Ahad, November 14, 2010

YANG CUBA ATAU SENGAJA?

Jangan peningkan kepala, santai-santai sahaja sambil baca sedikit petikan berita dan dialog temubual di bawah :

YPM berjaya lahir saintis, jurutera Bumiputera (BH – 12 Nov., 2010)

Misi penghantaran pelajar Malaysia ke Jepun wujudkan lebih ramai tenaga kerja mahir

…………………………………………..
…………………………………………..

Ketika memberi taklimat perancangan DPPT IV kepada pemberita sempena lawatan kerja lima hari memantau perkembangan pelaksanaan DPPT, Pengerusi YPM, Datuk Dr Rosli Mat Hassan, berkata Jepun menyambut baik usaha YPM meneruskan kerjasama pendidikan itu, malah kesediaan Japan International Cooperation Agency (JICA) menerusi rundingan tidak rasmi untuk meneruskan pembiayaan DPPT IV membuktikan negara itu cukup komited dalam membantu Malaysia melatih tenaga berkepakaran.

Kah3… kah3… kah3…. dah keluar dari kurungan atau dah tercabut kurungan Datuk?

Ikuti rakaman temubual eksklusif tanpa siar berikut :

Soalan : Datuk Dr… boleh tanya soalan?

Datuk Dr : Ya, silakan…

Soalan : Apa tajuk tesis Ijazah Kedoktoran Datuk?

Datuk Dr : (Dengan yakin) “Rakyat Didahulukan (untuk ditipu), Pendapatan (sendiri) Diutamakan”.

Soalan : Maknanya slogan yang PM kita perkenalkan tu, mengambil roh daripada tesis Datuk Dr lah ya?

Datuk Dr : (Dengan bangga) Tahu tak apa… hahahahaha…

Soalan : (Buat-buat tak tahu) Datuk Dr, apa bezanya Dr dengan Dr in bracket?

Datuk Dr : Kalau tak ada kurungan maknanya tipu, ada kurungan maknanya bodek.

Soalan : Datuk Dr jangan pula nak tipu kami..

Datuk Dr : Issshhh… tak ada tipu tipu lah… siapa kata tipu? ‘Lebong’, ‘kelentong’, ‘pelawok’, ‘wat lolok’ sikit-sikit jee…

Soalan : Apa benda semua tu Datuk Dr?

Datuk Dr : Itu adalah projek-projek MPD yang boleh direka-reka, macam projek MRR2 tu...

(p/s : Cuba menipu atau sengaja menipu?)… kah3… kah3… kah3…

YANG MEMONOPOLI ‘TITLE BRACKET’

Satu lagi projek Dr Jepun in bracket…. (baca seperti anda membaca pada papan tanda projek ‘Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’ gitu)…

Selepas berhempas pulas memastikan PM Najib menerima anugerah dan ‘title’ Dr bracket (Dr), kali ini giliran DS Alies Anur, mantan Setiausaha Politik PM Najib semasa PM Najib menjadi Menteri Pertahanan pula menerimanya.

Yang pasti, Dr Jepun in bracket khabarnya mendakwa telah berusaha dan bekerja keras, kerana hubungan baik dengan ketua universiti yang menganugerahkan (Dr) berkenaan sudah menjadi seperti ‘saing rodong’ dengan beliau. Makanya beliau dengan kembang hidungnya telah memastikan DS Alies turut sama menerima anugerah dan title yang menjadi sanjungan dan kebanggaan beliau selama ini.

Jangan salah tafsir. Dr Jepun in bracket tidak ada apa-apa muslihat dan niat serta kepentingan peribadi. Usaha beliau itu, dikhabarkan kerana jasa dan pengorbanan yang maha besar telah diberikan oleh DS Alies kepada negara Malaysia dan negara Jepun. Besarnya jasa dan pengorbanan DS Alies ini mengatasi jasa dan pengorbanan negarawan, menteri-menteri dan pemimpin negara yang lain.

