalah untuk menguruskan DUN yang ‘hilang’ itu dalam konteks memanjangkan servival dan ‘kekuasaan’ para penganut UMNO/BN dalam DUN yang berkenaan.

Sebab itu dikatakan, mengatakan UMNO DUN Sura bergolak adalah satu telahan yang maha salah dan silap.

Atau apakah kerana perletakan jawatan oleh YB Senator Hajah Zainon Abu Bakar selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura boleh ditamsilkan sebagai bergolaknya DUN Sura?

Untuk makluman, PPD dan Pengerusi Penyelaras DUN adalah dua entiti yang berbeza sama sekali. Pengerusi Penyelaras DUN adalah lantikan parti dan biasanya diserahkan kepada ADUN (kalau daripada UMNO) atau kepada pemimpin UMNO Bahagian yang seratus peratus ditunjukkan oleh Ketua Bahagian. Dan jawatan Pengerusi Penyelaras ini adalah jawatan parti yang tiada gaji atau elaun walau sekepeng pun.

Berbalik kepada perletakan jawatan YB Senator selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura, perletakan jawatan berkenaan bukan kerana benci atau kecewa dengan kepemimpinan Dr Jepun in bracket, tetapi adalah kerana YB Senator bukannya orang yang terlalu pelahapkan kuasa dan jawatan. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Itulah kepimpinan melalui teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh YB Senator Zainun. Tahniah.

Jadi kenapa dikatakan bergolak sehingga ‘Geng 8’ bertindak mengadap MB Mat Said di kediaman rasmi MB pada 5 Julai 2010, pukul 9.00 malam yang lalu? G8 terdiri daripada lapan orang pemimpin UMNO dalam DUN Sura yang terdiri daripada Jawatankuasa Penyelaras DUN Sura. Sebahagian mereka juga adalah Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Sura itu sendiri.

Paling haru, G8 melahirkan rasa yang amat tidak berpuas hati dengan Dr Jepun in bracket selaku PPD Sura. Paling mengharukan ‘geng 8’ memberi tempoh dua bulan daripada tarikh pertemuan pertama mereka dengan MB Mat Said terhadap beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera, termasuk :

(1) Memecat Dr Jepun in bracket sebagai PPD Sura dan menggantikannya dengan orang lain yang dilihat mereka lebih berwibawa dan mampu membawa kemenangan kepada UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti. Pada mereka mengekalkan Dr Jepun in bracket hanya akan menambah teruknya kerosakan dalam UMNO Bahagian Dungun umumnya dan dalam DUN Sura khasnya.

(2) Menggantikan YDP Majlis Perbandaran Dungun yang telah ‘memerut menelan’ mata kail Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya. Terlalu amat sukar untuk YDP sekarang membuang mata kail Dr Jepun in bracket dari insangnya.

Tetapi percayalah, MB Mat Said tidak akan bertindak apa lagi 'memecat' Dr Jepun in bracket. MB Mat Said orang yang ‘taat dan akur’ kepada Dr Jepun in bracket. Bukan takut, tapi hormat… Itulah hebatnya Dr Jepun in bracket. Kalau dengan PM atau TPM atau Pengerusi BPUNT (DS Hishamuddin) pun Dr Jepun in bracket boleh ‘kecek’, bodek dan putar kepala, inikan pula MB Mat Said yang amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan kawan, walaupun ‘lakonan’ MB Mat Said di hadapan G8 yang mengadap beliau cukup hidup dan berkesan.

(p/s : Mungkin G8 tidak tahu bahawa MB Mat Said adalah antara pelakon air mata setaraf Neng Yatimah dan hubungan MB Mat Said dengan Dr Jepun in bracket ibarat kentut dengan tahi).

Cuma sekadar untuk renungan dan untuk sedikit menyegarkan hati para G8, diperturunkan apa sebenarnya yang berlaku di Dungun (khasnya dalam DUN Sura) sehingga G8 mengadap MB Mat Said. Yang jelas, sudah terlalu banyak kebobrokan yang diangkarakan oleh Dr Jepun in bracket semenjak beliau menerajui UMNO Dungun sehinggalah sekarang. Di bawah ini hanyalah ‘tahi kuku’ (sedikit sahaja) kebobrokan yang dimaksudkan telah dilakukan oleh Dr Jepun in bracket di Dungun ,

(1) Projek-projek di bawah Majlis Perbandaran (dulu Majlis Daerah) Dungun (MPD) disusun oleh Dr Jepun in bracket (dengan kuasa diserahkan kepada RM – Apa RM tu? Ringgit Malaysia? Rozak Mail? Raja Muda? Rakan Muda? Rakyat Malaysia? Rakyat Marhain? Rojak Mamat?

