yang semasa

Selasa, Oktober 26, 2010

YANG DITIPU, YANG MENIPU & YANG TERTIPU (siri 2)

TERSENYUM BANGGA... Yang ditipu, yang menipu dan yang tertipu

(p/s : Kalau ada pertandingan mencipta dialog (monolog lebih afdal), apakah dialog yang anda ingin cipta apabila melihat gambar di atas? Jom kita bantu mencipta dialog-dialog menarik untuk mereka.

Mungkinkah begini dialog (monolog) mereka?

(Orang kiri) Yang ditipu : Dah biasa kena tipu.. tak senyum pun kena tipu juga, lebih baik senyum...

(Orang tengah) Yang menipu : Kalau dua orang nin yang orang kata cerdik pun aku boleh tipu, rakyat Terengganu yang tak cerdik mana semua tu, kacang je laaa... Dalam senyum je aku tipu...

(Orang kanan) Yang tertipu : Bagus 'Dr Jepun in bracket' nin. Suruh aku berlakon sokmo! Ini berlakon nin, bukan tipu. Yang kena tipu 'tipah tertipu'. Aku mana boleh kena tipu, tertipu sekali sekala biasa laa. Aku kan MB - Meteri Besor bukan Meteri Bodo...

Tunggu cerita selanjutnya.....

YANG DITIPU, YANG MENIPU & YANG TERTIPU

"Satu Peserta Satu Laptop" vs "1Terengganu Kena Tipu"

Cerita lanjut menyusul....

Khamis, Oktober 07, 2010

YANG DIKIRIM BERSANTAI

Hari ini (7 Oktober 2010) seramai 19 orang pemimpin UMNO telah dikirim untuk bersantai ke Kota Bandung, Indonesia. Daripada jumlah itu, 11 daripadanya terdiri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dungun (termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian). Turut tersenarai sama Setiausaha UMNO Bahagian Marang dan seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Terselit di dalamnya enam pegawai/kakitangan (?) sebuah yayasan di bawah MARA iaitu YPM.

Tahniah kerana mereka terpilih dari kalangan orang-orang yang dipilih. Tahniah juga kerana mereka masih kekal bertaat setia kepada Dr Jepun in bracket (selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun) yang mengilhami kiriman ini.

Dan tahniah yang amat besarnya (dengan doa dan harapan, Insya-Allah dan semoga diselamatkan Allah) mereka selamat walafiat pergi dan balik, walaupun kerajaan Malaysia masih menasihati warganegara Malaysia agar tidak mengunjungi wilayah Indonesia buat sementara sehingga sentimen ‘ganyang Malaysia’ sedikit kendur dan reda.

Cuma yang mungkin ramai ingin mengetahuinya, apakah program kiriman ini anjuran UMNO Bahagian Dungun? Atau anjuran UMNO Bahagian Marang? Atau UMNO bahagian Hulu Terengganu atau agensi / badan mana?

Persoalan-persoalan di atas agak sukar untuk dijawab. Sukar kerana banyak yang tersirat daripada apa yang tersurat.

Pertama ; ada percakapan yang mengatakan program kiriman ini adalah di bawah Biro Perhubungan Antarabangsa UMNO Malaysia. Kalau benar begitu, apa kejadahnya hampir seluruh orang yang dikirim terdiri daripada pimpinan UMNO Bahagian Dungun? Apakah semua mereka ini dibiayai sepenuhnya oleh Biro berkenaan. Apakah mereka yang sejumlah 19 orang yang dikirim ini semuanya AJK Biro berkenaan? Atau apakah misi penjelajahan dan pengiriman ini? Kenapa pula antarabangsanya ke Bandung? Tidak ke Bangladesh ke? Jerman ke? Pakistan ke? Kutub Utara ke? Atau ke mana-mana selain Kota Bandung atau wilayah Indonesia yang sudah biasa bagi mereka itu? Percakapan ini boleh dianggap kurang tepat dan kita letakkan ketepi.