Tahniah kepada DS Alies dan tahniah teramatnya sudah pasti kepada Dr Jepun in bracket kerana usaha dan kerja keras beliau sehingga memungkinkan DS Alies menerima title yang sama dengan beliau. Paling penting Dr Jepun in bracket telah berjaya 'mengesan kelayakan' seseorang seterusnya membuat pilihan yang tepat sesuai dengan peribahasa "jauhari sahaja yang mengenal maknikamnya".

Selain itu, sumber-sumber Dr Jepun in bracket turut menyebut bahawa DS Alies juga telah memenuhi piawaian ‘ketinggian’ yang disyaratkan oleh Dr Jepun in bracket dengan persetujuan Universiti penganugerah.

Lebih darpada itu, Dr Jepun in bracket juga memang sengaja hendak menunjukkan kehebatan beliau yang boleh mempengaruhi Universiti di negara ‘kelahiran tidak rasmi’ beliau itu, bahawa mereka semuanya boleh tunduk dan mematuhi telunjuk dan kehendak beliau. Kata orang ‘serba hendak serba dapat’…

Itulah namanya kehebatan dan pengaruh yang besar. Hebatnya lagi Dr Jepun in bracket ini sehingga hampir semua ketua Universiti di Jepun, apabila menyebut sahaja nama Dr Jepun in bracket, secara automatiknya akan menjadi panaslah kerusi tempat duduk mereka. Mereka (ketua U berkaitan) tidak senang duduk - takut, bimbang, kecut batu… Dan ada sesetengahnya sampai terkencing terberak tanpa sempat ke tandas lagi.

Cuma ada teman-teman yang bertanya… “Dr Jepun in bracket ni pilih patern yang sama dengannya sahaja ke untuk dapat title tu? Semua patern ‘jepun asal’ sahaja!”. Jawab teman yang lain, "kerana itulah kelayakan serta piawaian asas dan utama. Yang lain itu hanya markah bonus sahaja seperti kebodekan, kepentingan peribodi, politik, masa depan, kekuasaan, dan sebagainya".

Entahlah.. Yang pasti sedang beratur untuk menerima (Dr) selepas ini (semuanya sedang diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh Dr Jepun in bracket bagi mendapatkannya. Sebab itu beliau dilihat kerap berulang alik ke negara kelahiran tidak rasminya itu), antaranya :

DS Rosmah M
Brahim pandok
Jamali kerdil
Paramiswara kontot
Ajis Samsuding
Ding Adang
Semua ahli Persatuan Orang Pendek Malaysia (ringkasnya PANDOK).

(p/s : Sesiapa ada cadangan mereka yang layak menerima (Dr) sebegini, sila maklumkan segera kepada Dr Jepun in bracket untuk pertimbangan. Tetapi perlu memenuhi syarat dan piawaian utama yakni mestilah telah mendaftar menjadi ahli PANDOK atau sekurang-kurangnya orang itu mestilah tidak melampaui ketinggian 4 kaki 6 inci (dalam ukuran metrik (cm), sila kira sendiri).

Sabtu, November 13, 2010

YANG DIASUH MENIPU?

Awas !!!! Kepada anda yang mempunyai anak dan dihasratkan untuk terlibat dengan pelbagai program besar-besaran tujuan mencipta rekod dan membanggakan diri melalui publisiti dan pemasangan billboard besar-besar di seluruh negeri…

Berita di bawah menjelaskan situasi pada mana, pihak-pihak berkepentingan sanggup menipu untuk mencipta nama dan tujuan peribadi yang lain. Lebih malang dan amat mendukacitakan, anak-anak yang masih tidak tahu apa-apa berkaitan muslihat dan kepentingan diri sudah DIASUH UNTUK MENIPU (lihat gambar. Mereka sebenarnya nak ‘menyohor’ (berbangga) bahawa anak-anak khatam al-Quran melalui e-book, sedangkan sebenarnya e-book hanya hiasan semata).

Apalah nasib rakyat Terengganu. Anak-anak mula diasuh untuk menipu melalui pelbagai program termasuk yang melibatkan agama, dan melalui program melibatkan agama juga ada manusia yang sanggup memanjangkan kegiatan menipu semata-mata untuk kepentingan mereka. Alahai…..

