yang semasa

Jumaat, Oktober 03, 2008

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT : KATAKAN KITA BOLEH !!!

Gambar 1 : YB Matulidi Jusoh, berjawatan Ahli Parlimen Dungun mewakili Barisan Nasional (BN) yang sekarang masih menguasai Kerajaan Pusat dan Negeri Terengganu. Kain pemidang ucapan menyambut ramadhan dan Selamat Hari Raya dapat ditemui di sekitar Parlimen Dungun. Rasanya tidak menjadi kesalahan kalau beliau turut menyelitkan gambar PM atau MB di samping gambar beliau kerana beliau adalah Ahli Parlimen Kerajaan BN. Tetapi YB ini masih sedar siapa dirinya dan bukan di kalangan ahli YB yang kaki bodek.

Gambar 2 : YB Datuk Za'abar Mohd Adib, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bagi Kawasan Rantau Abang. Tak kan Exco Kerajaan Negeri ... (saya ulangi ... Kerajaan Negeri) yang dipimpin oleh BN pun masih bersendirian dalam menyampaikan ucap Selamat Hari Raya pada kain pemidang. Kalau pun ditambah gambar MB di sebelah tu, kos sediakan kain pemidang tu tak berubah pun. Tak kan lebih rela berdampingan dengan ketupat je. Segan kot. Tapi YB Datuk nin seorang YB mithali yang sedar di untung dan faham dengan peribahasa "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong".

Gambar 3 : Yang ini baru betoool... Pemimpin yang tak tinggal pemimpin. Cuma letak di belakang sikit saja. Siapa mamat depan MB tu? Macam biasa tengok. Khabarnya orang tersohor jugak. Ada jawatan ke dia dalam Kerajaan? Apa jawatan dia dalam Kerajaan BN Terengganu? Jawatan apa yang dia pegang dalam BN Negeri? Mana perginya pemimpin yang lebih kanan dalam BN Negeri? Muka-muka pemimpin kanan BN yang lain tu tak 'dimakan' gambar ke? Pemimpin BN Negeri yang lain tak pandai pakai songkok dan tak pandai nak ucap Selamat Hari Raya atau nak alu-alukan kepulangan perantau ke? Kalau MB @ Pengerusi BN Negeri dah dikira sebagai mewakili mereka, buat apa mamat tu menempel kat depan tu? Tak kan orang yang dah 'terperasan' dia tersohor masih gila glamour? Nak tanya, BN tu hak siapa? Hak UMNO sorang kot? Dah UMNO tu pula hak siapa? Inikah yang dikatakan 'kita boleh'? Boleh buat apa saja yang kita rasa kita nak buat.

(p/s : Politik negara sedang gawat. Parti-parti komponen BN sudah ada yang keluar dan berkira-kira hendak keluar komponen. Marilah kita sama-sama yakin bahawa BN akan lebih cepat hancur dan punah ranoh, seandainya masih ramai manusia yang masih tidak sedar diri dan tidak tahu di untung tetapi masih disimpan dalam sangkar emas dan mereka terlalu diberi muka sehingga sanggup memperbodohkan dan memperalatkan orang lain, selain mereka terus memejam mata menceroboh had dan batas kuasa sambil setiap masa berkokok bahawa akulah berkuasa, sedangkan mereka sebenarnya pelahap dan gila kuasa.)

Related Posts with Thumbnails