Kedua ; ada kedengaran kiriman ini anjuran Biro Penerangan BPUNT. Kalau benar, hanya Setiausaha UMNO Bahagian Marang sahaja yang masih menjadi Setiausaha Biro Penerangan BPUNT. Orang yang dikirim yang lain, tidak pula menjadi AJK Biro berkaitan. Cakap-cakap ini mungkin dikaitkan dengan Ketua Penerangan BPUNT yang katanya pernah menjanjikan untuk membawa semua AJK Biro ke luar negara. Mungkin selepas selesainya Konvensyen Terengganu nanti, adalah upah lelahnya tu. Ketua Penerangan BPUNT tidak pernah memungkiri janji kerana beliau amat sedar bahawa orang yang mungkir janji itu munafik sifatnya di sisi agama. Telahan ini juga boleh dianggap kurang tepat dan boleh diketepikan.

(Nota : ‘Khabarnya’ Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan BPUNT adalah orang yang sama… Betul atau tidak, wallahuaklam).

Ketiga ; ada khabarnya lagi, segala urusan pengumpulan pasport dan tempahan tiket penerbangan diserahkan kepada YPM, pada mana Dr Jepun in bracket adalah Pengerusinya. Tidak pula diketahui dan didengari bahawa kiriman ke Bandung ini adalah dianjurkan dan menjadi kiriman rasmi YPM, walaupun enam pegawai / kakitangan YPM turut sama dikirim.

Kalau perkhabaran ini benar, apa kena mengenanya tempahan tiket penerbangan dibuat oleh pihak YPM dengan orang-orang yang dikirim dan dalam masa yang sama, tiada sebarang bayaran dibuat oleh orang-orang yang dikirim untuk mendapatkan tiket penerbangan atau apa-apa keperluan yang berbayar itu. Lebih daripada itu, apa pula kena mengenanya orang-orang yang dikirim itu dengan YPM? (Maka bertanyalah ahli nujum Pak Belalang…. Anak menantukah? Bapak mertuakah? Ipar duaikah? Tokki toknyokkah? Mak bapakkah? Waris warahkah?). Secara ‘logik bodoh’nya, sudah tentu segala macam perbelanjaan yang berkaitan dibiayai oleh YPM. Perkhabaran ini ada sedikit benarnya. Benar kalau dilihat dari segi penyerahan pasport dan urusan tempahan tiket penerbangan. Tambah membenarkan, adanya 6 orang pegawai / kakitangan YPM yang dikirim sama.

Cuma yang agak membantutkan sedikit kebenarannya bagaimana YPM sebagai agensi anak kepada MARA mempunyai peruntukan kewangan yang boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya. Kalau MARA sendiri selalu kesuntukan peruntukan untuk membuat sesuatu bagi menambahbaikkan agensi itu dan rangkaian di bawahnya, hal ini tidak berlaku kepada YPM. Sewenang-wenangnyakah YPM boleh membiayai suku sakat melancong ke luar negara? Sewenang-wenangnyakah YPM boleh mengirimkan sesiapa sahaja ke luar negara?

Keempat : ada sumber yang bercerita, pengiriman mereka ke Bandung adalah atas urusan atau perkara-perkara tertentu yang sulit-mulit dan dikhususkan kepada mereka yang terpilih dalam kalangan orang-orang dipilih. Hanya orang-orang tertentu (khususnya dalam AJK UMNO Bahagian Dungun) dipilih dan terpilih (‘ter’ dalam konteks kiriman ini bermaksud dipilih kerana kehebatannya (terbaik) bukan kerana ‘tersalah’ pilih). Orang-orang yang dikirim ini terdiri daripada mereka yang diangap telah sebati dan sehidup semati dengan Dr Jepun in bracket. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dilenyek steamroll sama ‘kepek’, di’piling’ sama pendek. Namun, tidak pula dikhabarkan bahawa kiriman ini anjuran siapa-siapa atau mungkin anjuran sendiri-sendiri. Kalau sendiri-sendiri, kenapa ada orang yang dikirim tidak tahu pun berapa jumlah keseluruhan perbelanjaan ke Bandung berkenaan. Yang diketahui, semuanya “ditanggung beres pak!!!”… Cerita ini boleh dianggap betul, cuma mungkin kurang penting. Tidak menjadi prioriti.