(2) Yang Di-Pertua MPD hanyalah boneka dan kambing hitam yang boleh ‘disekeh’ dan digetel kepalanya. YDP diwajibkan agar mematuhi arahan dan susunan yang dibuat oleh Dr Jepun in bracket dalam apa keadaan sekalipun.

(3) Dalam erti kata yang lain, Dr Jepun in bracket ‘berkuasa penuh’ untuk menentukan projek MPD dan berkuasa penuh juga untuk menentukan siapa yang boleh menjadi YDP MPD atau tidak. Kerana itu YDP ‘kecut batu’ andai tidak mematuhi dan mencium lutut Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya.

(4) Dr Jepun in bracket masih bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar Kanan negeri Terengganu yang masih mempunyai kuasa memutus dan juga berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang apa-apa jawatan asal sahaja agensi berkenaan ada kaitan dengan Kerajaan negeri. Contohnya melantik (atau mengarahkan supaya melantik) kroninya (anak sendiri) selaku Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Dungun.

Yang musykilnya (bukan pelik), daerah/bahagian lain ada atau tidak Pegawai APMT Parlimen? Sebelum ini tidak ada. Yang ada hanya Ketua APMT setiap DUN. Pun kalau ada, kepada siapa Pegawai APMT Parlimen itu melaporkan tugasnya? Kalau namanya sudah APMT Parlimen, tentulah ‘bosnya’ Ahli Parlimen dalam kawasan Parlimen berkaitan. Lainlah kalau kawasan Parlimen berkenaan Ahli Parlimennya pembangkang. Dalam kes di Dungun ini, Pegawai APMT Parlimennya melaporkan kepada siapa kalau Ahli Parlimennya sendiripun tidak tahu adanya jawatan itu dan adanya Pegawai APMT Parlimen. Tak kan kerja makan gaji buta, beruk tanpa tuan ke? Tentu ini semua kerja Dr Jepun in bracket yang mereka-reka kondisinya.

(5) Peruntukan untuk PPD Sura yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan serta penyelarasan rakyat / cawangan UMNO dalam DUN Sura tidak diketahui ke mana dibelanjakan oleh Dr Jepun in bracket.

(6) Berusaha atas kapasiti dan kuasanya sebagai Ketua Bahagian, mengarahkan majikan agar menukar pegawai / kakitangan pejabat/jabatan kerajaan dari daerah Dungun kiranya pegawai / kakitangan berkenaan tidak mengikut telunjuknya atau tidak memihak kepadanya @ kepada kroni dan proksinya dalam sebarang pertandingan UMNO Bahagian atau dilihat menggugat kedudukan dan keselesaan beliau, termasuklah juga berusaha agar pegawai/kakitangan yang menyanggah beliau agar dikenakan tindakan (disiplin atau apa-apa tindakan) yang menyusahkan dan menekan pegawai/kakitangan berkaitan.

(7) Menindas dan tidak memberikan kerjasama malahan mengutuk dan berusaha sedayanya ‘membunuh karier politik’ pemimpin lain yang pada beliau boleh menggugat keselesaan beliau atau mengingkari kehendak beliau, walaupun pemimpin itu adalah wakil rakyat DUN atau Parlimen daripada parti UMNO sendiri di Dungun. Itulah yang dihadapi oleh bekas ADUN Sura (Ustaz Kamal), ADUN Paka, ADUN Bukit Besi dan Ahli Parlimen Dungun sekarang.

(8) Menjadikan segala agensi/jabatan/pejabat khususnya agensi/jabatan/pejabat kerajaan dan segala agensi yang dikuasai oleh kerajaan negeri/kerajaan persekutuan/BN/UMNO seolah-olah milik dan kepunyaan beliau. Beliau berhak menentukan, mengarah dan mendapatkan apa yang beliau kehendaki.

(9) Menjadikan UMNO Bahagian Dungun seperti syarikat sendirian berhad milikan beliau and the geng @ proksi @ kroni-kroninya.

(10) Melampaui kuasa dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi / Ahli Lembaga Syarikat Anak Kerajaan negeri dan persekutuan.

Dan ….. lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. (ada lagi… bagi dulu 10 bro…)

(p/s : akan datang – Dr Jepun in bracket akan membawa ‘gurkha-gurkhanya’ ke Bandung, Indonesia tujuan ‘memperkukuhkan semula’ kedudukan politiknya di Dungun. Siapa biayai? Siapa terlibat? Sabarlah menunggu….)
Related Posts with Thumbnails