yang semasa

Sabtu, November 01, 2008

YANG HEBAT & YANG KERAS KENG

Saya ada hak gugurkan Exco - Ahmad

KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, beliau berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana ahli Exco kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Menurutnya, tindakan tersebut tiada kena-mengena dengan kehendak ahli-ahli UMNO yang mahukan Exco tertentu untuk menjadi ketua UMNO bahagian.

"Saya Menteri Besar, saya ada hak terhadap Exco saya. Hak UMNO bahagian ialah melantik ketua bahagian, hak saya lantik Exco. Ia dua keadaan berbeza," ujarnya selepas perasmian Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm)

Itulah Menteri Besar yang hebat. Itulah Menteri Besar yang keras keng. Tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila ada Exco juga keras keng dan melanggar arahan Menteri Besar, kalau Menteri Besar sendiri boleh melanggar arahan Presiden dan Perlembagaan parti. Mat Said sendiri yang tunjuk teladan dan contoh yang baik. Bapa borek anak rintik. Ke mana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai.

Jadilah seperti ketam mengajar anaknya untuk berjalan betul.
Related Posts with Thumbnails