Kelima ; yang menjadi desas desus paling kuat sehingga merealisasikan pengiriman kumpulan ini adalah dikhabarkan bertujuan ‘merancang strategi perlu dan drastik’ ke arah mengukuhkan semula kedudukan Dr Jepun in bracket selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun yang sejak kebelakangan ini sudah amat tercalar karismanya serta khabarnya sudah cukup sukar untuk menstabilkan keadaan dalam UMNO Bahagian dan pengurusan UMNO bahagian di semua peringkat. Justeru mungkin mereka yang dikirim ini akan berbincang sampai pagi strategi-strategi tertentu yang akhirnya menemukan dengan formula penting menyemarakkan dan memperkasakan semula kedudukan Dr Jepun in bracket di Bahagian Dungun. (Ke semua yang dikirim merupakan orang yang kuat bekerja, boleh bekerja sampai pagi. INGATAN : Jangan menuduh sebarangan bahawa mereka tidak kuat bekerja kerana mereka bukannya kaki dangdut...).

Desas desus ini sedikit berasas kalau diperhatikan daripada kalangan mereka yang dikirim. Mengikut syahibul hikayat warga AJK UMNO Bahagian Dungun, mereka yang dikirim ini adalah ‘ghurka-ghurka” Dr Jepun in bracket yang telah banyak berkorban dan menyumbang budi kepada Dr Jepun in bracket selama ini. Jadi tidak salahlah kalau Dr Jepun in bracket membalas budi mereka. Desas desus ini juga ada kebenarannya dan bolehlah disekalikan bacaan dan kaitan kebenarannya dengan persoalan logik dan benar di atas.

Cuma yang masih memusykilkan banyak orang, tidak ada cakap-cakap dan desas desus bahawa kiriman ini adalah tajaan atau anjuran atau kelolaan UMNO Bahagian Dungun sendiri, walaupun hampir keseluruhan orang yang dikirim datangnya daripada UMNO Bahagian Dungun. Tapi inilah yang dikatakan “mereka yang terpilih di kalangan yang dipilih”.

Yang amat sukar dirungkai oleh banyak orang hasil daripada persoalan-persoalan di atas apabila kiriman ini dikaitkan dengan siapa yang menaja dan membiayai perbelanjaan ke semua orang yang dikirim itu dan badan apa/siapa yang menganjurkan pengiriman itu yang sebenarnya. Atau ada kemungkinankah kiriman ini tajaan Dr Jepun in bracket sendiri? Kalau ya tajaan beliau, Alhamdulillah, semoga Tuhan memurahkan lagi rezeki beliau adanya. Kalau tidak, mahu menuding kepada siapa pula? Mungkin persoalan yang ada kebenarannya di atas dapat menjawabnya.

Kerana seperti biasa dalam setiap pengiriman orang ke mana-mana distinasi pelancongan atau dalam apa-apa urusan rasmi sekalipun, sudah tentu pembiayaan segala macam ‘mak nenek’ tidak ditanggung oleh orang yang dikirim. Apa lagi, kalau dilihat kepada orang-orang yang dikirim, tak mungkin mereka membiayai sendiri segala perbelanjaan ke kota Bandung itu. Bukan apa, kerana sebahagian besar daripada mereka sudah terlalu amat kerap ke wilayah Indonesia termasuk ke Bandung. Mungkin ada di kalangan mereka boleh dikatakan Bandung itu sudah menjadi tempat kencing dan berak mereka. Malah ada di antara mereka mampu untuk membiayai perbelanjaan ke distinasi yang lebih jauh daripada Kota Bandung itu.

Jadi, kalau perginya dengan berbayar, mungkin bagi mereka, lebih baik ke tempat yang belum pernah dijejaki, semakin jauh dan banyak perjalanan semakin luas pengalamannya.

Jadi siapa sebenarnya yang membiayai? Pergi atas urusan apa? Apa motifnya? Hanya Belalang anak Nujum Pak Belalang yang tahu jawapannya. Itu pun setelah mengintip dengar dari bawah lapik duduk perahu raja.

Apa-apapun, selamat berangkat dan selamat pulang dengan selamatnya ke pangkuan keluarga kepada yang dikirim : bapak mukatar al-pakari, bapak awang al-santongi, bapak mohksin al-pakari, bapak hj pa al-koki, bapak cg al-baladi, bapak lias mamat al-fktigari, bapak asri al-r/abangi, bapak nuar al-kemasi, bapak RM-si, bapak cg stopa al-mtjmiahi, bapak hj romeli al-palali, bapak hj mazeri al-marangi dan bapak alzakari hulu terengganuni. Tidak dilupakan teristimewa kepada enam bapak daripada YPM.

Selamat bersantai-santaian… Permisi Pakkk...
Related Posts with Thumbnails