Berita asal (diubahsuai daripada Buletinonline.net)

Menteri Besar Terengganu, dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod negara dan dunia, semata-mata inginkan tercatat dalam Malaysia Book of Records bagi menunjukkan bahawa, Menteri Besar sekarang boleh mengatasi Menteri Besar sebelum ini yang menjadi pemula kepada program berkhatam beramai-ramai ini.

(Maklumat ini didedahkan sendiri oleh para guru dan pelajar yang terlibat dengan majlis khatam al-Quran itu.)

Kali ini, MB Mat Said meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun lima sejak dua tahun lalu.

Sekali gus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Sedangkan, ibu bapa dan orang ramai yang menghadiri majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik. Ibu bapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian, sebaliknya pelajar terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap pelajar.

JAM : Kah3… kah3… kah3… Tiada yang pelik dan mustahil sebenarnya semasa pemerintahan MB Mat Said ini. Ditipu, menipu, tertipu dan segala macam yang berkaitan dan sewaktu dengannya sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup… Kalau pemimpin dan orang cerdik pandai dengan mudah ditipu, inikan pula budak-budak kecil. Yang bagusnya, mereka sanggup mendidik anak-anak supaya ‘menipu’ sejak mereka kecil lagi. Jadi, kalau anda terperasan selepas ini, salahkanlah diri sendiri, jangan salahkan MB Mat Said dan orang-orang yang terlibat.

Sepatutnya MB Mat Said turut sama ‘memperjuangkan’ agar perkara sebagaimana berita di bawah juga dimasukkan ke dalam Guiness Book atau Malaysia Book of Records…

Berita 1 : Rekod dunia dan negara kerana menjadi pengedar paling muda.

Remaja 15 tahun ditahan edar dadah – (BH)

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin.

Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.

Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu.

“Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu

Berita 2 : Rekod dunia dan negara yang masih tiada negeri atau negara berjaya memadamkannya… Peningkatan paling drastik dan ‘membanggakan’…

KES DADAH SERIUS DI TERENGGANU – (UM)

SETIU 7 Nov. - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka. Secara keseluruhannya, ia meningkat sebanyak 14 peratus dengan 7,837 kes melibatkan 8,187 tangkapan sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes pengedaran dikesan melibatkan 277 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus. Dalam tempoh yang sama juga, beliau memberitahu, penagihan dadah meningkat sebanyak 14 peratus membabitkan 7,635 kes dengan 7,910 tangkapan.

"Manakala tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 meningkat sebanyak 44 peratus kepada 75 kes berbanding 52 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga terus meningkat dan mencetuskan kebimbangan, daripada 87 orang kepada 126 orang.

JAM : Hebat dan hebat… itulah sahaja kata-kata yang mampu disuarakan dengan pelbagai situasi kehebatan pemerintahan MB Mat Said sekarang… Sampai tak terkata adanya....

Selasa, November 09, 2010

YANG MEMBOGELKAN MARUAH DIRI

Barangkali itulah secara pantulannya lahir dibenak pemikiran banyak orang apabila menyaksikan gambar di atas. Sekali pandang mungkin tidak ada apa-apa dengan gambar berkenaan lantaran di mana-mana sahaja, gambar atau situasi sebegini dapat dilihat, apa lagi apabila kurangnya kecaknaan pihak berwajib setempat terhadap perkara yang dianggap remeh-temeh sahaja itu.

Gambar ini sebenarnya di’tag’kan kepada banyak orang melalui laman sosial popular facebook. Entah daripada siapa punca awalnya, JAM sendiri kurang periksa. Pun demikian, siapa puncanya dan siapa yang mengambil gambar berkenaan, tidak penting sebenarnya. Yang penting dan wajar direnungi ialah kesan dan cara bagaimana ‘orang UMNO’ berjaya membogelkan kelemahan diri masing-masing.

Saya menyebut ‘orang UMNO’ kerana rata-rata gambar berkenaan ditagkan kepada orang UMNO dan komen di sebalik gambar berkenaan lebih berfokus kepada ‘orang UMNO’ mengkritik YB-YB mereka. (Terdapat beberapa keping lagi gambar pemandangan yang sama diambil daripada sudut yang berlainan sebenarnya.) Yang menjadi sasaran sudah pasti utamanya ADUN kawasan berkenaan dan ditempiaskan juga kepada Ahli Parlimen kawasan. Seolah-olah kerja membaikpulih papan tanda yang hampir tersungkur itu juga adalah kerja hakiki wakil rakyat.

