Selasa, Oktober 07, 2008

YANG TERSIRAT DI SEBALIK UMUM BERTANDING



Tengok tu, diaorg kata UMNO nak hancur? Tu siapa pula yang tidur tu? Nampak macam saya, tapi bukan saya. Tak payah ikut P.Ramlee lah "hari-hari cikgu tidur". Saya dah kata, saya tak boleh berhenti. Kalau saya berhenti macam-macam lagi fitnah timbul. Makin banyak dosa diaorg kepada saya. Baik saya terus jadi Presiden dan PM, sekurang-kurangnya akan bertambah lagi orang-orang berdosa. Lagi pun nanti Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam PAS, DAP, PKR tu tak ada isu pula nak kata kepada UMNO dan Kerajaan.

Kenapa semakin ramai mengumumkan untuk bertanding? Jawatan kedua tertinggi lagi tu. Dah lah beberapa bulan lalu, sudah berpuluh-puluh manusia UMNO yang mengumumkan hasrat nak bertanding jawatan Naib Presiden, kini menular pula ke jawatan Timbalan Presiden, sedangkan Pak Lah belum pun lagi memutuskan untuk melepaskan jawatan atau meneruskannya.

Apa muslihatnya sehingga calon-calon berkenaan tidak sabar-sabar menanti tarikh selepas 9 Oktober – tarikh yang ditentukan Pak Lah untuk beliau mengumumkan pendirian. Walhal 9 Oktober 2008 hanya beberapa hari saja lagi, bukan 9 Oktober 2009, 2010, 2011.

Yang tersirat di sebalik pengumuman itu ada banyak kemungkinan :

Ada yang telah disuruh (diarah/diupah ?) untuk mengumumkan.
Ada yang sengaja mengumumkan untuk menyelamatkan Pak Lah.
Ada yang saja-saja nak “test market” dan akan cepat popular kalau nanti nak bertanding jawatan lain.
Ada yang memang perasan yang dia layak untuk ke jawatan itu.
Ada yang bercita-cita besar untuk jadi TPM.
Ada yang memang spesies orang UMNO yang tak sedar diri.
Ada yang bermuka-muka.
Ada yang nak tunjuk ‘gong’.
Ada yang terlupa saiz baju kerana tak ukur baju di badan sendiri tapi di kedai.
Ada yang tak ada apa pun…

Daripada banyak ‘ada yang’ itu, dua yang terawal perlu diberi perhatian. Kemungkinan ada orang yang menyuruh, mengarah atau mengupah calon-calon berkenaan untuk mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden, semata-mata untuk menyelamatkan Pak Lah dan memastikan Pak Lah terus mempertahankan jawatan Presiden sehingga ke satu tarikh yang tidak dapat ditentukan lagi.

Hipotesisnya mudah saja. Pak Lah akan gunakan alasan tu untuk terus kekal sebagai Presiden. Kerana katanya, kalau dia serahkan kepada Datuk Najib, parti akan huru hara dan jadi tidak stabil kerana berlaku banyak pertandingan. Kalau dia letak jawatan, orang tak hormati lagi keputusan Majlis Tertinggi yang dah tentukan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Kalau dia letak jawatan, orang tidak hormati lagi pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi dan Kabinet.

Jadi, Pak Lah kena kekal.
Kalau Pak Lah kekal, dia sekali lagi akan minta Majlis Tertinggi buat keputusan menerima cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditentang, kononnya demi perpaduan dalam parti dan keutuhan parti.
Kalau Pak Lah kekal, dia sekali lagi akan minta Majlis Tertinggi dan Kabinet terima cadangan pelan peralihan kuasa antara dia dan Najib.
Kalau Pak Lah kekal, dia akan beri warning kepada calon-calon yang gatal mulut agar menarik balik hasrat bertanding Timbalan Presiden. Kalau tidak Pak Lah akan gugur mereka sebagai Menteri / Ketua Menteri atau kalau yang tidak berjawatan Menteri atau Timbalan Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar, Pak Lah akan beri mereka jawatan yang boleh direka cipta termasuk merekacipta jawatan bertaraf Menteri.

Tapi kalau Pak Lah tidak kekal, Pak Lah akan menjaja “padan muka UMNO, mampuslah UMNO, aku lepas jawatan saja, kucar kacir berebut jawatan sesama sendiri. Sekali lagi PRU, UMNO dah tinggal batu nisan”.
Related Posts with Thumbnails