Gambar ini diambil di persimpangan Bukit Besi (simpang pemisah ke arah Kuantan dan Bandar Dungun) dalam DUN Bukit Besi, Parlimen Dungun. Dalam konteks UMNO, kawasan ini berada dalam Bahagian Dungun, Terengganu. ADUNnya Din Adam dan Ahli Parlimennya Matulidi Jusoh. Manakala Ketua UMNO Bahagiannya tak lain dan tak bukan, Dr Jepun in bracket.

Umum telah ‘diberitahu’, baik secara langsung mahupun tidak langsung bahawa kedua Ahli Parlimen dan ADUN yang disebut di atas AMAT TIDAK SEBULU (atau tidak diakui bulunya) dengan Dr Jepun in bracket. Sebabnya satu sahaja – kedua-dua manusia yang bergelar YB ini ‘telah menyusahkan’ Dr Jepun in bracket untuk terus bermahaagung di Dungun.

Makanya ditanamkanlah rasa mual dan kebencian yang amat sangat kepada dua manusia YB itu sedalam-dalamnya dalam sanubari dan pemikiran ‘pemimpin kecil yang lebih cerdik daripada cerdik’, seantero Dungun oleh Dr Jepun in bracket dan kuncu-kuncunya. Dan gambar di atas adalah antara manifestasi kebencian dan kejelikan teramatnya yang dibodohkan terhadap YB-YB berkenaan.

Tetapi mereka tersalah dan ‘terlebih cerdik’ rupanya. Gambar berkenaan jelas telah dengan sengajanya membogelkan kepemimpinan UMNO Bahagian Dungun yang diketuai oleh Dr Jepun in bracket yang turut memalitkan kemasaman najisnya kepada semua orang UMNO/BN termasuk pemimpin kecil tempatan dan tidak terkecuali kepada dua manusia YB berkenaan (kerana YB Parlimen adalah Naib Ketua UMNO Bahagian dan YB ADUN adalah AJK UMNO Bahagian merangkap Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Besi).

Dalam maksud kata yang lain, gambar berkenaan telah berjaya membogelkan kelemahan dan keburukan UMNO Bahagian Dungun itu sendiri. Apa dan kenapa? Antaranya, kalau boleh dihuraikan dalam bentuk persoalan ;

1) Apakah kedua-dua YB kawasan yang mengarahkan agar memasang billboard besar itu?

2) Kalau tidak, apakah mereka dimaklumi tentang pemasangan billboard itu?

3) Siapa yang meluluskan pemasangan billboard di kawasan itu?

4) Siapakah ‘tuan punya’ sebenar billboard besar itu? BN atau UMNO itu siapa? Siapa 'Badan Perhubungan UMNO Terengganu' seperti yang dicatatkan pada billboard itu?

5) Siapa yang mendapat manfaat atau mendapat projek memasang billboard itu?

6) Siapa yang memilih pembekal untuk memasang billboard berkenaan?

7) Siapakah yang menentukan mutu pemasangannya?

8) Sekadar itu sahajakah ketahanan billboard yang dipasang oleh orang yang dipilih oleh pimpinan parti dan bolehkah dikatakan kelemahan mutu?

9) Apakah pembekal hanya mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan mutu dan keselamatan? Berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh pembekal dengan pemasangan billboard itu dan kalau sedikit, apakah kerana keuntungan itu dikongsi dengan orang lain yang memilih dan menunjuk pembekalnya?

10) Setelah hampir terbungkam begitu, tanggungjawabnya perlu dipikul oleh siapa? YB Parlimen? YB ADUN? Pimpinan UMNO Pusat? Negeri? Bahagian? Pembekal? Yang meluluskan pemasangan? Rakyat? Barua dan balaci? Ghurka dan kuncu? Hantu simpang? Atau siapa?

11) Bukankah beberapa pemimpin kanan UMNO Bahagian daripada empat sayap UMNO ada dalam DUN Bukit Besi, malahan yang tinggal di kampung Bukit Besi itu sendiri? Setiausaha UMNO Bahagian ada di situ, Ketua Pemuda Bahagian ada di situ, pimpinan Bahagian, pemuda bahagian, puteri dan wanita Bahagian jenuh dalam DUN berkenaan.

12) Paling tidak pun, ke mana pemimpin kecil yang terlebih cerdik, yang ada dalam kampung Bukit Besi atau DUN Bukit Besi pergi? Ke mana pula pemimpin yang tidak cerdik ‘sokmo-sokmo’ dalam Penyelaras DUN pergi?

13) Apakah tindakan ini (tag gambar dan kemudian komen negatif kepada musuh-musuh politik dalam parti sendiri) tidak menyerlahkan kelemahan dan kebusukperutnya sesetengah kita kepada setengah yang lain?

14) Apakah sudah tidak ada idea dan modal untuk dijadikan isu, khususnya untuk menghadapi pengaruh PAS atau parti lawan dalam kawasan DUN berkenaan?

15) Apakah dengan jawatan yang direbut, kemudian kita memperolehinya, kita sudah boleh mengangkat tinggi lubang hidung kemudian mencipta isu melemahkan ‘musuh politik’ kita dengan wewenangnya? Apakah dengan jawatan itu, kita sudah boleh menjadikannya lesen besar untuk mengukuhkan kebaruaan dan ketaksuban kita kepada seseorang?

16) Apakah dengan tindakan-tindakan bodoh sebegitu sebenarnya hanya untuk menjelaskan bahawa kita mempunyai agenda dan memasang impian tertentu untuk berada di tempat manusia YB-YB berkenaan?

17) Apa pula komen dan reaksi serta tindakan Dr Jepun in bracket sebagai salah seorang yang dipaparkan gambarnya dalam billboard berkenaan?

Hendaknya.... janganlah ketiga-tiga orang yang ada gambarnya dalam billboard itu juga nantinya terbungkam atau tertonggeng seperti terbungkam dan tertonggengnya billboard itu dan janganlah pula ketertonggengan billboard itu menjadi tanda-tanda awal tertonggengnya mereka khususnya dan tertonggengnya UMNO/BN khasnya... Harap-harap tidak dan jangan... (ooo... tidak, tidak, tidak, jangan, jangan, jangan...)

APA SIGNIFIKANNYA LAGI GAMBAR DI ATAS DENGAN KEPEMIMPINAN UMNO BAHAGIAN?

Seperti dimaklumkan dan telah lama termaklum, Dr Jepun in bracket adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun (gambar paling kecil daripada 3 gambar yang ada dalam billboard berkenaan). Secara kebetulan juga Dr Jepun in bracket adalah Pengerusi Kolej KETENGAH (papan tanda yang ‘memberi tumpang’ sementara kepada billboard besar itu).

Anta fikirlah sendiri apa yang tersirat daripada ‘gambar candid’ yang dengan sendiri menerangkan bagaimana billboard sebesar itu dalam keadaan yang hampir terbungkam dan tertonggeng, masih bergantung harap dan ‘mendapat restu’ untuk ditumpangi oleh papan tanda kecil Kolej KETENGAH. Kedua-duanya (billboard besar dan papan tanda kecil) melibatkan Dr Jepun in bracket.

Orang-orang UMNO dan rakyat Dungun boleh menjawab perihal ini kerana siapa yang tidak ‘kenal’ (???) dengan Dr Jepun in bracket....

Jumaat, November 05, 2010

YANG WAJAR DIUCAPKAN TAHNIAH

Tahniah kepada MB Mat Said...........
tahniah kepada MB Mat Said...........
tahniah kepada MB Mat Said............

Tahniah kepada Dr Jepun in bracket........
tahniah kepada Dr Jepun in bracket.........
tahniah kepada Dr Jepun in bracket..........
tahniah kepada Dr Jepun in bracket..........

nota : kepada Dr Jepun in bracket kena lebih ucapannya, memandangkan kerananyalah tahniah ini dirakamkan....
Related Posts with Thumbnails